Quality & Affordable Dentistry in Malaysia

Implan Gigi vs. Rawatan Akar Gigi di Selangor, Malaysia

Posted by dentist3 in Dental Articles | 0 comments

The inside of a tooth is made up of a nerve, artery, vein, and much smaller arterioles, veinoles, and tiny branches of nerves
Keadaan dalam gigi yang terdiri daripada saraf, arteri, salur darah dan juga saraf-saraf kecil

Endodontik (Rawatan Akar)

Endodontik atau rawatan akar ialah rawatan terbaik untuk menyelamatkan gigi yang telah mendapat jangkitan, cedera dan gigi terdedah (pendedahan saraf). Antara prosedurnya ialah mencuci semua tisu utama dalam ruang salur darah. Ruang ini berada di bawah lapisan dentin gigi dalam corona dan akar gigi. Tisu disini terdiri daripada saraf, arteri, salur darah dan juga saraf-saraf kecil. Jika gigi sudah mati dan tidak sakit, anda tidak perlu diberi ubat bius sebelum rawatan.

Kemudian, satu bukaan akan dibuat dengan alat pergigian pada kawasan crown gigi sehingga ke dalam ruang saraf (pulp). Biasanya, satu saluran akan dibuat dalam ruang akar dengan bur besi dengan menaikkan diameter sedikit demi sedikit. Proses ini dibuat dengan hand-piece berkelajuan perlahan. Kemudian, fail kecil akan dimasukkan dalam salur dengan diameter menaik sedikit demi sedikit. Proses ini dibuat dengan berhati-hati untuk mencuci dan membesarkan ruang saraf bagi memastikan ia tidak mencapai sehingga ke akar gigi.

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Zaman sekarang, ramai doktor gigi guna fail mekanikal yang disambung dengan hand-piece untuk melakukan prosedur ini. Tapi ramai juga doktor yang selesa menggunakan kaedah ini secara manual. Satu siri bancuhan air pengairan dibuat untuk tujuan bilas semasa rawatan akar. Selepas selesai pengairan terakhir, salur itu akan dikeringkan dengan absorbent paper point yang sudah steril. Sejenis simen bahan pengedap akan diletak dalam salur bagi tujuan melembapkan permukaan dalaman dan kemudian bahan lengai seperti gutta percha akan diletak dalam salur. Sebatang gutta percha lebih kecil akan ditempatkan secara sisi di sekeliling yang utama dan kemudian akan dimampatkan dengan instrumen khusus. Ia akan dipanaskan pada suatu masa untuk membantu menyatukan semua gutta percha menjadi satu. Permukaan luar gigi kemudian ditutup dengan simen buat sementara waktu.

Sepanjang proses ini, doktor gigi akan guna radiografi atau sonic depth finder untuk mencari panjang akar dan merawat pada kepanjangan itu sahaja. Sangat bahaya jika operator terus mencapai jauh di bawah akar dan tulang; doktor gigi akan usaha sedaya mungkin untuk elakkan lubang ini.

Kadang-kadang sebahagian crown gigi yang telah mendapat rawatan akan akan hilang kerana rosak atau cedera. Jika hal ini berlaku, doktor gigi akan melakukan cara tambahan beberapa hari kemudian untuk letak sesuatu pada salur itu. Gantian ini boleh dibina dengan bahan pergigian untuk membentuk struktur crown semulajadi. Kemudian, doktor gigi akan potong kepada saiz sesuai dan membentuk acuan dalam keadaan konvensional. Crown sementara akan dibuat sehingga crown baru sampai dari makmal. Untuk bridge tetap, prosedur ini akan dibincangkan dalam Bab 12.

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Bukan semua crown gigi yang mendapat rawatan akar rosak. Jika hal ini berlaku sahaja, crown gigi akan dibuat kerana gigi sudah kering dan rosak. Crown akan melindungi dan menutup ruang corona pada gigi.

Apakah kekurangan melakukan rawatan akar? Ada pesakit melaporkan sakit semasa rawatan. Hal ini berlaku kerana ubat bius yang tidak mencukupi. Jika gigi sudah dijangkiti sehingga ke hujung akar, tahap keasidan kepada asas mungkin berubah di kawasan itu.

Jika itu kesnya, ubat bius tertumpu mungkin tidak berkesan. Doktor gigi akan menukar jenis ubat bius dan mungkin beliau akan berikan nitrus oksida dan/atau ubat tahan sakit selepas pembedahan biasanya melalui mulut. Selepas temuanji pertama dan saraf gigi sudah dihapuskan, jarang sekali pesakit akan rasa ketidakselesaan: Tapi hari ini, temujanji pertama biasanya tidak menarik.

Kekurangan kedua ialah tiada 100 peratus dalam perubatan atau pergigian dan walaupun rawatan akar menjanjikan kadar kejayaan yang tinggi, ada juga berlaku kegagalan. Jika hal ini berlaku, akan ada 3 alternatif:

  1. Merawat semula gigi dengan cara lama seperti yang diberitahu sebelum ini;
  • Membedah dan membuang hujung akar serta mencuci semua tisu tulang berhampiran dan penuhinya untuk mencipta penutup baru pada hujung akar; dan
  • cabutan gigi.

Jika perkara di atas berlaku, pesakit mungkin akan memilih untuk membuat cabutan gigi sejak dari temujanji pertama lagi.

Antara kekurangan lain ialah semua gigi selepas dirawat secara endodontik memerlukan crown agar gigi yang dirawat tidak mudah pecah kerana ia senang rapuh disebabkan kekurangan nutrisi dan cecair. Walaupun gigi dicabut dan digantikan dengan implan, crown juga perlu dipasang. Jika dicabut dan tidak dipasang implan, bridge tetap atau gigi palsu yang boleh dibuka perlu dipasang untuk menggantikan gigi yang hilang.

Kekurangan yang terakhir ialah gigi itu mungkin tidak boleh dicuci dan ditampal untuk menjaga kebersihannya dan semua gigi yang mendapat rawatan akar adalah tempat berkumpulnya mikrob terutamanya bakteria anaerobic (tidak perlu oksigen). Jika ini berlaku, tahap kesihatan pesakit perlu diambil kira. Subjek ini sangat kontroversi dan ada penyokong masing-masing. Banyak lagi kajian yang perlu dibuat untuk menyelesaikan isu ini.

Implan gigi di Selangor, Malaysia

Implan gigi digunakan untuk mencipta tiang bagi crown tetap, bridge, gigi palsu yang boleh dibuka. Ia akan diletakkan pada tempat gigi dicabut bagi menggantikan akar dan crown gigi asal. Kelebihannya ialah ia lengai dengan bahan asing yang diletakkan dalam tisu manusia. Biasanya ia jarang ditolak oleh tisu tulang yang diletak. Malah, ia tidak akan menjemput kehadiran bakteria dan sering ditemui sebelum ini yang menguasai tulang sokongan gigi yang dirawat.

Ia diperbuat daripada besi biasanya titanium perubatan dan diseliputi dengan lapisan luaran hydroxyapatite (HP). Ia akan melitupinya dari tulang dan menggalakkan penyembuhan secara semulajadi tanpa alergik. Tulang akan integrasi (oseointegrasi) dengan implan HP seperti ia integrasi dengan besi asal. Integrasi ini mengambil masa dari 3 sehingga 6 bulan atau lebih bagi memastikan implan benar-benar sebati dengan tulang. Selepas itu, crown atau bridge atau prosthesis pergigian lain akan dipasang atas implan. Akan ada penyangga yang diletak terlebih dahulu pada implan. Kelebihan implan tiruan ini ialah mustahil untuk bakteria tumbuh didalam dan secara relatifnya akan jadi bebas jangkitan dalam tulang.

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Kekurangan utama antaranya ialah:

  1. lebih mahal secara umumnya berbanding rawatan akar gigi;
  2. prosedur pembedahan penuh perlu dibuat semasa pemasangan implan dan perlu dibuat pembedahan kecil untuk pembinaan prostetik;
  3. sakit, bengkak dan ketidakselesaan selepas pembedahan;
  4. kadang-kadang ada penolakan implan gigi.
  5. jangkitan selepas rawatan boleh berlaku tapi jarang.

Pesakit perlu sedar semua kemungkinan ini dan perlu ambil kira kelebihan dan alternatif sama ada rawatan akar atau memilih gigi palsu separuh atau penuh.

Dalam kata lain, penting sekali untuk huraikan secara jelas tentang pilihan yang ada kepada pesakit. Pesakit boleh membuat keputusan bijak dan mendapat kebenaran kedua-dua belah pihak dari doktor atau pesakit.

Korona dan bahagianakar gigi sebelum dibuat tampalan dengan tampalan rawatan akar.
Korona dan bahagianakar gigi sebelum dibuat tampalan dengan tampalan rawatan akar.
Diisi dengan gutta percha selepas tampalan pada salur akar.
Diisi dengan gutta percha selepas tampalan pada salur akar.
Gantian dipasang pada salur akar gigi.
Gantian dipasang pada salur akar gigi.
Gigi ketiga dari belakang pada bahagian kiri belah bawah gambar. Gambar
Gigi ketiga dari belakang pada bahagian kiri belah bawah gambar. Gambar
Gigi reput di bawah bridge pada geraham kedua.
Gigi reput di bawah bridge pada geraham kedua.
👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

error: Please email smile@dentist3.com for Content :)