Quality & Affordable Dentistry in Malaysia

Apa itu Rawatan Implan Pergigian ? Apakah Faktor-Faktor Yang Perlu Diambil Kira ?

Posted by dentist3 in Dental Articles | 0 comments

Mengapa Rawatan Implan Pergigian ? Apakah Faktor-Faktor Yang Perlu Diambil Kira ?

Implan pergigian adalah salah satu rawatan yang akan menggantikan sebatang gigi atau lebih dari satu gigi yang hilang di dalam mulut anda. Ia adalah sejenis rawatan prostesis tetap dan ‘akar’ atau skru titanium yang digunakan akan bercantum dengan tulang sekeliling. Terdapat beberapa sistem yang tersedia di pasaran dan malangnya sistem ini tidak boleh ditukar ganti sama sekali. Walaupun dalam suatu sistem yang sama terdapat pelbagai pilihan bentuk dan saiz. Sesetengah skru titanium mempunyai permukaan yang dirawat khas untuk meningkatkan lagi integrasinya bersam tulang rahang kita. Walaubagaimanapun, tulang rahang pesakit yang sedia ada akan menentukan pemilihan implan pergigian yang betul dan sesuai untuk keadaan semasa mereka.

Tanpa mengira sebarang jenama yang wujud, komponen asas utama yang digunakan untuk semua skru implan ialah titanium. Logam ini istimewa kerana ia sangat sesuai dan mampu bertahan lama. Skru titanium ini akan berada dalam dalam badan kita dan tulang kita akan bercantum terus ke permukaannya (osseointegrasi) (1).

BOOK YOUR DENTAL APPOINTMENT NOW : https://linktr.ee/dentist3

Pilihan Alternatif kepada Implan Pergigian

Jambatan Gigi

 3-unit Jambatan Gigi
3-unit Jambatan Gigi

Gigi Palsu

Gigi Palsu Separa – Kroma
Gigi Palsu Penuh - Akrilik
Gigi Palsu Penuh – Akrilik

Mengapa boleh konsider Rawatan Implan Pergigian

Penambahbaikan terhadap rawatan implan pergigian telah banyak dilakukan sejak penggunaan praktikal pertamanya pada tahun 1965 berikutan kejayaan osseointegrasi (osseo – tulang, integrasi – gabungan) yang ditunjukkan oleh Profesor Per-Ingvar Brånemark pada tahun 1952 (2). Sejak itu, penyelidikan saintifik telah dijalankan secara berterusan di seluruh dunia untuk menambah baik rawatan implan pergigian ini secara klinikal sehingga ke hari ini.

Skru implan pergigian ini akan bercantum dengan tulang rahang kita. Oleh kerana itu, prostesis ini telah mendapat sambutan yang tinggi di kalangan orang ramai walaupun kosnya agak tinggi berbanding alternatif yang lain. Ini kerana dari segi psikologi, pesakit mungkin merasakan bahawa prostesis ini adalah sebahagian daripada mereka.

Dari segi fungsinya, rawatan implan pergigian berprestasi jauh lebih baik daripada prostesis tetap jenis konvensional iaitu jambatan pergigian. Penempatan implan pergigian tidak akan mengganggu gigi-gigi bersebelahan manakala prostesis gigi tetap lain biasanya memerlukan pemotongan atau penyediaan gigi-gigi bersebelahan. Jenis prostesis boleh tanggal, gigi palsu pula selalunya tidak terlalu retentif. Implan pergigian boleh digunakan sebagai tapak atau penambat untuk prostesis konvensional atau gigi palsu yang boleh ditanggalkan yang memberikan pengekalan yang lebih baik.

Penyantuman implan pergigian dan tulang rahang yang baik

Dari segi penyelenggaraan dan penjagaan pula, implan pergigian memerlukan cara pembersihan yang lebih mudah berbanding dengan prostesis pergigian tetap lain kerana ia berdiri bebas dan ia tidak bercantum dengan gigi bersebelahan yang lain; sama seperti gigi asal anda.

Faktor-Faktor Yang Perlu Diambil Kira Untuk Mendapatkan Rawatan Implan Pergigian

Walaupun rawatan implan pergigian mempunyai lebih banyak kebaikan berbanding jenis-jenis prostesis pergigian yang lain, namun terdapat beberapa faktor yang menentukan kejayaan rawatan ini untuk jangka masa yang panjang. Faktor-faktor ini menentukan sama ada implan pergigian adalah pilihan yang sesuai atau tidak untuk anda dan ia terdiri daripada kontraindikasi relatif yang ketat.

  1. Masalah Kesihatan Am

Kesihatan yang baik adalah faktor utama untuk pemilihan kes-kes yang sesuai untuk menjalani rawatan implan pergigian. Masalah kesihatan yang tidak terkawal seperti kencing manis (diabetes melitus), penyakit darah tinggi (hypertension) dan penyakit jantung adalah indikasi yang anda tidak dapat menerima rawatan implan pergigian sehingga ia dikawal sepenuhnya. Ini kerana, penempatan implan pergigian memerlukan prosedur pembedahan. Masalah kesihatan ini boleh menjejaskan prosedur pembedahan dan juga tempoh penyembuhan luka selepas pembedahan.

Pesakit dengan penyakit tulang metabolik tahap kritikal seperti osteoporosis atau osteopetrosis (penyakit tulang marmar) mungkin bukan calon yang terbaik untuk pilihan prostesis ini. Penyakit ini akan menjejaskan penyembuhan tulang selepas pembedahan dan tidak dapat memberikan sokongan tulang yang baik dan mencukupi untuk prostesis implan pergigian. Ubat-ubatan tertentu seperti kumpulan ubat bifosfonat yang digunakan untuk merawat penyakit tulang seperti osteoporosis, mungkin tidak begitu sesuai untuk mendapatkan rawatan implan pergigian. Ubat-ubatan ini dikait rapat dengan Bisphosphonate Related Osteonecrosis of the Jaw (BRONJ) (3). Rawatan implan boleh dimulakan semula apabila pengambilan ubat-ubatan tersebut dihentikan sepenuhnya.

BOOK YOUR DENTAL APPOINTMENT NOW : https://linktr.ee/dentist3

Rahang yang pernah menjalani proses sinara radioterapi sebelum ini mempunyai kadar kegagalan yang tinggi terhadap rawatan implan pergigian (4). Ini disebabkan oleh saluran darah menjadi lemah di kawasan tersebut selepas rawatan radioterapi. Pesakit yang pernah menjalani kemoterapi tidak dapat menjalani rawatan implan pergigian sama sekali. Pesakit dengan masalah pendarahan atau sedang menerima terapi antikoagulan mesti mendapatkan nasihat doktor mereka sebelum meneruskan rawatan implan pergigian (4). Alahan kepada logam titanium adalah salah satu halangan utama dalam mendapatkan rawatan implan pergigian.

*Gambar 8* : BRONJ pada rahang kiri maxilla sekunder untuk rawatan dengan alendronate untuk osteoporosis.

Rujukan: http://www.hindawi.com/

  • Umur

Usia yang tua bukanlah halangan untuk mendapatka rawatan implan pergigian tetapi pesakit perlu memastikan diri mereka bebas daripada masalah-masalah kesihatan lain terutamanya yang berkaitan dengan usia. Selain itu, pesakit yang terlalu muda juga tidak disarankan untuk mendapatkan rawatan implan pergigian sehingga pertumbuhan rahang dan gigi mereka selesai dan sedia untuk menerima rawatan ini.

  • Sisa rabung tulang alveolar

Dimensi keadaan tulang tersedia dan ketebalan gusi menentukan pemilihan implan pergigian yang sesuai dengan keadaan. Kelebaran dan ketinggian tulang yang mencukupi diperlukan untuk menerima rawatan implan pergigian. Walau bagaimanapun, dimensi tulang boleh diubah dengan melakukan pembedahan tambahan seperti pengangkatan sinus (sinus-lifing), penyantuman tulang (guided bone regeneration) dan distraction osteogenesis (pemanjangan tulang) sebelum penempatan implan pergigian. Prosedur ini membolehkan penempatan implan pergigian dilakukan dengan jayanya.

  • Kos

Kos untuk rawatan implan pergigian adalah lebih tinggi berbanding pilihan alternatif lain seperti gigi palsu atau jambatan gigi. Terdapat satu lagi jenis implan iaitu implan pergigian mini iaitu, sama seperti namanya, saiznya yang jauh lebih kecil berbanding implan biasa, dan kosnya kemungkinan lebih murah. Walau bagaimanapun, implan jenis ini hanya digunakan untuk kes-kes yang tertentu dan  penggunaannya adalah terhad dan kontroversi dalam beberapa aspek.

  • Kebersihan mulut

Kebersihan mulut memainkan peranan utama dalam menentukan kejayaan prostesis jenis ini. Jika kebersihan mulut pesakit kurang baik, kemungkinan besar implan pergigian tidak akan bertahan untuk jangka masa yang lama kerana “peri-implantitis” boleh berlaku bila-bila sahaja dan ia menyebabkan keradangan gusi dan kehilangan tulang di sekeliling implan yang dipasangkan. Oleh itu, ia  adalah penting untuk menjaga kebersihan mulut dan pastikan ia  dalam keadaan yang baik dan sempurna sebelum memulakan rawatan implan pergigian kerana rawatan ini merupakan pelaburan yang besar anda akan buat. Keupayaan seseorang dalam mengekalkan kebersihan mulut yang baik juga harus dipertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan implan pergigian. Pesakit yang mempunyai ketangkasan manua yang lemah seperti cacat mental atau cacat fizikal bukanlah calon yang terbaik untuk rawatan ini, melainkan waris mereka boleh memainkan peranan untuk bantu mereka dalam penjagaan kebersihan mulut.

  • Tabiat
  1. Merokok
  2. Perokok tegar mungkin bukan calon yang terbaik untuk mendapatkan rawatan implan pergigian dan jika tabiat ini digabungkan dengan faktor risiko lain yang mungkin ada, ia mungkin akan menjadi satu halangan untuk mendapatkan rawatan ini. (4).
  1. Tabiat prafungsi
  • Bruxism ialah geseran antara gigi/rahang yang agak tinggi dan ia boleh menyebabkan implan pergigian anda gagal. Oleh itu, keadaan ini harus dirawat terlebih dahulu atau penempatan implan pergigian harus dilakukan dengan berhati-hati di kawasan yang mempunyai beban pengunyahan yang agak rendah.

Kesimpulannya, walaupun rawatan implan pergigian adalah pilihan yang terbaik berbanding jenis prostesis pergigian lain, ia masih mempunyai komplikasinya tersendiri. Oleh itu, pemilihan kes dan perancangan rawatan yang betul terlebih dahulu adalah amat penting dalam menentukan kejayaannya untuk jangka masa yang lama.

BOOK YOUR DENTAL APPOINTMENT NOW : https://linktr.ee/dentist3

Rujukan

  1. http://www.osseo.org/NEWwhatIsDentalImplant.html. [Online]
  • http://dentalimplants-usa.com/treatment/implants/history.html. [Online]
  • http://www.aaoms.org/conditions-and-treatments/bronj/. [Online]

Mark Ayson, Jonathan Leichter and Karl Lyons.

  • http://www.acc.co.nz/PRD_EXT_CSMP/groups/external_providers/documents/reports_results/wpc090453.pdf. [Online]

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

error: Please email smile@dentist3.com for Content :)