Quality & Affordable Dentistry in Malaysia

Dental Abrasion / Kehausan gigi: Penyebab Dan Rawatan di Selangor, Malaysia

Posted by dentist3 in Dental Articles | 0 comments

Sekiranya anda kisah tentang gigi anda, gigi dewasa anda sepatutnya menjadi peneman sepanjang hidup anda. Sekiranya anda mempunya pengalaman gigi haus, anda akan faham berapa banyak kesedihan yang gigi anda akan beri melalui ngilu dan sakit. Rahsianya adalah, gigi kita dapat memberikan yang terbaik untuk kita sekiranya kita menjaga mereka. Ianya senang untuk mempunyai tabiat buruk yang boleh menyebabkan gigi haus, tapi untuk memahami kehausan gigi adalah kunci kepada mencegah dan merawatnya. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan masalah kehausan gigi, penyebab, kesan sampingan, rawatan dan langkah untuk mencegah.

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

KEBENARAN TENTANG HAKISAN GIGI di Selangor, Malaysia

Hakisan gigi berlaku apabila enamel, pelindung kepada gigi anda, habis. Ingat, sekali enamel habis, ianya tak boleh dibaiki lagi. 

Untuk menunjukkan kepada anda dimana enamel datang dalam anatomy gigi, gigi mempunya pulpa (saraf, saluran darah, dan tisu yang bersambung) di tengah-tengah ditutupi oleh dentin (tisu keras) dan enamel, di mana ia melindungi lapisan gigi yang halus.

Kehausan gigi berpunca daripada tiga bahagian: 

  1. Hakisan Gigi:

Apabila asid daripada saluran penghadaman atau makanan memakan enamel gigi, atau dentin, ianya dipanggil hakisan gigi. Disebabkan oleh pilihan pemakanan seperti mengambil makanan yang berasid, dimuntahkan kerana keadaan seperti penyakit asid refluks, gangguan makan dan masalah persekitaran contohnya seperti pendedahan kepada wangian yang berasid, hakisan gigi melemahkan lapisan luar gigi yang bersifat untuk melindung, membiarkan ianya lebih terdedah kepada kerosakan gigi dan penyakit gigi yang lain. Hakisan gigi adalah masalah yang paling biasa dijumpai pada bahagian atas belakang gigi, kerana disini lah di mana lidah bersentuhan dengan gigi. 

  1. Gesekan Gigi:

Hakisan gigi merujuk kepada kerosakan yang dilakukan oleh mekanik asas sentuhan gigi ke gigi. Tekanan dan geseran daripada rutin mengunyah, ketidak selarian gigitan, atau sejenis geseran gigi yang kerap (Bruxism) semuanya adalah penyebab permukaan gigi haus. 

3. Dental Abrasion / Kehausan gigi:

Kehausan gigi ialah satu masalah lain pada gigi anda. Disini, geseran daripada bahan asing merosakkan gigi. Penyebab terjadinya kehausan, boleh termasuk kerana memberus gigi terlalu kuat, mengguna berus yang keras, menggigit kuku, dan merokok paip. Kita akan membincangkan penyebabnya dibawah.

Memberus gigi dengan berlebihan bukanlah salah satu potensi penyebab gigi haus.
Memberus gigi dengan berlebihan bukanlah salah satu potensi penyebab gigi haus.

Apakah Dental Abrasion / Kehausan gigi?

Antara penyebab gigi haus di Selangor, Malaysia

Sementara memberus gigi dengan betul adalah perkara asas yang dalam penjagaan kesihatan gigi anda, anda boleh mempunyai terlalu banyak perkara yang baik. Memberus gigi dengan kasar dan menggunakan tekanan yang banyak, ubat gigi yang sifatnya menghakis, ataupun berus gigi yang kasar, sebenarnya dapat merosakkan gigi dan tisu gusi dan menjadikan berus gigi terhakis. 

Memberus gigi dengan berlebihan bukanlah salah satu potensi penyebab gigi haus. Sekali lagi, menggosok dengan kerap menggunakan apa apa bahan yang asing terhadap gigi anda boleh meletakkan anda dalam bahaya. Ianya bermaksud seperti menggunakan pencungkil gigi, meletakkan perhiasan pada mulut, mengunyah pen, menggigit kuku, mengunyah makanan yang bersifat menghakis seperti kacang, atau biji benih boleh juga menjadikan masalah. Sesetengah gigi palsu, penahan gigi, dan peralatan kebersihan mulut yang sama boleh juga mengakibatkan isu hakisan gigi, terutama sekali apabila ianya tidak muat.

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Bagaimanakah geseran gigi sesuai dengan gambar? Kehausan gigi adalah hasil daripada kontak rapat antara gigi dan bahan yang keras, seperti gigi. Jadi apabila dua gigi atau lebih digabung bersama, walaupun dengan mengunyah secara gigitan yang ideal, sedikit kehausan gigi akan terjadi. Walaubagaimanapun, masalah yang lebih besar timbul apabila gigitan anda tidak selari, akan kerap menyebabkan geseran pada tempat yang tidak sesuai untuk itu.

Seperti biasa, Bruxism dapat mempercepatkan gigi terhakis. Dengan menggesel gigi, mengetap rahang, keadaan ini dapat meningkatkan gigi terhakis dan mengurangkan pengalaman gigi. Tanpa rawatan, orang yang menghidap bruxism, adalah lebih mudah untuk mendapat hakisan gigi dalam masa yang singkat. 

Kesan Daripada Hakisan Gigi di Selangor, Malaysia

Mengikut masa, tingkah laku yang menyebabkan kehausan gigi, dapat membuatkan enamel terhakis dan membuatkan tisu gusi menurun. Ini dapat menjadikan satu lekuk / lubang dan ketidak sama rata pada permukaan gigi dan dapat menjadikan satu tarikan persekitaran kepada bakteria sekaligus menyediakan ia dengan lebih banyak ruang untuk menyorok. Untuk menjadikan ianya lebih teruk, lapisan enamel yang terhakis,  terdedah menampakkan tisu gigi. Ini akan mengakibatkan kesakitan dan sensitif.

Bendera Merah kepada masalah gigi haus di Selangor, Malaysia

Satu tanda masalah yang tidak dapat disangkal kepada gigi haus ialah diagnosis daripada doktor gigi anda. 

Walaubagaimanapun, bendera merah yang lain adalah dapat menjadikan gigi lebih halus / nipis. Sekiranya anda mengalami mana mana yang berikut, anda mungkin ingin bertanya tentang kehausan gigi semasa lawatan anda seterusny kepada doktor gigi anda

Permatang pada bahagian gigi:

Geseran yang berulang terhadap gigi dapat mengakibatkan ketidak sama rata pada permukaan gigi, mencipta rabung dan lubang pada permukaan gigi. 

Gigi Sensitif:

Sebagaimana lapisan luar enamel pudar, bahagian tisu dalam terdedah, meningkatkan lagi tahap sensitif kepada gigi anda terhadap suhu dan tekanan. 

Meningkatkan tahap gigi berlubang:

Permukaan tidak rata yang disebabkan oleh kehausan gigi lebih memudahkan untuk bakteria berpaut pada gigi anda dan membuatkannya lebih susah untuk anda membuangnya apabila anda memberus dan mengflos gigi. Sebagaimana bakteria merebak, risiko untuk gigi berlubang dan kaviti meningkat. Jika dibiarkan tidak di rawat, akan mendorong kepada kehilangan gigi.

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Mendedahkan gigi kepada Asid:

Asid reflux, kekerapan muntah, makan makanan yang berasid atau minum minuman jus buah yang berasid dapat mendedahkan gigi anda kepada asid yang memakan gigi itu dan mengakibatkan gigi terhakis. Ianya juga menyebabkan enamel menjadi lemah, yang menjadikannya lebih mudah kepada hakisan. 

Bruxism:

Mereka yang merana kerana bruxism tanpa sedar mengetap rahang mereka dan menggesel gigi. Ini dapat menjadikan tekanan yang lebih banyak terhadap permukaan gigi, jadi sesiapa sahaja yang sedang berhadapan dengan masalah menggesel gigi haruslah lebih berhati-hati jika gigi haus dan bergesel. 

Merawat Gigi Yang Haus

Merawat gigi yang haus boleh menjadi lebih rumit. Langkah pertamanya adalah mengenal pasti penyebabnya dan kemudian mengambil apa sahaja langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan daripada menjadi lagi teruk. Bergantung kepada penyebab, ini juga termasuk menukar berus gigi anda atau ubat gigi anda, atau menggunakan night guard. Seterusnya, pengfokusan bertukar kepada menguatkan gigi dan mengembalikan gigitan permukaan gigi dan rupa bentuk. Langkah  yang terbaik bergantung kepada keadaan tertentu. Ia mungkin melibatkan rawatan sapuan fluoride, tampalan, crowns atau veneers. 

Mencegah hakisan gigi dan gigi haus

Enamel gigi tidak kembali tumbuh. Itu menjadikan mencegah gigi terhakis adalah penting. Mujurlah ada beberapa strategi yang doktor gigi mengsyorkan kepada pesakit untuk digunakan mencegah gigi haus & terhakis:

Berus pada pemberus gigi:

Apabila bercakap tentang memberus gigi, terlalu lembut mungkin tidak akan membersihkan gigi anda, tapi terlalu kuat juga boleh mengakibatkan kerosakan yang teruk. Untuk mendapatkannya dengan cara yang betul, berhati hatilah apabila memilih berus gigi anda dan ubat gigi. Elakkan berus yang keras atau menggunakan ubat gigi yang terlalu agresif. Kemudian, belajar teknik memberus gigi dengan betul, pegang berus gigi pada sudut 45 darjah, dan gunakan dengan lembut dan seketika. Disamping itu, berhati-hati dengan mulut anda semasa menggunakan flos.

Hapuskan tabiat buruk:

Tabiat seperti mengunyah pen, menggigit kuku, dan mengorek dengan dalam menggunakan pencungkil gigi, bukan sekadar menjengkelkan. Ianya berbahaya, jadi cari cara untuk mencegahnya. 

Merawat Bruxism:

Tekanan yang disebabkan oleh geseran gigi boleh mengakibatkan kesan yang teruk. Untuk melindungi enamel anda, rawatlah Bruxism anda. Night guard / pelindung gigi pada waktu malam adalah pilihan yang paling terkenal kerana ianya mudah, berkesan dan mesra pengguna. Tambahan pula, mereka mewujudkan penghalang fizikal yang menghalang sentuhan antara kedua dua gigi, melindungi mereka daripada terhakis dan kerosakan yang lain. 

Memahami Kehausan Gigi

Sekarang anda telah faham pelbagai jenis kehausan gigi dan puncanya, gejala dan rawatan untuk gigi haus dan rawatan untuknya, anda boleh melindungi putih mutiara itu. Ingat, berhati hatilah apabila anda memberus gigi, dan hentikan tabiat menggigit kuku, menggigit pen. Diatas semua itu, hubungilah doktor gigi anda sekiranya anda mengalami sebarang tanda merah atau gigi haus, kerosakan sensitiviti gigi, lekuk pada gigi anda, bruxism atau pendedahan kepada asid. 

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

error: Please email smile@dentist3.com for Content :)