Quality & Affordable Dentistry in Malaysia

Berus Gigi , Flos Gigi dan Berus ‘Interdental’

Posted by dentist3 in Dental Articles | 0 comments

Tidakkah anda merasa gembira apabila gigi anda dibersihkan secara profesional? Mulut anda akan merasa perasaan yang sama ketika anda menggaru kulit yang gatal. Gigi anda akan terasa licin dan nafas anda terasa lebih segar. Bukankah ianya  perasaan yang amat menyenangkan?

Tetapi perkhidmatan pembersihan gigi bukanlah perkara yang kita dapat alami setiap hari. Oleh itu, kita perlulah menjaga kebersihan gigi dan gusi kita secara menyeluruh setiap hari. Jadi, apa yang perlu kita lakukan di rumah untuk kesihatan mulut yang baik?

Kami amat berbesar hati untuk memberitahu pesakit-pesakit kami 4 amalan yang boleh dilakukan secara rutin di rumah.

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Pertama, jaga pemakanan. Kita tidak sepatutnya mengambil makanan yang berbahaya pada diri, lebih-lebih lagi yang menjejaskan kesihatan mulut dan juga diri. Betul, sesekali kita bolehlah mengambil makanan yang kurang berkhasiat untuk kepuasan diri tetapi perlu beringat bahawa makanan sebegitulah yang boleh membawa kemudaratan pada diri.

Makanan manis, jus, minuman manis dan sebarang hidangan yang boleh melekatkan gula ke gigi kita boleh membahayakan kesihatan mulut kita sehinggakan ramai akan terganggu untuk melakukan aktiviti seharian sekiranya mengalami masalah mulut.

Perlu diingat, semakin banyak masalah mulut yang kita hadapi di masa lalu, semakin tinggilah kepentingannya untuk kita mengamalkan penjagaan pemakanan.

Kedua, kita perlulah memberus gigi secara efektif. Namun malangnya, kebanyakkan daripada populasi masyarakat kita hanya  membersihkan gigi dalam tempoh 20 ke 50 saat, dengan puratanya 30 saat sahaja. Harapan kami golongan ini tidak termasuk anda.

Kebanyakan orang menggunakan kuantiti ubat gigi yang banyak di atas berus gigi lalu memberus gigi, kemudiannya, berkumur lalu merasakan gigi mereka sudah cukup bersih. Hakikatnya, cara ini tidak ubah seperti menggunakan ubat kumur sahaja. Cadangan kami ialah menggunakan berus gigi yang lembut dan jauhi yang keras.

Sesetengah daripada masyarakat beranggapan bahawa berus gigi kasar lebih baik kerana lebih kuat dan membersih dengan ‘lebih baik’, tetapi kami tahu ini adalah mitos. Kita inginkan berus yang boleh mencapai sehingga ke dalam gusi dan cara yang terbaik ialah dengan menggunakan berus halus kerana ia boleh mencapai ruang sempit diantara gusi dan gigi, dimana ruangan inilah punca bermulanya segala masalah gusi.

Ketiga, sudut berus gigi perlulah pada 45 darjah diantara gusi dan gigi. Selepas itu, lakukan gerakan bulatan kecil dengan sistematik di dalam mulut. Kebaikan yang kita dapat peroleh daripada cara ini ialah kita mampu membersihkan gigi dan gusi secara serentak.

Keempat, anda perlulah menggunakan air atau ubat kumur sebelum memberus gigi. Kami mencadangkan anda untuk memberus gigi 2 kali.  Satu kali dengan menggunakan air atau ubat kumur diikuti dengan sedikit ubat gigi tanpa air. Tahap pertama ini mengambil masa hanya 2 minit bagi membersihkan permukaan gigi secara mekanikal daripada plak yang melekit dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Tahap kedua pula, berus gigi sekali lagi menggunakan ubat gigi.

Untuk membersihkan gigi secara lebih sistematik, mulakan dengan memberus gigi dari bahagian luar sehingga hujung sebelum menggosok permukaan dalam sehingga kehujung. Ikuti langkah yang sama untuk gigi rahang bawah. Mulakan dari satu bahagian kemudian teruskan ke bahagian yang lain. Dengan cara ini anda dapat melengkapkan urutan yang menyentuh semua permukaan gigi.

Jangan risau sekiranya anda tertinggal bahagian atas gigi. Ini kerana dalam proses membersihkan depan dan belakang gigi, berus akan secara langsung membersihkan bahagian atas gigi, seperti yang kita inginkan. 

Seterusnya perkara yang perlu kita fahami ialah apa itu plak. Plak ialah bahan melekit yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar, juga dikenali sebagai biofilem. Biofilem ini menentang segala usaha kita untuk membuangnya. Di dalam air liur kita terdapat antibodi khusus tercipta untuk menghalang bakteria daripada membentuk menjadi plak. 

Sesiapa yang mengalami masalah mulut kering, pengurangan aliran air liur akan lebih mudah untuk mendapat pelbagai masalah gusi dan gigi berlubang kerana bakteria bebas membiak tanpa halangan dari air liur dan antibodi semulajadi yang penting untuk melawan mereka.

Banyak orang mengalami masalah mulut kering disebabkan faktor umur, bernafas menggunakan mulut dan sesetengah ubatan. Mengikut fakta, lebih daripada 400 ubat-ubatan boleh menyebabkan mulut kering jika anda mengambilnya. Jika anda mengalami masalah mulut kering, anda disarankan untuk mengambil pengganti air liur untuk membantu mulut kekal lembap. Minum air setiap hari juga merupakan salah satu solusi namun ia bukanlah yang terbaik.

Amaran: gagal untuk membersihkan mulut dengan baik dan mengubah diet kurang gula dan masam apabila anda mengalami mulut kering akan membawa ke masalah gigi yang lebih parah.

Plak ialah musuh kerana ia adalah puncanya gigi berlubang dan masalah gusi.

Seperti yang saya sebutkan tadi, biofilem, atau erti kata lain plak yang cuba berselindung dibawah satu filem atau lapisan yang melindungi ia daripada makanan, kelembapan, antibodi dan sebagainya. Oleh kerana itulah, membersihkan plak secara mekanikal seperti memberus gigi, flos, pencungkil gigi dan sebagainya penting. 

Sebagai rumusan, berus gigi dengan air atau ubat kumur. Bersihkan gigi secara sistematik, kesemua permukaan gigi secara 45 darjah antara gusi dan gigi dengan gerakan bulatan kecil.

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Saya menekankan perkataan “bulatan kecil” kerana saya tidak mahu anda membersihkan gigi dengan hanya gerakan depan dan belakang. Cara ini tidak meletakkan berus ketempat yang sepatutnya ia pergi. Dan cara ini lebih mengasari tisu gusi.

Saya ada pesakit yang berkata kepada saya, “Saya tak mahu lakukan teknik itu kerana bimbang gusi menyusut” Satu fakta, berus halus tidak akan membuatkan gusi menyusut. Namun jika anda jenis yang memberus gigi dengan tekanan yang tinggi, perkara ini akan menyebabkan gusi menyusut.

Namun punca utama gusi menyusut ialah pertama, plak gigi dan kedua, faktor umur. 

Anda perlu tahu mengenai plak dan mengapa ia amat membahayakan, kerana ia mampu berevolusi. Ia boleh berubah mengikut usaha anda dan tubuh anda untuk membuangnya. Ia adalah biofilem, dan mempunyai banyak perlindungan. Apa yang kami ketahui buat masa terkini, biofilem adalah penyebab bakteria bersatu bersama dan berkomunikasi antara satu sama lain. Bakteria ini mampu mengkoordinasi sesama sendiri untuk berubah bentuk dan membina perlindungan bagi melindungi diri mereka dari serangan yang boleh membunuh dan membuang mereka. Bunyi seperti fantasi sains sahaja bukan?

Namun, hakikatnya ini adalah fakta. Semakin lama plak berada di permukaan gigi, semakin besar kesan negatifnya pada gigi disebabkan oleh bakteria yang mampu berevolusi sepanjang masa.

Evolusi ini juga secara ringkasnya mampu menukarkan “bakteria baik” kepada “bakteria jahat”. Pesalah gusi ini mengambil masa 13 minggu untuk memberi kesan pada mulut dan kerana itulah kami memanggil pesakit setiap 13 minggu. Semua pesakit memerlukan jadual khas untuk penjagaan berkala. Jarak masa ini bermula dari 2 bulan hingga setahun. Untuk pesakit dengan sejarah masalah gusi, rawatan setiap dua ke tiga bulan adalah yang terbaik.

Jika anda tidak mempunyai sejarah masalah gusi, jarak terbaik ialah empat ke enam bulan. Dan jarang kali, kami mencadangkan jarak setahun bagi setiap sesi rawatan.

Bagi kebanyakan orang, kami mencadangkan untuk menggunakan berus gigi elektronik.Ini kerana berus gigi ini mempunyai pemasa iaitu 2 minit dan memberus dengan gosokan lebih dari ribuan gosokan per minit dan mempunyai konsistensi yang baik untuk berus. Ia tidak terlalu keras, tidak terlalu lembut. Kebanyakkan orang mampu menunjukkan hasil positif di pemeriksaan gigi dengan penggunaan berus gigi elektronik. 

Flos atau Penggunaan Berus Interdental

Flos: Doktor gigi sering kali berkata mengenainya namun pesakit seolah membencinya.

“Saya tak tahu cara nak guna flos”, “Saya rasa saya tak perlu guna flos”, “macam susah je nak guna flos”.

Oleh itu, kami mencadangkan anda untuk mendapatkan info daripada doktor gigi anda semula, cara untuk memflos gigi jika anda masih mengalami kesukaran menggunakannya.

Terdapat sesetengah pemegang flos yang boleh membantu. Tetapi saya mencadangkan anda menggunakan kaedah tradisi dengan hanya menggulung flos yang panjangnya sekitar 18 inchi di jari tengah, kemudian dengan sistematik menggunakan jari telunjuk dan jari ibu untuk membantu memudahkan proses memflos gigi. Minta bantuan doktor gigi untuk menunjukkan demonstrasi cara penggunaan supaya anda tidak merasa putus asa untuk menggunakannya dan menipu doktor gigi anda tentang berapa kerap anda menggunakannya! Selepas anda tahu cara menggunakannya dan berlatih sedikit, ia akan menjadi lebih mudah dan pantas. 

Kini, bagi saya, saya tidaklah terlalu menekankan idea anda wajib memflos. Ini kedengaran seperti ajaran sesat untuk pergigian namun ini adalah realiti. Lebih dari 9 dari 10 rakyat Amerika tidak memflos secara berkala atau tetap. Ada juga mengatakan 92% tidak memflos.

Jadi, jika anda tidak mahu menggunakan flos, apa yang anda perlu buat?

Anda boleh menggunakan berus interdental. Gunakan sesuatu untuk masuk di celah antara gigi. Mengapa?

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Kerana 85% masalah mulut orang dewasa berpunca daripada celah gigi, dimana tempat seharusnya flos membersih. Hanya 15% masalah berpunca dari bahagian permukaan gigi yang digunakan untuk gigitan dan permukaan licin pada gigi dimana selalunya anda memberus. Wah, ini bermakna, flos itu lebih penting daripada memberus gigi? Dan jawapannya ialah, ya. Anda sepatutnya mulakan penjagaan dirumah dengan memflos gigi, diikuti dengan memberus gigi.

Apabila anda tidak membersihkan ruang antara celah gigi, plak akan berevolusi dan menjadi semakin berbahaya kepada gusi dan gigi. Ia akan menyebabkan reaksi radang yang disebabkan jangkitan yang boleh merebak ke seluruh badan, membawa kepada kondisi dan penyakit yang lebih teruk.

Selepas ia kekal di gigi dan akar untuk beberapa tempoh, ia akan mula untuk mengeras dan membentuk tartar gigi. Kami panggil ia sebagai karang gigi.

Tartar gigi selalunya berkumpul di mana tempatnya kelenjar air liur keluar dalam mulut kita. Terdapat 6 tempat dimana ia sering terjadi, dan kesemua 6 tempat ini adalah tempat yang paling banyak dijumpai karang gigi atau tartar gigi. 

Karang gigi amat mencabar untuk anda membersihkannya dan untuk tubuh anda menghadapinya. Plak akan berkumpul di karang gigi dan menjadikanya ia lebih payah untuk dibersihkan. Karang gigi bertindak seperti bendasing bermakna ia tidak selayaknya berada didalam mulut kita. Jika anda mempunyai karang gigi yang banyak, tubuh anda akan merasa gembira sekiranya ia dibuang agar ada harapan untuk ia sembuh.

Kegagalan untuk melihat keperluan

Antara faktor utama ramai tidak mahu datang dan berjumpa dengan doktor gigi dengan tempoh berkala adalah kerana mereka gagal untuk melihat keperluannya untuk berjumpa doktor gigi. Ramai mungkin berkata, “ Saya dah tak sakit, mengapa saya perlu jumpa doktor gigi?”

Tidak, ini adalah satu pemikiran yang tidak betul. Pemikiran seperti ini akan mengundang masalah. Semakin anda menerapkan pemikiran seperti ini, semakin parah masalah yang akan anda hadapi. 

Malangnya, anda tidak mempunyai kapasiti yang sama untuk memastikan mulut bersih seperti doktor gigi. Jadi mereka adalah orang penting unutk memastikan kesihatan mulut anda.

Jika gusi anda berdarah semasa memberus atau memflos, ia bukan bermakna untuk anda berhenti. Ia bermakna gusi anda sedang radang dan mula berdarah apabila di berus atau di flos. 

Semakin anda flos dengan betul, semakin anda berus dengan betul, semakin kurang pendarahan yang anda akan alami. Ia hanya akan mengambil masa beberapa hari pembersihan yang baik untuk pendarahan berhenti. 

Jika, walaupun anda sudah membersih dan memflos dengan betul dan gusi anda masih berdarah, segera berjumpa dengan doktor gigi. Datang dan jumpa kami dengan segera, kerana anda mungkin mengalami masalah lain atau menggunakan teknik pembersihan yang kurang tepat atau ada sesuatu yang sedang berlaku di dalam tubuh anda. Kami akan membantu anda mengenal pasti apa yang sedang berlaku. Melengahkan perkara ini akan mengkoskan anda dari segi keselesaan, kesihatan dan wang untuk anda kembali sembuh.

Berjumpa dengan doktor gigi dengan berkala dan menerima rawatan penjagaan gigi membantu bukan sahaja mengekalkan gigi anda, tetapi juga memastikan kesihatan diri terpelihara. Dan itulah ringkasannya. Dengan pengetahuan yang kami tahu mengenai kaitan antara keadaan mulut anda dengan keseluruhan tubuh anda, ia adalah perjudian hidup yang membunuh jika anda mengetepikan atau melengahkan keperluaan penjagaan gigi. 

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

error: Please email smile@dentist3.com for Content :)