Quality & Affordable Dentistry in Malaysia

Jenis-jenis Korona (Sarung gigi) dan Jambatan Gigi

Posted by dentist3 in Dental Articles | 0 comments

Korona (sarung gigi) boleh diperbuat daripada emas, porselin, gabungan logam, atau logam dengan porselin atau resin. Pemilihan bahan adalah berdasarkan ketahanan, kedudukan dan rupa bentuk korona tersebut.
Korona (sarung gigi) boleh diperbuat daripada emas, porselin, gabungan logam, atau logam dengan porselin atau resin. Pemilihan bahan adalah berdasarkan ketahanan, kedudukan dan rupa bentuk korona tersebut.

Pengenalan

Kerosakan gigi dan penyakit gusi merupakan masalah pergigian yang biasa berlaku. Gigi yang mengalami kerosakan kecil boleh dirawat secara langsung dengan menggunakan bahan tampalan yang bersesuaian. Namun demikian, kerosakan gigi yang teruk atau kehilangan satu atau lebih gigi, memerlukan rawatan tidak langsung seperti korona dan jambatan. Ianya juga dikenali sebagai prostesis “tetap” yang disimen secara terus pada gigi. Prostesis ini hanya boleh dikeluarkan oleh doktor pergigian, yang mana berbeza daripada gigi palsu yang boleh ditanggal dan perlu dibersihkan setiap hari oleh pesakit.

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Korona (Sarung gigi) di Selangor, Malaysia

Korona (sesetengah orang memanggilnya “cap”), dibuat khusus selepas penyediaan gigi oleh doktor pergigian. Korona penuh memerlukan penyediaan gigi yang lebih ekstensif, berbanding korona sebahagian yang melibatkan penyediaan gigi yang minima. Ia digunakan untuk memulihkan gigi yang berisiko untuk patah. Ia menutup and melindungi gigi. Korona digunakan untuk:

• Merawat gigi yang rosak teruk / patah

• Memperbaiki rupa, warna, bentuk atau kedudukan gigi

• Prostesis tetap selepas implan pergigian

• Prostesis tetap selepas perawatan saluran akar

• Sokongan bagi jambatan

Jenis-jenis Korona (Sarung gigi)

Korona boleh diperbuat daripada emas, porselin, gabungan logam, atau logam dengan porselin atau resin. Pemilihan bahan adalah berdasarkan ketahanan, kedudukan dan rupa bentuk korona tersebut.

Korona logam – Korona ini diperbuat daripada emas atau logam lain. Paling sesuai digunakan untuk gigi belakang. 

Kebaikan:

  • Kuat, tahan lama dan daya tahan yang tinggi
  • Memerlukan penyediaan gigi yang minima
  • Menghasilkan “gigitan lembut”, maka kurang trauma kepada gigi bertentangan

Emas adalah pilihan yang sesuai disebabkan daya tahan yang tinggi dan menjadikannya lebih kos efektif.

Porselin – Diperbuat daripada sejenis kaca atau resin yang diperkuat. Mempunyai pelbagai pilihan warna yang boleh disesuaikan dengan gigi kamu. Korona jenis ini lebih mudah terserpih berbanding dengan korona logam. Ia disarankan untuk gigi depan.

Kebaikan:

  • Kelihatan lebih semulajadi, permukaan licin dan tahan lama
  • Menyerap dan memantul cahaya sehingga seakan-akan menyerupai gigi asli

Gabungan korona – adalah logam terikat porselin (PFM). Bahan asas berupa logam menjadikan korona ini lebih kuat daripada korona porselin atau korona resin, namun tidak sekuat korona logam. 

Kebaikan:

  • Penampilan menarik, tahan lama, daya tahan yang tinggi dan kelihatan semulajadi 
Korona logam dan porselin
Korona logam dan porselin
Jambatan Tetap –gabungan korona (logam terikat porselin)
Jambatan Tetap –gabungan korona (logam terikat porselin)
Gigi dengan tampalan yang besar digantikan dengan korona porselin
Gigi dengan tampalan yang besar digantikan dengan korona porselin 
Korona gabungan logam dan porselin disokong oleh implant pergigian
Korona gabungan logam dan porselin disokong oleh implant pergigian
👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Jambatan Gigi

Prostesis ini digunakan bagi menggantikan satu atau lebih gigi yang hilang. Mereka disimen pada gigi asli atau implan pergigian yang merangkumi ruang kosong. Gigi sedemikian dikenali sebagai tupang, bertindak memegang jambatan. Gigi tiruan yang menggantikan gigi yang hilang, dikenali sebagai pontik, dilekatkan pada korona yang menutupi tupang.

Tidak semua gigi yang hilang perlu diganti. Penggantian dipertimbangkan bagi tujuan:

  • Meningkatkan keupayaan mengunyah pengunyahan
  • Membaiki penampilan
  • Membaiki pertuturan
  • Mencegah pergerakan gigi bersebelahan
  • Mencegah pergerakan terlampau gigi bertentangan (over – eruption)

Jenis- jenis Jambatan Pergigian

Terdapat tiga jenis jambatan pergigian, iaitu:

Jambatan Tetap Tradisional

Jambatan pergigian ini terdiri daripada gigi tiruan atau pontik yang dipateri di antara dua korona porselin, bagi mengisi ruang kosong akibat kehilangan gigi. Kedua-dua korona ini disarungkan pada gigi asli bersebelahan ruang kosong itu. Ini dikenali sebagai jambatan tetap. Jambatan ini sesuai untuk menggantikan kehilangan satu atau lebih gigi.

Jambatan Terikat Resin

Protesis ini selalunya digunakan untuk gigi depan, terutamanya apabila gigi tupang sihat atau tiada tampalan yang besar. Kosnya lebih rendah. Pontik mempunyai sayap logam yang terselindung, dan dilekatkan pada gigi tupang menggunakan bahan resin. Jambatan sedemikian memerlukan penyediaan gigi bersebelahan yang minimum.

Jambatan Kantilever

Prostesis sedemikian sesuai digunakan di ruang mulut yang tidak melibatkan tekanan tinggi seperti gigi depan. Jambatan ini digunakan apabila terdapat gigi pada salah satu sisi ruang kosong sahaja. Prosedur ini melibatkan penggunaan satu atau lebih tupang di satu hujung tersebut.

Jambatan tetap menggantikan tiga gigi yang hilang
Jambatan tetap menggantikan tiga gigi yang hilang

Bagaimanakah Korona dan Jambatan Dihasilkan?

Rawatan dimulakan dengan pemeriksaan dan diagnosis. Seterusnya penyediaan gigi dilakukan dengan mengecilkan gigi supaya korona atau jambatan muat dengan eloknya, Selepas penyediaan gigi, acuan gigiakan diambil. Pemilihan warna yang paling mirip dengan gigi asli perlu dilakukan bagi korona porselin. 

Makmal pergigian akan menggunakan acuan ini untuk menghasilkan korona atau jambatan menggunakan bahan yang ditetapkan. Korona atau jambatan sementara digunakan bagi melindungi gigi yang telah disediakan. Apabila korona atau jambatan tetap siap, prostesis sementara ini ditanggalkan dan prostesis tetap akan disimen pada gigi yang telah disediakan.

Penempatan korona penuh (logam terikat porselin) yang telah siap disimen selepas kerosakan gigi dirawat dan penyediaan gigi dilakukans
Penempatan korona penuh (logam terikat porselin) yang telah siap disimen selepas kerosakan gigi dirawat dan penyediaan gigi dilakukans

Kos Korona dan Jambatan

Kos korona dan jambatan berbeza-beza bergantung pada bahan dan reka bentuk yang digunakan.

Berapa lama Korona dan Jambatan akan bertahan?

Berapa lama korona dan jambatan kita bertahan bergantung pada penjagaan kita. Korona atau jambatan tidak akan rosak, tetapi kerosakan gigi boleh bermula pada bahagian sempadan antara korona dan gigi asli. Oleh itu, penjagaan di kawasan ini adalah amat penting dan harus dilakukan seperti penjagaan gigi asli yang lain. Langkah paling penting dalam penjagaan korona dan jambatan untuk memastikan ketahanan adalah dengan mengamalkan kebersihan mulut yang baik. Gigi dan gusi mestilah dalam keadaan yang sihat dan pemeriksaan berkala adalah sangat penting. Secara amnya, korona boleh bertahan di antara 5 hingga 15 tahun. Bagi mengelakkan kerosakan korona atau jambatan baru, kita perlulah mengelakkan tabiat seperti mengisar atau mengetap gigi, mengunyah makanan keras, ais atau lain- lain bahan yang keras.

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

error: Please email smile@dentist3.com for Content :)