Quality & Affordable Dentistry in Malaysia

Apa itu Braces (Pendakap Gigi) di Selangor, Malaysia

Posted by dentist3 in Dental Articles | 0 comments

Braces akan meluruskan dan membetulkan gigi anda supaya boleh menggigit dengan betul. Ada orang pakai braces untuk mencantikkan senyuman.
Braces akan meluruskan dan membetulkan gigi anda supaya boleh menggigit dengan betul. Ada orang pakai braces untuk mencantikkan senyuman.

Apa Itu Braces (Pendakap Gigi)?

Braces adalah alat yang membantu membetulkan semula masalah gigi anda seperti gigi berlapis, tidak lurus atau tidak tersusun. Ramai orang memakai braces semasa remaja tapi ada saja orang dewasa yang memakai braces. Braces akan meluruskan dan membetulkan gigi anda supaya boleh menggigit dengan betul. Ada orang pakai braces untuk mencantikkan senyuman.

Kalau gigi anda tidak lurus dan/atau gigitan tidak selari (underbite atau overbite), terdapat beberapa rawatan yang boleh meluruskan gigi termasuk braces dan retainer, alat yang dibuat secara khusus yang tetap atau yang boleh dibuka. Anda perlu tahu sama ada anda ada overbite atau tidak.

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Ramai doktor gigi umum hanya merawat masalah gigi biasa tapi ahli ortodontik pakar dalam membetulkan masalah gigi anda. Mereka biasanya mempunyai pengalaman 2 sehingga 3 tahun pendidikan ortodontik dan latihan di tempat pergigian. Mereka pakar dalam meluruskan gigi, membetulkan gigitan dan masalah berkaitan rahang.

Doktor gigi atau ahli ortodontik yang anda pilih akan tanya soalan berkaitan kesihatan anda, melakukan pemeriksaan klinikal, mengambil imbasan digital gigi anda, ambil gambar muka dan gigi dan X-ray mulut serta kepala anda. Mereka akan merancang pelan rawatan berdasarkan maklumat yang ada.

Conventional braces, ceramic braces , clear aligner braces are available at dentist3 dental clinic
Conventional braces, ceramic braces , clear aligner braces are available at dentist3 dental clinic

Jenis-jenis Braces

Braces adalah cara paling popular untuk meluruskan dan membetulkan gigitan untuk kanak-kanak. Ia bukanlah besi yang memenuhi mulut anda seperti sebelum ini. Banyak lagi pilihan lain yang ada sekarang.

Jika braces sesuai untuk anda, doktor gigi atau ahli ortodontik akan memberikan preskripsi peralatan gigi mengikut keperluan anda. Braces terdiri daripada getah, wayar dan peralatan pembetulan yang boleh dibuka. Tiada kaedah sama yang sesuai untuk semua orang.

Braces besi/tradisional: Braces besi tradisional diperbuat daripada besi. Ia termasuklah braket yang ditampal pada depan gigi atau getah yang diletak disekeliling setiap gigi berserta dengan wayar fleksibel yang memegang braket dan getah. Ada braces menggunakan getah atau besi untuk mengikat braket pada wayar. Getah ini akan memberikan tekanan bagi membantu meluruskan dan membetulkan semula gigi anda. Kadang-kadang, ahli ortodontik akan menyuruh anda memakai alat yang dipanggil headgear pada waktu malam. Alat ini akan menambah tekanan bagi membantu gigi anda untuk lurus. Anda boleh buka dan pasang semula.

Braces seramik: Braket yang diperbuat daripada seramik seakan warna gigi. Ada juga yang diperbuat daripada besi tahan karat, bahan clear atau emas.

Braces Lingual: Braket ini dipasang pada belakang gigi yang berhadapan dengan lidah. Braces jenis ini tidak kelihatan pada pandangan umum.

Clear aligner: Anda pasti pernah dengar tentang braces halimunan ini. Ia adalah tray plastik clear yang muat rapi dalam mulut anda. Tekanan digunakan untuk menggerakkan gigi anda ke posisi betul dan mencantikkan senyuman anda. Anda boleh buka aligner untuk makan, berus, flos tapi anda perlu pakainya sekurang-kurangnya 22 jam setiap hari untuk pastikan ia berfungsi. Ahli ortodontik mungkin akan menampal pelekat seakan warna gigi pada gigi anda untuk memegang aligner. Ketahui lebih lanjut tentang aligner gigi dan cara untuk meluruskan gigi di rumah.

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Braces dan rawatan ortodontik digunakan untuk membetulkan “gigitan salah” atau gigi berlapis dan tidak tersusun. Untuk sesetengah kes dimana gigi anda kelihatan lurus tapi rahang atas dan bawah anda tidak serasi, kes seperti ini biasanya adalah keturunan atau hasil daripada kecederaan, kehilangan gigi terlalu awal atau lambat atau boleh jadi juga sebab menghisap jari.

Jika anda ada masalah gigitan tidak normal, doktor gigi akan sarankan braces atau rawatan ortodontik lain untuk meluruskan senyuman anda. Membetulkan masalah akan mencantikkan senyuman tapi apa yang penting, tujuan rawatan ortodontik adalah untuk menjadikan mulut anda lebih sihat. Kalau anda tidak membetulkan gigitan tidak normal, hal ini boleh menyebabkan terjadinya masalah kesihatan mulut lain termasuklah:

  • Gigi rosak
  • Penyakit gusi
  • Kehilangan gigi
  • Masalah percakapan dan/atau mengunyah
  • Hakisan enamel gigi
  • Masalah rahang

Meluruskan gigi anda boleh dilakukan melalui pelbagai cara. Rawatan ortodontik yang ada boleh diguna mengikut kegemaran dan pilihan yang diberikan oleh doktor gigi dan ahli ortodontik. Braces tradisional akan meluruskan gigi dengan memberi tekanan. Ia biasanya terdiri daripada braket kecil yang disimen pada gigi anda disambung dengan wayar yang diketatkan oleh doktor gigi atau ahli ortodontik untuk menggerakkan gigi dan rahang anda. Braket ini boleh jadi besi atau yang berwarna seakan gigi. Ada juga braket yang dipasang pada belakang gigi. Di bawah pantauan doktor gigi dan ahli ortodontik, aligner yang boleh dibuka juga adalah pilihan lain untuk merawat masalah ortodontik.

Rawatan ortodontik akan dibuat oleh doktor gigi atau ahli ortodontik yang pakar dalam diagnosis, pencegahan dan rawatan untuk ketidaksamaan gigi dan wajah. Semua ini bergantung kepada pengalaman doktor gigi anda dan kadar kerumitan kes anda.

Gigitan tidak normal biasanya kelihatan antara umur 6 sehingga 12 tahun dan rawatan ortodontik boleh dilakukan seawal 8 sehingga 14 tahun. Rawatan yang bermula semasa kanak-kanak membesar membantu memberikan hasil yang lebih optimum. Hal ini bukan bermaksud orang dewasa tidak boleh memakai braces; gigi yang sihat boleh dirawat secara ortodontik disegenap peringkat umur.

Pelan rawatan bergantung kepada situasi anda tapi sesetengah orang perlu 1 sehingga 3 tahun. Selepas itu, mereka perlu memakai retainer untuk memegang gigi pada posisi baru mereka. Braces sekarang lebih selesa berbanding sebelum ini. Bahan baru ini memberi daya berterusan, lembut pada gigi dan hanya memerlukan sedikit sahaja pembetulan.

Semasa memakai braces, amat penting untuk anda mengekalkan diet seimbang untuk kesihatan gigi anda. Ya betul, diet yang sihat penting tapi makan terlalu banyak makanan bergula dengan braces boleh menyebabkan penghasilan tahi gigi pada sekeliling braket yang boleh menyebabkan kesan kotor kekal atau kerosakan pada gigi anda. Elakkan makanan seperti bertih jagung, jagung bakar, gula-gula getah, sebiji epal dan makanan melekit lain. Tanya doktor gigi anda apa makanan yang patut dielakkan semasa rawatan. Bukan semua orang dilahirkan dengan senyuman menawan namun dengan rutin penjagaan mulut yang bagus dan bantuan dari ahli ortodontik, anda pasti akan mendapat senyuman cantik yang menawan.

Contoh Ceramik braces
Contoh Ceramik braces

Bagaimana braces menggerakkan gigi

Braces menggerakkan gigi dengan memberi tekanan berterusan pada gigi anda untuk beberapa tempoh. Rahang anda akan mengubah bentuk secara perlahan-lahan untuk adaptasi dengan tekanan yang diberikan.

Kita sering fikir yang gigi kita bersambung secara terus dengan tulang rahang dan hal ini membuatkan kita fikir gigi sukar untuk digerakkan. Di bawah gusi anda terdapat membran yang dikelililingi oleh tulang dan padanya ada akar gigi anda yang bersambung dengan rahang. Membran ini mengawal posisi gigi anda dan ia akan memberi respons terhadap tekanan yang diletak pada gigi oleh braces.

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Memakai braces tidak sakit pada hari pemasangan dan ia hanya mengambil masa satu atau dua jam untuk dipasang. Anda mungkin akan rasa pedih sedikit pada minggu pertama tapi lama kelamaan anda akan terbiasa. Setiap kali anda mendapatkan rawatan susulan braces, anda akan berasa pedih untuk beberapa hari.

Lekatan braket

Selepas gigi anda dicuci dan dikeringkan, braket seramik, plastic atau besi tahan karat akan dipasang pada gigi anda menggunakan tampalan. Memakai braket mungkin membuatkan anda tidak selesa tapi tidak juga membuatkan anda sakit.

Braket ini akan membuatkan tekanan diagihkan sama rata pada setiap gigi. Ia bersambung dan dikelilingi dengan wayar yang diperbuat daripada besi tahan karat, titanium nikel atau titanium tembaga.

Getah

Getah elastik atau dipanggil juga O-ring atau pengikat yang ditempatkan pada braket. Ia memberikan tekanan pada rahang anda dan biasanya diguna untuk rawatan braces tradisional.

Spacer (Penjarak)

Spacer diperbuat daripada getah atau gegelang besi. Ahli ortodontik anda akan memasangnya antara gigi molar semasa rawatan.

Spacer akan menolah rahang anda dengan menambah ruang pada belakang gigi. Ia juga akan menyediakan ruang untuk braces jika ruang belakang anda terlalu sempit.

Bukan semua orang memerlukan spacer. Ia biasanya digunakan untuk seminggu atau 2 minggu sahaja.

Archwires (Dawai lengkung)

Archwires menyambung braket pada gigi anda. Ia adalah mekanisma yang memberi tekanan pada gigi anda untuk bergerak. Archwire biasanya diperbuat daripada besi tahan karat, titanium nikel atau titanium tembaga.

Tiub Bukal

Tiub Bukal adalah bahagian besi yang dipasang pada gigi molar. Tiub molar memegang pada bahagian belakang mulut anda. Ahli ortodontik akan mengetatkannya dan melepaskan bahagian lain pada braces anda.

Springs

Gegelung spring dipasang pada archwire. Ia akan memberikan tekanan antara dua gigi dan menyediakan ruang.

Facebow headgear

Jarang headgear diperlukan dan biasanya dipakai pada waktu malam saja. Headgear ialah besi yang dipasang pada braces untuk memberikan tekanan lebih pada gigi anda jika terdapat pembetulan khusus yang perlu dibuat.

Adakah memakai braces menyakitkan?

Anda sepatutnya tidak merasa sakit semasa memakai braces. Tapi pada masa yang sama anda akan berasa tidak selesa semasa proses adaptasi.

Sakit memakai braces seperti pedih atau tolakan. Jika anda berasa sakit selepas memakai braces, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti ibuprofen.

Kos pemasangan braces

Berdasarkan Survey unofficial di Malaysia, harga braces untuk kanak-kanak biasanya bermula sekitar RM5,000 kalau dibayar sendiri.

Braces untuk dewasa dan rawatan tray seperti Invisalign biasanya tidak dilindungi oleh insurans. Braces untuk dewasa biasanya berharga dari RM6,000 sehingga RM9,000. Kebanyakan ahli ortodontik menawarkan pelan pembayaran untuk membolehkan semua orang mampu untuk membayarnya.

Apakah braces mini?

Braces mini lebih kecil berbanding braces tradisional. Ia tidak dipasang pada setiap gigi bermakna ia tidak memakan banyak ruang.

Ada ahli ortodontik mengatakan jika anda layak untuk memakai braces mini, ia mungkin akan mempercepatkan rawatan anda. Jika anda tertanya-tanya adakah anda layak, sila tanya ahli ortodontik anda.

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Berapa lama braces perlu dipakai?

Tempoh rawatan berbeza untuk setiap orang namun biasanya orang memakai braces dari setahun sehingga ke 3 tahun. Dengan mengikuti arahan ahli ortodontik, anda boleh memastikan yang anda boleh memakai braces secepat mungkin dan dalam tempoh yang pendek sahaja.

Bagaimana braces berfungsi untuk orang dewasa berbanding kanak-kanak?

Jangan terkejut tapi anda tidak terlalu tua untuk memakai braces. Tapi ada kebaikannya jika anda mula mendapatkan rawatan ini secepat mungkin.

Untuk remaja pula, tulang rahang dan tisu anda masih bergerak dan berkembang dan belum selesai selagi anda belum mencapai status dewasa. Pada fasa ini, tulang rahang anda mungkin lebih fleksibel dan gigi anda lebih bertindakbalas terhadap pergerakan.

Rawatan mungkin tidak mengambil masa lama jika gigi anda bertindak balas lebih cepat dengan braces. Jika gigi dan rahang anda berhenti berkembang, terdapat beberapa perubahan yang braces tidak mampu capai.

Secara keseluruhannya, orang dewasa juga melalui proses yang sama seperti kanak-kanak semasa memakai braces. Selain tempoh rawatan, ada perkara lain yang perlu diambil kira jika anda adalah orang dewasa yang ingin memakai braces.

Jika anda mengandung atau cuba untuk mengandung, anda perlu bercakap dengan doktor bidan anda tentang braces adakah ia akan memberi kesan terhadap kandungan anda.

Anda mungkin perlu bercakap dengan doktor anda jika anda ada masalah kesihatan yang perlu dirawat terlebih dahulu.

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Menjaga braces

Selepas memakai braces, anda perlu elakkan mengambil sesetengah makanan yang senang tersangkut pada celah gigi. Contohnya:

-Gula-gula keras Bertih

-jagung

-Gula-gula getah

Untuk orang yang memakai braces, makanan lebih senang tersangkut dan hal ini boleh menyebabkan kerosakan gigi. Jangan terlalu ambil banyak minuman bergula dan makanan berkanji kerana makanan jenis ini boleh merosakkan enamel gigi.

Semasa memakai braces, anda perlu berjumpa ahli ortodontik setiap 8 ke 10 minggu. Ahli ortodontik akan menyemak pergerakan gigi anda untuk memastikan anda menjaga kesihatan mulut dan braces dengan baik. Ahli ortodontik juga akan menukar O-ring jika perlu.

Mencuci gigi jika anda memakai braces

Penting untuk anda berhati-hati tentang penjagaan mulut semasa memakai braces. Memberus gigi selepas makan akan mengelakkan makanan tersangkut antara braces dan gigi anda. Flos khusus boleh digunakan untuk flos disekeliling braces 2 kali sehari.

Anda mungkin perlu membeli flos Waterpik yang boleh digunakan dengan mudah di sekeliling braces anda dan bagi mencapai tempat yang sukar dicapai. Berus interdental juga boleh digunakan untuk mencuci dibawah dan sekeliling wayar serta braket.

Walaupun sudah memakai braces, anda perlu jadualkan temujanji setiap enam bulan atau setahun dengan doktor gigi anda untuk cuci gigi.

Takeaway

Braces berfungsi dengan memberi tekanan pada rahang anda untuk mengubah cara senyuman anda. Mempunyai gigi lurus dan rahang sesuai mengikut wajah anda bukan sahaja memberi kesan bagus terhadap penampilan anda malah untuk keseluruhan kesihatan anda.

Braces berfungsi secara perlahan-lahan dan rawatan ini berbeza untuk setiap orang. Sila berhubung dengan doktor gigi anda jika anda tertanya-tanya perlukah anda memakai braces.

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

error: Please email smile@dentist3.com for Content :)