Quality & Affordable Dentistry in Malaysia

Rawatan Implan Gigi di Selangor, Malaysia ..

Posted by dentist3 in Dental Articles | 0 comments

Mengapa Saya Perlu Mendapatkan Rawatan Implan Pergigian di Selangor, Malaysia ?

Implan pergigian adalah pilihan yang tepat dan terbaik yang membolehkan keadaan gigi anda kembali seperti gigi asal. Ini telah menjadi satu motivasi utama untuk mendapatkan rawatan implan pergigian untuk menggantikan gigi anda.

BOOK YOUR DENTAL APPOINTMENT NOW : https://linktr.ee/dentist3

Tetapi apakah yang dimaksudkan sebenarnya ?

Apakah yang dilakukan pada gigi yang tidak dibaiki semula dengan rawatan pemulihan yang lain ? Mengapa saya harus menggantikan gigi di rahang belakang yang kemungkinan besar tidak begitu kelihatan ?

Mari kita mulakan perbincangan kita dengan perkara-perkara yang disumbangkan oleh gigi dalam kegiatan harian kita. Terdapat tiga perkara utama yang disumbangkan oleh gigi anda: deria rasa, percakapan dan pertuturan, dan juga pemakanan. Setiap gigi di dalam mulut anda memberi peranan yang penting dalam pemakanan dan percakapan. Bagi sesetengah individu, adakalanya gigi geraham mereka yang paling dalam akan kelihatan apabila mereka tersengih dan ketawa besar, jadi gigi belakang juga mengambil bahagian yang besar dari segi estetika.

Estetika ialah rupa anda, bagaimana anda tersenyum, bagaimana anda ketawa. Ia adalah sesuatu dari luaran, ia memberi peranan pada rupa anda dan keyakinan bahawa gigi anda tidak akan jatuh seperti yang terjadi apabila menggunakan rawatan penggantian gigi dengan gigi palsu separa atau lengkap atau mempunyai ruang di bawah gigi untuk memberi ruang pada rangka. Bagaimana perasaan jika anda tidak pernah menunjukkan gigi anda apabila anda tersenyum kerana anda kehilangan satu atau lebih dari satu gigi ? Apakah perasaan anda yang sering mempunyai kurang keyakinan apabila anda berasa gigi anda akan tercabut apabila anda bersin atau bergerak dan juga ketika bercakap ? Atau bagaimana rasanya apabila anda mempunyai sesuatu yang dalam mulut anda yang menggantikan gigi anda dan ia merupakan sebahagian daripada badan anda yang berfungsi dan berupa sama seperti gigi asal anda ? Apakah yang anda lebih gemari, senyuman yang indah dan lengkap atau senyuman yang menampakkan anda kehilangan gigi ? Rawatan implan pergigian memberikan anda perasaan yang gembira kerana anda boleh tersenyum dan ketawa dengan keyakinan yang tinggi dan ia kelihatan sama seperti gigi asal anda sendiri.

Percakapan merupakan salah satu isu juga. Kedudukan gigi memainkan peranan utama dalam percakapan dan pertuturan seseorang individu. Pernahkah anda mendengar kanak-kanak yang kehilangan gigi susu mengeluarkan bunyi seperti wisel semasa mereka bercakap. Pada suatu ketika dahulu anda mungkin sering mendengar kanak-kanak menyanyi tentang keinginan dua gigi depan mereka pada perayaan Krismas ? Ini adalah sebabnya, mengapa gigi memainkan peranan utama dalam percakapan. Kehilangan gigi di rahang belakang juga membuat pertuturan kita menjadi lain kerana lidah sering masuk ke dalam ruang kosong itu dan menyebabkan anda tidak dapat menyebut sesetengah perkataan dengan sempurna.

Jambatan gigi boleh membantu dalam perkara ini dan mengurankan ruang kepada lidah anda yang asyik tersekat dan mengakibatkan pertuturan yang tidak sempurna. Namun mereka mempunyai beban yang berbeza yang saya akan kaji bersama anda tidak lama lagi. Bukan sahaja jambatan gigi, malah terdapat satu lagi altenatif andai kata anda kehilangan kesemua gigi atau berapa batang gigi sahaja. Pilihan tersebut ialah gigi palsu penuh dan separa. 

Gigi palsu dan gigi palsu separa dalam realiti memang membantu dengan pertuturan dan percakapan, namun ia mempunyai tapak yang tebal dan agak menyusahkan. Ia akan meliputi sebahagian atau seluruh bahagian atas mulut anda dan mempunyai sesuatu yang berupa duri di bahagian tepi yang akan berfungsi seperti pemegang di antara gusi dan pipi anda atau di antara gusi dan lidah anda.

BOOK YOUR DENTAL APPOINTMENT NOW : https://linktr.ee/dentist3

Gigi palsu akan memenuhi ruang kosong tersebut dan lidah anda harus mula menyesuaikan diri dengan cara percakapam yang baru. Cara percakapan dan pertuturan dengan gigi palsu penuh atau separa akan memerlukan masa yang agak lama untuk anda membiasakan diri dan harus berlatih untuk bercakap dengan kerap sambil memakai gigi palsu tersebut. Apabila sebahagian atau gigi palsu itu haus, ia perlu digantikan dengan gigi palsu yang baru. Acuan gigi akan diambil semula dan gigi palsu akan dibuat mengikut acuan yang baru dan anda harus menjalani proses yang sama setiap Kali anda menggantikan gigi palsu yang baru.

Kehilangan gigi akan menyebabkan anda kehilangan selera pemakanan juga. Walaupun kehilangan hanya satu gigi akan mengurangkan keupayaan anda untuk mengunyah dan jika semakin banyak gigi yang anda kehilangan, keadaan akan menjadi semakin teruk. Perisa daripada makanan selalunya dikeluarkan melalui proses mengunyah makanan anda. Jadi rasa dan perisa sesuatu makanan adalah bergantung pada seberapa baik anda boleh mengunyahnya. Sememangnya, penggantian gigi melalui gigi palsu atau jambatan gigi boleh menukar keupayaan untuk menggigit, namun ia tidak sebaik seperti yang dianggap memandangkan ia boleh menyebabkan makanan tersekat di bawah rangka yang boleh mengundangkan keadaan yang kurang selesa.

Gigi palsu penuh dan gigi palsu separa, sementara ia memberi anda permukaan untuk digigit, anda masih tidak dibenarkan untuk menggunakan kuasa sepenuhnya untuk mengunya sesuatu makanan sama seperti kuasa yang pernah berikan pada gigi asal anda. Apabila gigi anda semua dicabut, kekuatan yang anda boleh berikan untuk mengunyah hanyalah satu perempat daripada kekuatan gigi asal anda.

Gigi palsu dan sebahagian dari tapaknya akan diletak pada gusi anda, dan malangnya gusi anda boleh mengalami ketegangan yang terhad. Mengunyah makanan juga mempengaruhi jumlah khasiat yang anda keluarkan dari makanan anda. Apabila anda kehilangan gigi, walaupun hanya satu batang, anda tidak menggigit makanan anda sepenuhnya dan akhirnya anda terpaksa menelan kepingan makanan yang besar atau makan makanan yang lebih lembut untuk memudahkan proses penguyahan.

Kepingan makanan yang besar memerlukan Masa yang lama dan tenaga yang tinggi untuk diproses, manakala sumber makanan yang lebih lembut secara amnya akan menjadi lebih berminyak dan manis kerana kekurangan makanan tambahan pada peringkat permulaan. Perlu diingat, kehilangan satu gigi geraham mengeluarkan satu perempat daripada gigi utama anda yang membantu anda menggigit dan mengunyah.

Ya, terdapat pelbagai pilihan yang saya rujuk untuk menggantikan gigi. Ini adalah jambatan gigi, sekiranya anda mempunyai gigi pada satu atau sisi lain kawasan yang anda kehilangan gigi atau gigi palsu penuh dan separa.

BOOK YOUR DENTAL APPOINTMENT NOW : https://linktr.ee/dentist3

Jambatan gigi adalah salah satu pilihan yang  berkemungkinan dapat membantu untuk pesakit yang kehilangan satu atau beberapa batang gigi.

Jambatan gigi akan merentasi ruang yang anda kehilangan gigi dan menggantikan kawasan itu dengan gigi pengganti yang akan digantung pada dua gigi yang berbeza. Jambatan gigi memerlukan dua gigi berjiranan di kawasan yang anda kehilangan gigi, gigi berjiranan akan dikikis untuk dijadikan tiang supaya rangka boleh dibentuk dan dapat dipasangkan. Ia salah satu pilihan yang agak rumit kerana anda harus megikis dua gigi yang sangat hebat dan masih elok, hanya untuk menggantung jambatan gigi tersebut di antara mereka. Kemudian kita juga mempunyai renungan yang berbeza. ADA telah menunjukkan bahawa jambatan gigi mempunyai jangka hayat yang tipikal dan yang paling singkat daripada sebarang rawatan pemulihan pada gigi asal anda. Ini adalah atas alasan bahawa rangka ini agak sukar untuk dibersihkan. Makanan sering tersangkut di bawah rangka ini, mikroorganisma memakan sisa makanan tersebut, dan menyebabkan kaviti dan penyakit periodontal. Kemudian, andai kata jika sesuatu berlaku pada hanya satu daripada gigi yang menyokong jambatan gigi tersebut, anda perlu menggantikan keseluruhan jambatan gigi tersebut dengan cara yang lain.

Gigi palsu penuh atau separa ialah satu kaedah penggantian gigi yang boleh ditanggal pakai. Kata kunci di sini ialah boleh ditanggalkan. Memandangkan gigi palsu ini boleh ditanggalkan, ia akan bergerak dari tempatnya ketika anda makan atau bercakap. Jadi gigi palsu adalah pilihan yang tidak begitu mantap seperti gigi asal atau rawatan implan pergigian. Oleh kerana gigi palsu bergerak, ia akan mengurangkan kuasa pengunyahan anda, jadi makanan yang agak keras akan menjadi lebih mencabar untuk digigit dan dikunyah. Tapak gigi palsu akan menutupi bumbung mulut dan gusi anda. Anda juga kemungkinan tidak dapat merasakan permukaan makanan anda.

BOOK YOUR DENTAL APPOINTMENT NOW : https://linktr.ee/dentist3

Keupayaan anda untuk merasa makanan akan berkurangan. Ini menjadikan makanan anda kurang menawan. Bahagian yang menutupi gusi anda dan bahagian atas mulut anda juga akan memenuhi ruang jadi percakapan dan pertuturan akan menjadi lebih menyusahkan dan ia membuat anda mempunyai sesuatu yang besar dan tebal di bawah bibir dan di sepanjang pipi anda.

Ada satu lagi perkara yang agak penting, sesuatu yang anda tidak nampak dari luaran kerana ia berlaku secara beransur-ansur dalam tempoh masa yang lama. Nasib malang yang akan dialami oleh tulang rahang anda, tulang yang memegang gigi anda akan menahan gigi anda  dan ia adalah penyumbang kuasa untuk mengunyah dan bercakap. Apabila anda kehilangan gigi, keseronokan anda juga hilang kerana bukan sahaja kehilangan gigi malah anda akan Mula kehilangan tulang rahang juga. Badan anda mengambil tulang rahang perlahan-lahan secara semula jadi untuk digunakan di tempat lain yang lebih memerlukan. Jika anda lihat individu yang mempunyai gigi palsu untuk jangka masa yang lama kelihatan lebih banyak pengalaman dalam kehilangan tulang, ion mereka akan hancur. Keadaan ini berlaku walaupun dengan hanya satu gigi yang hilang, Tulang dalam ruang itu secara beransur-ansur akan menjadi rendah dan berbeza dengan gigi yang bersebelahan, yang membolehkan makanan berkumpul di sana, Gigi palsu penuh, separa dan jambatan gigi tidak dapat bantu membetulkan keadaan ini. Sebenarnya, gigi palsu penuh dan separa akan menjadikan proses kehilangan tulang dengan lebih cepat daripada tidak menggantikan gigi dengan mana-mana pilihan yang saya nyatakan. Rawatan implan pergigian dapat melindungi tulang anda sama seperti tulang asal anda. Jadi ia adalah salah satu sebab kenapa rawatan implan pergigian menjadi pilihan utama untuk menggantikan gigi yang hilang. Rawatan implan pergigian juga membantu dalam mengekalkan keadaan tulang anda seperti sedia ada.

Rawatan implan pergigian adalah cara yang paling berkesan untuk mengganti gigi anda yang hilang dan mempunyai kejayaan yang besar. Mereka mungkin mempunyai jangka hayat normal yang paling lama daripada sebarang pilihan rawatan penggantian semula gigi yang hilang, dan dengan pertimbangan dan penyelenggaraan yang mencukupi, ia boleh terus berfungsi selagi anda mejaganya dengan cara yang betul dan rapi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

error: Please email smile@dentist3.com for Content :)