Quality & Affordable Dentistry in Malaysia

6 Faedah Kesihatan Jangka Panjang Utama Bagi Pendakap Gigi (Braces) di Selangor, Malaysia

Posted by dentist3 in Dental Articles | 0 comments

Kebanyakan orang lazimnya memilih untuk memakai pendakap gigi kerana manfaat fizikal. Gigi yang lebih lurus dianggap lebih menarik, namun terdapat juga banyak manfaat kesihatan jangka panjang bagi pendakap gigi yang bermakna memiliki senyuman yang lebih bahagia dan lebih sihat yang berpanjangan setelah rawatan dilakukan.

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

1. Pencegahan Penyakit Gusi

Salah satu manfaat kesihatan jangka panjang yang paling signifikan apabila memakai pendakap gigi adalah mencegah penyakit gusi. Penyakit gusi adalah jangkitan pada tisu lembut yang mengelilingi gigi. Lebih separuh daripada populasi mempunyai beberapa variasi jangkitan ini. Ia boleh dikategorikan sebagai gingivitis atau penyakit periodontal yang lebih teruk.

Apabila seseorang mempunyai gigi yang condong atau tidak tersusun, mudah untuk plak dan zarah makanan terperangkap di celah gigi. Ini membolehkan bakteria membiak dari semasa ke semasa, akhirnya menjangkiti gusi. Memakai pendakap gigi dapat meluruskan gigi supaya lebih mudah dibersihkan menggunakan berus gigi biasa dan flos. Ini bermakna semakin kurang zarah yang terperangkap, dan bakteria dapat disingkirkan sebelum ia menyebabkan penyakit gusi.

2. Pencegahan Kerosakan Gigi

Sama seperti senario penyakit gusi, pemakaian pendakap gigi juga boleh mengurangkan kemugkinan anda untuk mengalami kerosakan gigi. Apabila gigi bertindih atau lebih menonjol, ia terdedah kepada kehausan dan kelusuhan yang tidak sekata. Ia juga tidak akan terlibat dalam bahagian yang sama dalam proses menggigit dan mengunyah, serta boleh menyebabkan sukar untuk dibersihkan.

Apabila seseorang tidak dapat membuang plak dan zarah makanan dari celah-celah gigi, bakteria bebas untuk bernanah dan membiak. Bakteria itu memakan enamel permukaan gigi, lalu menyebabkan pereputan.

3. Pencegahan Hakisan Tulang

Sepertimana gusi dan gigi boleh terjejas, begitu juga tulang yang memegang gigi pada tempatnya. Setiap gigi mempunyai akar panjang yang tertanam dalam tulang rahang. Jika bakteria berjaya menembusi gusi atau gigi dan pergi ke tulang, tulang boleh mula terhakis dan haus.

Gigi yang tidak tersusun adalah salah satu punca paling biasa bagi hakisan tulang rahang kerana ketidaksusunan itu lazimnya memberikan daya tambahan ke atas gigi dan gusi. Ini mewujudkan ruang di mana bakteria boleh bersembunyi dan meresap, akhirnya sampai ke tulang-tulang.

Pendakap gigi boleh membantu mencegah hakisan dengan memastikan setiap bahagian pada tulang rahang dipraktis dengan betul dan tiada ruang-ruang di dalam mulut untuk plak dan bakteria bersembunyi.

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

4. Mengurangkan Risiko kerosakan gigi

Tahukah anda memiliki gigi tidak tersusun atau gigi condong boleh meningkatkan risiko kerosakan gigi?

Mulut sepatutnya mempunyai gigi berada di kedudukan jarak yang sekata dan tidak bertindih supaya daya daripada gigitan dan kunyahan diagihkan secara sekata pada seluruh bahagian enamel dan jauh di dalam tulang rahang. Apabila seseorang mengalami ketidakaturan gigi atau gigi berlapis, tekanan tidak diedarkan secara sekata. Akibatnya, daya berlebihan mungkin digunakan pada satu-satu gigi, meningkatkan kemungkinan ia retak atau patah

Masalah yang sama berlaku dengan gigi yang jongang. Ia lebih mudah untuk patah kerana ia biasannya mempunyai tapak yang tidak stabil. Ini bermakna seseorang yang mengalami gigitan tidak selari (overbite) yang terkena di dalam mulut lebih berkemungkinan mengalami patah gigi sebagai akibatnya.

Pendakap gigi membantu menguatkan gigi dengan cara meluruskannya. Ini bermakna daya diedarkan secara sekata, dan kemungkinan mempunyai kerosakan kekal pada gigi akibat trauma fizikal dapat dikurangkan secara signifikan.

5. Mempertingkat Kesihatan Penghadaman

Mengalami ketidakaturan gigi mempunyai kesan yang serius terhadap tahap keupayaan seseorang itu untuk makan, dan juga cara mereka mencerna makanan. Kesukaran untuk makan dapat difahami, kerana mengalami gigitan tidak sekata (overbite, underbite, atau crossbite) mempengaruhi tahap keupayaan pesakit untuk menggigit dan mengunyah. Masalah biasa di kalangan orang yang mengalami masalah susunan gigi adalah tidak dapat mengunyah makanan dengan betul. Ini kerana keseluruhan bahagian mulut, seperti bahagian depan, tidak dapat memecahkan makanan.

Akibatnya ialah ketulan besar makanan menuju ke perut di mana ia tidak dapat dicerna dengan betul. Ini sering mengakibatkan gangguan pada usus, usus merengsa, dan kesukaran merasa kenyang selepas makan.

Apabila seseorang memakai pendakap gigi, senyuman menjadi teratur dan semua bahagian gigi berupaya menutup dan mengunyah dengan betul. Ini mengurangkan kekerapan makanan yang tidak dikunyah dengan betul daripada memasuki perut, mengurangkan kekerapan gangguan pada usus dan ketidakselesaan.

6. Meningkatkan keselesaan 

Akhir sekali, memakai pendakap gigi dapat meningkatkan keselesaan dan kesejahteraan pesakit secara menyeluruh. Apabila seseorang mempunyai gigi yang tidak teratur, mereka lebih cenderung untuk menggigit lidah, gusi, dan bahagian dalam pipi mereka kerana rahang tidak berada di posisi yang betul. Gigi juga lebih cenderung menyebabkan kesakitan am kerana ia menarik tisu gusi dan menyebabkan ketegangan pada rahang dan mulut meningkat

Apabila seseorang memakai pendakap gigi, gigi dapat bergerak ke posisi yang lebih natural dan selesa. Ini bukan sahaja mengurangkan kemungkinan untuk menggigit bahagian dalam mulut secara tidak sengaja, tetapi ia juga mengurangkan ketegangan pada rahang dan sendi temporomandibular (TMJ).

7. Memperbaik Kesihatan Mental

Selain manfaat fizikal, pendakap gigi juga boleh memperbaik kesihatan mental dengan meningkatkan keyakinan dan jati diri si pemakai. Ramai orang menghadapi kesukaran dengan gigi yang tidak rata atau condong, dan biasanya individu-individu ini tidak selesa untuk menunjukkan senyuman mereka. Memakai pendakap gigi boleh memperbaiki kekurangan fizikal ini, membantu seseorang menjadi lebih selesa dengan diri mereka sendiri dan meningkatkan keyakinan mereka.

Malah, kajian menunjukkan mereka yang menerima pendakap gigi lebih cenderung untuk senyum dan menunjukkan gigi mereka di khalayak ramai.

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Konklusi

Bagi mengekalkan kesihatan mulut dan pergigian yang berpanjangan, masalah utama hendaklah diatangani secepat mungkin. Ini termasuk rawatan ortodontik, yang mempunyai kesan major terhadap kesihatan fizikal dan mental

Jika anda bercadang untuk memakai pendakap gigi kerana faedahnya yang banyak, hubungi Bordentown Braces. Tempat kami mempunyai salah seorang pakar ortodontik terbaik di Roebling, NJ, Dr. Newman. Kami boleh membantu anda mendapatkan semua manfaat kesihatan jangka panjang bagi pendakap gigi dengan mempreskripsikan rawatan berkualiti yang merangkumi kedua-dua kesihatan mulut dan mental.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

error: Please email smile@dentist3.com for Content :)