Quality & Affordable Dentistry in Malaysia

KEBAIKAN MENCUCI GIGI – ADAKAH MENCUCI GIGI BAIK UNTUK KITA?

Posted by dentist3 in Dental Articles | 0 comments

Adakah anda sedar bila anda tersenyum? Cuba mengelak apabila gigi ditangkap gambar atau terlihat semasa senyum kerana plak? Cucian gigi adalah rawatan yang terbaik untuk mendapatkan senyuman yang terbaik dan memutihkan gigi.

Cucian gigi adalah rawatan yang mudah dan dimanfaatkan oleh orang ramai. Tapi kita masih nampak ramai orang yang tak tahu asasnya dan terlalu banyak soalan seperti adakah cucian gigi bagus untuk kita, kelebihan mencuci gigi, berapa lama cucian gigi mengambil masa, adakah cucian gigi perlu, mengapa cucian gigi dilakukan dan sebagainya. 

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Sebelum mendapatkan rawatan, penting untuk anda mempunyai maklumat yang tepat tentang rawatan tersebut. Jadi harini, doktor gigi sabka akan menolong anda untuk menjelaskan semua persoalan tentang rawatan cucian gigi dalam bentuk soalan lazim dan akan menggabungkan manfaat cucian gigi. 

Apakah Cucian Gigi / Pembersihan Gigi?

Cucian gigi sekarang telah dilakukan oleh ramai orang. Sekarang, apa itu cucian gigi? Jadi, cucian gigi adalah proses di mana plak dan tartar dikeluarkan daripada gigi. 

Doktor gigi anda akan membuang membuang plak disepanjang gusi gigi dan melicinkan gigi untuk melekat semula pada gusi. Cucian gigi membuatkan gigi bebas dari kaviti dan sihat untuk jangka masa yang panjang. 

Berapa lamakah masa diambil untuk mencuci gigi?

Cucian gigi adalah satu proses dimana plak dan tartar pada gigi dibersihkan semasa rawatan. Berapa lama masa diambil untuk mencuci gigi? Secara Amnya, proses cucian gigi boleh dilengkapkan pada lawatan yang pertama. Semasa lawatan ini, waktu proses akan di ambil selama lebih kurang 1 jam untuk siap. Walaubagaimanapun, sekiranya ada plak yang banyak, jadi masa akan diambil lebih kurang 2 jam untuk siap. 

Cucian gigi sebelum dan selepas.

Plak dan tartar pada gigi membuatkan senyuman anda teruk dan dapat merosakkan gigi. Cucian gigi boleh menghilangkan plak dan tartar yang muncul pada gigi. Anda akan terkejut apabila melihat perbezaan cucian gigi sebelum dan selepas. Gigi anda akan kembali lebih putih dimana anda akan lebih yakin untuk senyum. Cucian gigi membantu untuk mengelakkan daripada kerosakan gigi. 

Jom kita tengok beberapa soalan lazim tentang cucian gigi: 

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Adakah cuci gigi perlu di Selangor, Malaysia?

Ia sangat biasa dan disebabkan oleh bacteria. Suasana yang membolehkan oleh tartar dan kalkulus untuk berkembang biak di dalam mulut yang menyebabkan komplikasi lanjut. Seperti yang diberitahu di atas, cucian gigi bersama dengan cucian akar harus dilakukan untuk menghilangkan kalkulus dan tartar. Ianya rawatan yang sangat berkesan untuk menangani penyakit tersebut pada peringkat awal dan bagi mengelakkan komplikasi lanjut. 

Jika menghidap gingivitis, jadi ianya adalah rawatan pilihan yang terbaik. Jika penyakit gusi pada tahap yang lanjut, cucian gigi dan cucian akar adalah pra-syarat sebelum melakukan pembedahan, untuk memastikan gusi sihat. 

Bolehkah cucian gigi merosakkan gigi? 

Ada satu mitos tentang cucian gigi dimana berkait dengan akan melemahkan gigi dan pergerakan pada gigi. Tiada kebenaran di dalamnya kerana gigi anda tidak mudah untuk menjadi lemah atau rapuh selepas rawatan cucian gigi. 

Ianya akan ada pergerakan pada gigi tapi bukan kerana cucian gigi tapi kerana pembuangan plak dan tartar yang sudah lama berada di sana untuk masa yang panjang, pembersihan gigi secara professional dapat membantu anda untuk mendapatkan garis gusi yang terbaik dan menyegarkan mulut kerana ia membantu menghilangkan plak bakteria daripada dengan melakukan cucian menyeluruh pada tisu gusi dan bahagian yang berkenaan.

Ini adalah untuk memastikan tiada gigi yang longgar atau apa apa penyakit di dalam mulut. Kadang kadang pesakit mempunyai ruang di antara gigi dan karang gigi (calculus) mungkin berkumpul di situ dan tiba tiba selepas pembuangan karang gigi tersebut, pesakit akan merasakan ada ruang baharu yang tercipta disebabkan oleh cucian gigi tapi bukan itu penyebabnya.

Sesetengah orang mungkin akan mengalami isu ngilu selepas rawatan, tapi ini boleh dihilangkan dengan ubat gigi sensitif. Dalam tempoh 24 ke 48 jam anda akan kembali rasa biasa. 

Semuanya dalam keadaan baik. Anda dijamin sekarang dengan bolehkah mencuci gigi dapat merosakkan gigi. Jawapannya adalah, TIDAK. Malah, ia dapat menguatkan gigi. 

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Bolehkah mencuci gigi dapat memutihkan gigi? 

Ya, dalam apa pun ia boleh membantu memutihkan gigi anda dimana semua kotoran dibuang daripada gigi anda dan rawatan memutihkan gigi selepasnya akan memberikan kesan yang terbaik.

Adakah mencuci gigi baik atau tidak baik?

Kesalah fahaman tentang mencuci gigi adalah tidak baik ialah salah. Tapi untuk jawapan yang tepat, ia tidak semuanya buruk. Ia memberikan banyak pulangan untuk jangka masa yang panjang. Ia akan membantu menghilangkan tartar dan mengekalkan kesihatan dalam mulut. Ini seterusnya dapat memberikan kesihatan yang panjang untuk gigi anda supaya tidak mempunyai apa apa isu besar dengan gigi. 

Jadi, soalan tentang adakah mencuci gigi tidak baik, jawapannya tidak tepat. Dan sepertimana anda meragukan yang adakah mencuci gigi selamat, dan jawapan disini ialah betul. Mencuci gigi sangat selamat walaupun mungkin anda sedikit tidak selesa selepas rawatan bergantung kepada tapi ianya sangat kecil di mana ianya sangat senang untuk sembuh seperti masalah ngilu. 

Kebaikan Mencuci Gigi di Selangor, Malaysia

  1. Dapat mengelakkan untuk dapat kaviti atau gigi berlubang: kaviti gigi dan gigi berlubang adalah pernulaan pertama kepada mana mana masalah besar dengan gigi. Jadi, membersihkan gigi dapat membantu anda mengelakkan ini dari terjadi. Kaviti menjadi perumah kepada plak dan merosakkan lapisan enamel dimana ianya adalah lapisan yang paling keras pada gigi. Jadi, bayangkan apa kerosakan yang teruk akan berlaku! Plak tiada apa, tapi benda putih yang melekat pada gigi. Satu lawatan berjumpa dengan doktor gigi untuk cucian gigi setiap 6 bulan dapat membantu mengelakkan plak bersama dengan penjagaan mulut yang betul seperti menggosok gigi dua kali sehari.
  2. Mengelakkan masalah sakit gusi (periodontal): plak adalah penjahat yang menyebabkan banyak masalah jadi ianya akan merosakkan gusi anda sekiranya telah berada di bawah gusi. Ini dapat menyebabkan juga kehilangan gigi. Mencuci gigi atau membersihkan akan menjaga gusi anda dimana ia merupakan penahan yang kuat untuk gigi dan dapat mengekalkan kesihatan mulut yang baik. 
  3. Menghilangkan kotoran:  meminum teh, kopi, minuman berwarna, arak atau rokok dapat menyebabkan kotoran pada gigi.  Ianya membantu anda untuk menghilangkan semua masalah warna dan mengekalkan senyuman yang bahagia dan sedikit sebanyak memutihkan gigi. 
  4. Dapat mengelakkan daripada mulut berbau: plak menjadi penyebab kepada banyak isu gigi. Memerangkap bakteria dan merebak menjadi tartar, kotoran yang keras pada gigi dan ini akan menyebabkan halitosis (masalah mulut busuk) atau nafas berbau. Dengan pertolongan memberus gigi setiap hari dan flos gigi anda akan melihat sebahagian hasil dan untuk menghilangkan nafas berbau  sepenuhnya, anda perlu melakukan cucian gigi. Pembuangan semua bakteria, tartar, kotoran dan plak akan menyegarkan mulut anda. 
  5. Menjimatkan duit untuk pemulihan gigi: ada banyak sebab kenapa ramai orang tidak pergi untuk cucian gigi yang biasa atau membersihkan gigi dan salah satu darinya ialah kos membersihkan gigi jauh lagi murah daripada keadaan yang berkembang tanpa cucian gigi daripadanya lebih memburukkan keadaan. Dalam satu senario, anda akan lebih banyak mengeluarkan duit untuk pemulihan gigi atau merawat masalah gusi (periodontal). Mencegah adalah lebih baik daripada merawat, jadi mencuci gigi adalah salah satu bahagian langkah pencegahan dan membantu mengelakkan banyak masalah pergigian. 

Perkara yang diharapkan semasa temujanji cucian gigi

Setelah anda sampai di klinik untuk temujanji mencuci gigi, doktor gigi anda kebarangkalian akan meneruskan dalam satu daripada dua cara. Sekiranya doktor gigi anda lebih menggunakan alatan tangan, dia akan menggunakan satu alatan besi yang dipanggil penskala gigi atau kuret. Penskala gigi dimasukkan kebawah gusi untuk membuang plak yang berus gigi anda tidak sampai. Sekiranya doktor gigi anda memilih untuk menggunakan barang ultrasonic, dia akan menggunakan satu alatan dengan hujung besi yang bergetar dan mengeluarkan air sejuk semasa hujungnya menghakis tartar. Bergantung pada keterukan pembentukan plak, doktor gigi anda juga akan melakukan cucian akar. Direka untuk membersihkan permukaan akar gigi. Cucian akar sama dengan mencuci gigi. Apabila doktor gigi anda melakukan cucian gigi, dia akan memastikan akar gigi anda lebih licin supaya gusi dapat melekat semula dengan sempurna. 

Mengapakah mencuci gigi penting?

Cucian gigi adalah tidak sakit seperti apa yang anda dengar, adalah satu cara untuk mengekalkan kebersihan mulut dan mencegah pembentukan plak pada masa hadapan. Walaupun tak semua orang suka untuk pergi berjumpa dengan doktor gigi untuk menjalankan prosedur ini, ianya dapat membantu anda mengekalkan kesihatan mulut untuk jangka masa lama. Ianya juga akan berfungsi sebagai salah satu cara untuk mencegah penyakit gusi daripada sepenuhnya berkembang, dimana ianya penting. 

Sekiranya anda percaya bahawa anda mempunyai plak yang berlebihan dan berada di kawasan Cedar Rapids, Hiawatha & kawasan Robins, pastikan anda membuat temu janji dengan Joyner Dental Arts hari ini. Staff kami pakar dalam rawatan periodontal termasuk pencegahan penyakit gusi. Kami sangat berbesar hati untuk membantu anda mengembalikan senyuman yang sihat. 

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

error: Please email smile@dentist3.com for Content :)