Quality & Affordable Dentistry in Malaysia

Implan Gigi di Selangor, Malaysia

Posted by dentist3 in Dental Articles | 0 comments

“Mulut kita adalah bahagian penting dan sesuatu menakjubkan yang menjadi sebahagian daripada anatomi, emosi dan kehidupan kita. Jika binatang kehilangan gigi, ia tidak boleh bertahan lama dalam kehidupan ini melainkan sudah dijinakkan. Kehidupannya akan menjadi sukar kerana tidak boleh memburu dan mencari makanan. Lama-kelamaan, haiwan ini akan meninggal dunia. Bagi manusia, fungsi mulut adalah untuk bercakap, mengungkapkan kata-kata cinta, kegembiraan, rasa marah, baran atau sedih. Ia adalah tempat di mana hubungan seksual bermula; jadi, mulut adalah anggota yang penting untuk meneruskan kehidupan dengan makanan dan pembiakan. Ia memerlukan penjagaan terbaik dalam apa jua keadaan sekali pun.”

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Apakah implan gigi? Implan gigi adalah gantian kepada akar gigi. Kalau diikutkan itu definisi ringkas implan tapi tidak sepenuhnya benar. Implan membekalkan set ketiga gigi untuk orang yang kehilangan satu atau banyak gigi.

Implan untuk setiap individu berbeza dari segi bentuk, saiz dan rekabentuk. Apa pun, tujuannya adalah untuk memberi sokongan kekal dengan menggunakan tulang rahang anda untuk penggantian gigi. 

Bagaimanakah Implan Gigi Dipasang di Selangor, Malaysia?

Bagaimana implan dipasang? Umumnya, gusi akan dipotong dan dikeluarkan sedikit. Persediaan untuk tulang dibuat dan implan gigi dimasukkan kedalam tulang itu. Tisu gusi diletak semula dan tulang di sekitar implan akan mula sembuh dan sebati dengan implan. Kemudian, implan boleh digunakan untuk memegang gigi baru pada tulang. Bergantung kepada jenis tulang dan situasi yang dihadapi, implan akan dibiarkan beberapa bulan untuk sembuh atau boleh terus diletak gigi. Tempoh ini bergantung kepada beberapa faktor seperti lokasi implan, jenis dan jisim tulang, fungsi kunyahan dan faktor lain. Biasanya, proses ini hanya mengambil masa 4-6 bulan selepas pembedahan pemasangan.

Kisah Kimberly

Mari kami ceritakan serba sedikit tentang Kimberly. Beliau mengalami kehidupan yang sukar semasa zaman sekolahnya. Dengan matlamat dan keinginan yang tinggi, beliau berjaya menghadapi jerit-perih kehidupannya yang datang dari keluarga berpecah-belah, mempunyai masalah wang dan pendidikan.

Semasa Kimberly datang ke klinik kami, beliau tahu yang mulutnya memang berada dalam keadaan teruk. Katanya, “Saya tahu banyak masalah gigi saya.” Walaupun beliau pernah mendapatkan rawatan pergigian lain, tapi kesannya tidak memuaskan kerana beliau mendapatkan rawatan itu di tempat yang murah. 

Keadaan beliau sukar diselamatkan kerana lebih separuh daripada giginya sudah tiada dan yang tinggal pun sudah rosak. Baki gigi yang ada sudah tentu akan rosak jika beliau tidak ambil tindakan yang sewajarnya.

Jadi, kami merancang untuk memasang implan bagi menggantikan gigi yang tiada. Hari ini, Kimberly boleh tersenyum menawan. Beliau sudah ada keluarga dan bekerja sebagai eksekutif di firma Fortune 500.

Beliau sering datang untuk terapi penjagaan dan pemeriksaan. Kimberly adalah salah seorang daripada jutaan orang yang mencari jalan untuk memasang implan.

Peningkatan Dramatik Pemasangan Implan Gigi di Puncak Alam, Selangor

Jadi, kenapa pemasangan implan semakin meningkat secara dramatik? Kenapa implan gigi dipilih sebagai penyelesaian gigi yang tiada? Banyak sebab kenapa implan dipilih antaranya ialah dengan implan, gigi lain tidak akan terganggu kerana rawatan hanya memfokuskan pada gigi yang dibuat implan. Sebab kedua ialah kadar kejayaan dan tahan lama yang tinggi; biasanya 90% implan tahan lama sehingga 15 ke 20 tahun.

Implan juga adalah pilihan yang selesa. Biasanya pesakit akan kata, “Saya tidak mahu buat rawatan ini kerana saya takut sakit.” Kami faham kenapa ramai pesakit fikir seperti itu kerana kaedah lama pergigian yang tidak mempunyai alatan dan teknologi yang mencukupi. Sekarang, sebaik saja kami memasang implan, ramai pesakit tidak percaya dan kata, “Wow, cepat betul. Membazir masa saja saya risau. Rupanya pasang implan adalah benda paling mudah dan cepat saya pernah buat!” 

Apa itu Implan Gigi?

Implan gigi ialah gantian buatan bagi menggantikan akar gigi yang tiada. Biasanya diperbuat daripada titanium dan terdiri daripada pelbagai bentuk dan saiz. Kebanyakannya berbentuk silinder yang ditanam dalam tulang dan dibiarkan dalam tempoh tertentu untuk sembuh dan menguncinya untuk dijadikan pemegang kepada gigi buatan. 

Selepas beberapa bulan, implan akan digunakan sebagai asas untuk memegang gigi yang hilang. Implan gigi memulihkan semula kebolehan untuk mengunyah, mengembalikan penampilan dan melegakan kerisauan serta memberi semula keyakinan pesakit. Ramai orang merasakan implan gigi satu kejayaan cemerlang.

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Kisah Tim

Pesakit kami yang bernama Tim datang ke klinik dan kehilangan satu gigi. Beliau mahu lakukan sesuatu tapi tidak mahu memotong gigi di sebelahnya. Untuk situasi Tim, hanya prosedur ringkas yang perlu dibuat. Kami memasang implan dan disebabkan ketumpatan tulang masih baik, kami boleh terus memasang gigi tiruan. Walaupun ianya bukan prosedur akhir, tapi gigi tiruan diletak sementara untuk menutup ruang yang ada.

Selepas beberapa bulan, kami berjaya memasang crown akhir. Sekarang, Tim boleh tersenyum lebar. 

Implan sememangnya lebih mudah berbanding pembedahan mulut yang lain. Implan juga mempunyai kelebihan seperti tidak mudah rosak dan reput. Anda tidak boleh mendapat kaviti dengan implan gigi.

Implan diperbuat daripada bahan yang serasi secara bio iaitu titanium. Aloi jenis ini lebih ringan dan kuat. Badan kita juga lebih mudah sebati dengan titanium. Tulang akan sembuh di sekeliling titanium dan sebati dengannya.

Kehilangan Gigi di Bahagian Sisi

Adalah perkara biasa untuk sesiapa yang kehilangan gigi di bahagian sisi fikir yang kalau senyum, gigi pada bahagian itu tidak kelihatan. Adakah anda boleh lihatnya dari depan? Mungkin tidak. Tapi ia boleh kelihatan dari sisi dan anda mungkin kelihatan tidak berapa segak. Tapi, jangan risau kerana implan adalah penyelesaian yang sesuai.

Adakah Gigi Berpenyakit Boleh Dibaiki atau Perlu Dicabut dan Diganti dengan Implan?

Zaman sekarang, semakin banyak gigi berpenyakit yang kami cabut dan digantikan dengan implan. Anda perlu buat dengan doktor gigi terbaik bagi membantu anda membuat pilihan yang bijak.

Implan membantu anda memelihara tulang dan rahang. Ia membantu ada memelihara posisi gigitan yang mungkin akan berubah jika gigi yang dicabut tidak diganti.

Tambahan lagi, gigi yang tiada pada satu tempat akan memberi kesan kepada gigi bertentangan. Contohnya, jika anda kehilangan gigi pada belah bawah kiri, gigi yang berada belah atas kiri akan terjejas kerana gigi belah atas kiri akan menggit pada ruang kosong. Jika hal ini berlaku, gigi anda yang sihat berisiko untuk menjadi kurang sihat. Setelah ia berubah tempat, makanan senang terperangkap, plak akan terjadi dan penyakit gusi akan mula timbul. Selain itu, gigi yang sihat akan bergerak ke ruang kosong dan akan menyebabkan kehilangan gigi belah atas.

Indikasi yang menunjukkan anda perlu buat terapi implan gigi:

A. Jika anda kehilangan satu gigi.

B.Jika anda kehilangan beberapa gigi.

C.Jika sebahagian gigi tiada di satu sisi.

D. Jika semua gigi di bahagian atas atau bawah tiada.

E. Jika anda perlu menggantikan semua gigi dalam mulut anda.

Adakah terdapat risiko membuat implan? Ya, ada tapi sangat rendah. Bukan semua implan menjadi. Bukan semua benda menjadi dalam kehidupan ini. Jika anda ada kehilangan gigi, pasti anda ada juga gigi semulajadi yang tidak berfungsi. Berita baiknya, dengan teknologi zaman sekarang, kadar kejayaan meningkat lebih daripada 90% untuk tempoh 10 tahun ke atas. Untuk sesetengah kes, ada yang mencapai sehingga 95% untuk tempoh lebih daripada 20 tahun. Kadar kejayaan ini sangat tinggi berbanding kaedah konvensional!

Berbanding implan anggota lain, implan pergigian mempunyai kadar kejayaan yang tinggi.

Apakah implikasi jika tidak menggantikan gigi yang tiada?

Kesannya boleh dilihat pada wajah anda, betapa cepat anda kelihatan tua dan kebolehan anda untuk mengunyah makanan.

Dan bagaimana pula dengan nutrisi? Jika anda perlu menukar diet disebabkan gigi, hal ini akan menjejaskan kesihatan anda. Mari saya jelaskan kenapa.

Jika kebolehan untuk mengunyah terjejas, anda perlu menukar diet pemakanan kepada makanan lembut. Makanan lembut mengandungi karbohidrat dan gula yang lebih tinggi. Pengambilan karbohidrat yang tinggi boleh menyebabkan obesiti dan penyakit diabetes.

Obesiti adalah masalah utama di negara ini yang menjejaskan hampir 60% populasi dewasa di Malaysia. Anda boleh lihat banyak iklan tentang diet dan kawalan berat badan yang boleh ditemui di televisyen dan Internet di Malaysia.

Perubahan pengambilan nutrisi akan menjejaskan kesihatan anda. Apa yang anda makan memberi kesan terhadap kebolehan untuk badan anda berfungsi. Orang obesiti lebih berisiko untuk mendapat penyakit pradiabetes dan diabetes, penyakit kronik dan masalah jantung. Apa yang menyedihkan, orang yang mempunyai pradiabetes tidak peduli tentang risiko yang bakal mereka hadapi.

Berapa Lama Tempoh Pemasangan Implan?

Berapa lama masa diambil untuk pemasangan implan selesai? Tempoh masa berubah-ubah untuk setiap orang, ada yang mengambil masa beberapa bulan dan ada juga beberapa tahun. Apa yang penting, tulang dan tisu perlu dibina dulu. Masa yang diperlukan bergantung kepada situasi setiap individu. Ada yang mengambil masa beberapa bulan sahaja. Gigi mereka akan dicabut dan kemudian dipasang implan dengan crown sementara pada hari yang sama. Biasanya, pemasangan implan dan pemulihan semula mengambil masa dari 5 ke 8 bulan.

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Berapa Lama Implan Gigi Boleh Bertahan?

Doktor gigi pernah jumpa implan gigi yang bertahan sehingga 30 tahun dan lebih. Beberapa hal perlu dilakukan untuk menjadikan implan gigi berjaya. Pertama sekali, ia perlu didiagnos dengan berhati-hati.

Yang kedua, implan perlu dipasang di tempat yang betul. Ia perlu diletak di tempat yang badan anda akan terimanya. Implan mesti dijuruterakan secara bio agar daya gigitan akan diagih secara rata pada tulang. Hanya sedikit saja implan gigi yang tidak memberi daya dengan betul.

Ketiga, ia perlu dijaga dengan berhati-hati. Orang yang gagal menjaga gigi semulajadi akan mengalami masalah jika tidak menjaga gigi implan dengan betul. Anda berisiko untuk mendapat penyakit peri-implan iaitu penyakit yang terjadi di sekeliling implan disebabkan kurang penjagaan kebersihan. Adakah ia masalah yang besar? Tidak, tapi boleh jadi.

Bagaimana cara untuk anda membantu? Anda perlu memahami apa itu implan dan tidak menjangka lebih dari gigi semulajadi.

Implan boleh jadi keajaiban untuk sesetengah orang kerana ia akan mengekalkan senyuman dan mereka boleh mengunyah dengan baik sambil melindungi gigi berdekatan dari tekanan.

Kesalahan yang dibuat dengan Implan Gigi

Apakah kesalahan yang sering dibuat oleh orang yang memasang implan?

Bilangan Implan yang Diganti Tidak Mencukupi

Ramai pesakit yang datang untuk pendapat saya tentang implan gigi. Situasi yang sering dialami ialah pesakit atau doktor tidak berpengalaman ingin menggantikan sedikit implan.

Fahami hal ini: implan seperti akar gigi, ada baik dan buruknya. Apa yang baiknya? Ia tidak akan reput jadi anda tidak akan dapat penyakit gusi. Apa yang buruknya? Ia boleh mengambil tekanan dari satu sisi saja. Gigi anda terdiri daripada ligamen bersaiz mikroskopik yang membolehkan anda untuk “memberi” apabila diberi tekanan.

Ligamen ini ialah ligamen periodontal. Ligamen akan menahan dari tekanan dengan baik.

Implan gigi boleh berfungsi dengan baik dengan tekanan dari atas dan bawah yang dipanggil juga daya mampatan. Ia boleh dilakukan dengan baik.

Mengatasi Tekanan

Terlalu banyak tekanan boleh menyebabkan kehilangan implan dan juga gigi.

Apakah tekanan yang saya maksudkan di sini? Bukan tekanan dalam kehidupan harian tapi tekanan daya biomekanikal.

Definisi tekanan dalam pergigian ialah berapa banyak daya boleh diagihkan di kawasan yang luas. Cara yang mudah untuk anda bayangkan ialah: kasut salji. Semasa berjalan atas salji, kasut biasa akan tenggelam dalam salji. Kasut salji akan mengagihkan berat (daya) diseluruh kawasan luas membolehkan anda untuk berjalan atas salji. Semakin besar kawasan untuk disokong, semakin besar pengagihan daya dan kurang tekanan. Menguruskan fungsi daya biomekanikal adalah kunci kejayaan dalam terapi implan.

Cuba bayangkan apa masalah akan terjadi jika ada terlalu sedikit implan? Terlalu sedikit kawasan untuk daya diagihkan. Implan kehilangan sokongan tulang kerana terlalu tinggi tekanan yang diberi di kawasan itu dan di tulang yang menyokong.

Hal yang sama boleh berlaku jika anda kehilangan banyak gigi di satu tempat dalam mulut anda. Anda akan membuatkan gigi belah sana untuk mengunyah semua makanan dan hal ini akan memberi tekanan kepadanya. Jika terlalu banyak daya yang diberikan, gigi akan longgar. Sama ada gigi atau implan terlibat sama, terlalu banyak daya pada beberapa gigi tertentu akan menyebabkan tulang jadi merosot dalam jangka masa yang lama.

Terlalu sedikit meletak implan adalah kesalahan utama semasa memasang implan.

Berapa Banyak Implan Diperlukan Untuk Dipasang?

Kalau ikutkan peraturannya, kalau anda tiada 1 gigi maknanya anda perlu memasang 1 implan.

Tapi peraturan ini terkecuali untuk gigi molar kerana ia adalah gigi terbesar dalam mulut dan direka untuk menahan daya kunyahan lasak, biasanya 2 implan diperlukan untuk menggantikan 1 gigi molar.

Jika anda kehilangan 2 gigi kecil, anda perlu 2 implan. Jika anda hilang 3 gigi, anda perlu 3 implan. Jika anda hilang 4 gigi, biasanya anda perlu 3 implan. Jika anda hilang 5 gigi,anda perlu 3 ke 4 implan. Kalau 6 gigi, anda mungkin perlu 3 ke 4 implan. Tapi kalau anda kehilangan semua gigi di bahagian atas atau bawah, bergantung kepada setiap individu, anda mungkin perlu 5 ke 9 implan. Hal ini bergantung kepada saiz seseorang, kebolehannya untuk memberi daya dan apa yang dikunyah dengan rahang bertentangan. Mengunyah bertentangan dengan gigi semulajadi atau implan lain memerlukan lebih banyak implan untuk menyokong kerana daya kunyahannya lebih efisien.

Bilangan implan yang digunakan untuk menggantikaan gigi yang hilang bergantung kepada setiap pesakit dan situasinya.

Semua hal ini akan direka mengikut situasi setiap diagnosis individu dan apa yang perlu dilakukan. Kembali semula kepada kesalahan implan gigi:

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

• Terlalu Sedikit Rawatan Untuk Menyelesaikan Masalah:

Selain masalah memasang implan terlalu sedikit, tidak memberi rawatan yang mencukupi juga masalah lain.

Tolong jangan buat kesalahan ini.

Saya ada pesakit sebelum ini yang kata, “Saya ingin buat beberapa implan dan ganti gigi dengan harga RMX.”

Ini adalah contoh biasa membayar sedikit. Ia hanyalah membazir wang sahaja. Macam anda membayar jet untuk ke luar negara dan hanya membayar duit minyak sahaja untuk sampai ke suku jalan. Sudah tentu jet akan menjunam. Sama juga dengan membayar untuk harga kecil untuk rawatan terhad.

Saya sarankan lebih baik tidak buat apa-apa rawatan. Lebih baik anda habiskan masa dan wang untuk sesuatu yang anda boleh nikmati berbanding habiskannya untuk sesuatu yang separuh jalan.

Ya betul memang ada alternatif untuk implan. Walaupun ada 1 saja diagnosis, sebenarnya ada banyak cara untuk merawat masalah anda. Daripada anda membuat implan separuh jalan, lebih baik anda mencuba alternatif lain.

Tanpa asas yang kukuh bagaimana kita boleh membina rumah. Tanpa asas yang kukuh rumah akan runtuh. Tanpa atap, rumah akan bocor. Kalau anda kedekut untuk merawat masalah gigi, ibaratnya anda seperti rumah itu tanpa asas akan runtuh dan tanpa atap akan bocor jua.

Anda perlu faham: implan pergigian adalah rawatan pergigian yang paling rumit berbanding yang lain. Walaupun ia bukan kepakaran dalam pergigian, ia memerlukan setiap disiplin lain dalam pergigian untuk dilakukan dengan terbaik.

Ia memerlukan pemahaman tentang biokejuruteraan, biomekanik, biofungsi, biologi gigi dan tulang, ketumpatan tulang, bentuk tulang, posisi kontur. Doktor yang membuat rawatan implan perlu memahami fizik dan daya vector. Ia memerlukan pemahaman teknik pembedahan dan anatomi manusia. Ia perlukan pemahaman dan aplikasi setiap bahagian pergigian untuk melakukan rawatan ini dengan baik.

Disebabkan kesukaran untuk melakukan rawatan implan, harganya menjadi tinggi berbanding rawatan biasa yang lain.

• Tidak Tahu Kenapa Anda Mengalami Masalah Lampau

Kenapa gigi anda yang sebelum ini perlu dicabut? Jawapan ini amat penting di masa hadapan.

Adakah sebab asal kenapa anda kehilangan gigi masih wujud? Kalau ya, adakah perlu dicabut? Berapakah tinggi kebarangkalian untuk masalah ini datang semula? Ini adalah soalan penting kerana jawapan anda akan mengenalpasti kebarangkalian gigi akan perlu dicabut lagi. Adakah situasi anda sudah stabil dan perkara ini tidak akan berlaku lagi? Apakah masalah yang bakal berlaku di masa hadapan? Berapa tinggi kebarangkalian ia akan berlaku lagi?

Inilah masanya doktor yang bagus akan melakukan pilihan seperti movie “The Humphrey Bogart.” Dalam movie klasik Casablanca, Humphrey Bogart mesti membuat keputusan untuk dirinya dan cinta hatinya iaitu Ingrid Bergman. Dia perlu buat apa yang terbaik untuk semua orang tanpa mengambil kira perasaan dan kehidupannya. Inilah yang sering kami hadapi untuk kes sukar seperti implan gigi. Doktor gigi akan pilih apa yang terbaik untuk anda. Apa yang terbaik untuk pesakit ini? Rawatan yang diambil boleh jadi satu pelaburan yang besar. Doktor gigi yang bagus akan merancang pelan rawatan yang bagus supaya tidak banyak kerja yang perlu dilakukan dan tidak menjejaskan bahagian lain. Pendekatan ini bermaksud jika ada proses yang gagal, hal ini tidak akan menjejaskan proses lain. Cara ini akan memberi penjagaan lebih mudah, meningkatkan umur rawatan dan boleh menjimatkan wang anda sehingga ribuan ringgit .

• Doktor Gigi Tidak Berpengalaman dan Tidak Terlatih

Satu kesilapan juga untuk tidak mendapatkan doktor gigi yang berpengalaman dan benar-benar memahami apa itu implan gigi. Implan gigi memerlukan latihan istimewa; pastikan doktor gigi betul-betul faham dan boleh dipercayai.

• Gagal Menyelesaikan Bahagian Anda

Kesilapan yang lain ialah anda gagal menjaga gigi dengan baik di rumah dan mengikuti arahan yang diberikan. Anda perlu bekerjasama dengan doktor gigi anda. Kalau anda gagal dalam hal ini, anda hanya membazir masa dan wang serta usaha doktor gigi.

Penjagaan di rumah mengambil masa untuk disesuaikan. Anda perlu menggosok gigi lebih lama untuk menjaga senyuman anda. Ramai pesakit tidak tahu semua yang mereka sepatutnya tahu tentang penjagaan gigi dan gusi!

Berita baiknya kami akan mengajar anda. Kami akan tunjukkan anda cara penjagaan mulut yang betul. Selepas anda tahu cara untuk menjaganya, sebenarnya ia akan jadi lebih mudah dan cepat. Tidak susah langsung!

Anda perlu faham yang hal ini sememangnya akan mengambil masa. Kalau anda tidak sanggup untuk habiskan masa menjaga gigi, jangan ingat ia akan tahan lama dan jangan fikir implan anda akan kekal lama.

Anda bertanggungjawab untuk mengikuti arahan doktor gigi tentang penjagaan di rumah dan cara menguruskan gigi anda semasa makan serta jenis-jenis makanan yang boleh diambil (terutamanya semasa tempoh penyembuhan)

• Tidak Tahu Pilihan Mana Sesuai Untuk Keadaan Gigi

Masalah lain ialah tidak tahu yang mana sesuai. Implan gigi boleh jadi satu pelaburan yang besar bermula dari ribuan sehingga puluhan ribu ringgit. Dan puluhan ribu ringgit boleh mencapai sehingga 6 angka untuk situasi rumit.

Cuba faham: semakin banyak benda perlu dibuat untuk mencantikkan serta memberi fungsi seperti gigi asal, semakin tinggi bayaran yang dikenakan.

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Cubaan anda untuk berjimat dalam membuat implan hanya akan merugikan anda. Konsep yang saya beritahu sebelum ini iaitu over-engineering. Ia adalah kaedah bagi memastikan besi dan bahan pemulihan yang digunakan tidak tertekan dengan fungsinya. Bermakna ia mampu bertahan sehingga berpuluh-puluh tahun.

Anda sudah dapat banyak ilmu dari artikel ini, jadi, anda sudah tentu tahu cara untuk memilih dengan bijak.

• Diagnosis dan Kerja yang Tidak Sempurna

Kesilapan yang lain ialah tidak membuat kerja dan diagnosis yang lengkap. Untuk membuat diagnosis dan kerja yang lengkap memerlukan masa dan wang yang banyak. Pesakit perlu mendapatkan banyak jenis x-ray, fotografi mulut, acuan dan model untuk gigi dan perlu dihantar ke makmal pergigian. Semakin banyak masalah anda, semakin tinggi perkara yang perlu dibuat. Mencari masa dan usaha untuk selesaikan hal ini adalah perkara wajib perlu dibuat daripada tersalah diagnosis.

Bagaimana anda boleh dapat penjagaan terbaik tanpa diagnosis yang lengkap?

Bagaimana anda boleh tahu dan faham masalah tanpa kerja keras? Kerja diagnostik perlu dibuat dengan spesifik untuk setiap individu.

• “Nampaknya saya hanya perlu menerima apa yang ada.”

Kesalahan lain ialah anda tidak peduli dan kata, “Nampaknya saya hanya perlu menerima apa yang ada.” Malangnya, cara anda boleh menyebabkan anda menghadapi banyak lagi masalah.

Memilih untuk tidak pedulikan gigi anda akan membuka jalan kepada masalah mulut lain. Sekali masalah ini muncul, masalah lain juga akan mula muncul.

Semakin banyak masalah anda dengan gigi, semakin tinggi penjagaan yang perlu anda ambil. Anda perlu lebih proaktif dalam penjagaan mulut dan tidak perlu masalah terjadi dulu baru hendak bertindak. Anda perlu lakukan sesuatu dengan situasi semasa sekarang.

Untuk bahagian lain, jangan sampai salah analisis sehingga menyebabkan lumpuh. Hal ini boleh terjadi dengan senang kalau tersalah pilih. Senaraikan pilihan anda dan pilih doktor gigi yang anda percaya berdasarkan pengalaman, latihan, bakat, hasil dan hubungan.

Apa yang menarik tentang Internet ialah banyak maklumat yang anda boleh cari di sini. Tapi yang kurang menariknya, anda berpotensi untuk mendapat maklumat salah atau maklumat separuh betul. Dua-dua tidak bagus. Anda perlukan maklumat secukupnya pada masa yang sama anda perlu percaya penasihat iaitu doktor yang akan membantu anda untuk memasang implan gigi.

• “Mungkin suatu hari nanti”

Kesalahan lain ialah anda asyik bertangguh. Saya sarankan anda kalau ada gigi yang hilang, segera lakukan sesuatu. Perangai bertangguh sungguh tidak bagus terutamanya dalam hal pergigian.

Cari ahli yang pakar untuk membantu anda.

Jadi, terus lupakan “Mungkin satu hari nanti dan terus “Saya dah buat dan sekarang saya boleh tersenyum lebar.”

• “Saya diberitahu yang saya tidak boleh memasang implan.”

Dari semasa ke semasa, ada pesakit yang datang ke klinik kami dan beritahu apa yang doktor gigi mereka beritahu: “Saya diberitahu yang saya tidak boleh memasang implan” atau “Ada doktor beritahu yang saya tidak mempunyai tulang yang cukup” atau “Saya tidak layak untuk pemasangan implan.”

Walaupun semua pernyataan di atas benar, tapi kebenaran sebenar ialah doktor gigi tidak suka guna implan gigi. Doktor gigi itu mungkin tidak dilatih untuk menggunakan implan dan tidak tahu apa patut dibuat. Tapi sekarang sudah berkurang doktor gigi sebegitu dan ramai sudah berpengetahuan.

Kadang-kadang pesakit tidak mempunyai tulang yang cukup untuk memasang implan tapi hal itu tidak menghalang anda darinya. Maksud saya apa? Kami akan membuat cantuman tulang, merangsang pertumbuhan tulang atau memindahkan tulang dari bahagian lain dalam rahang untuk mencukupkannya. 

Malangnya, ayat “anda tidak layak untuk pasang implan” biasanya datang dari orang yang tidak berpengalaman dan tidak betul-betul memahami implan. Betul ke anda bukan calon yang sesuai? Kadang-kadang betul tapi hampir 95% pesakit adalah layak untuk memasang implan!

Kalau anda ada masalah kesihatan teruk, anda merokok 2 pek rokok setiap hari dan tidak menjaga kebersihan mulut atau anda ialah pesakit diabetes yang tidak menjaga pemakanan, jadi, betul anda bukan calon yang sesuai.

Bagaimana pula dengan orang yang mempunyai diabetes, adakah mereka boleh memasang implan? Ya, boleh. Kami sering mendapat pesakit diabetes. Orang yang ada diabetes perlu sentiasa berada di bawah kawalan untuk jangka masa lama.

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Pelbagai Jenis Penggantian Implan Gigi

Terdapat beberapa jenis penggantian gigi yang boleh diletak pada implan gigi. Yang pertama kita panggil jenis tetap. Maksudnya, yang jenis ini tidak akan dicabut pasang. Yang jenis tetap akan disimen atau diletak dengan skru. Ramai memilih cara ini kerana seperti memakai gigi semulajadi.

Kaedah ini mempunyai kelebihan kerana tahan lama untuk penggantian gigi. Tidak seperti dua kaedah lain, pemulihan semula jenis ini tidak perlu dibuat lagi sekali atau diganti kerana ia tahan lama.

Jenis pemulihan implan yang kedua ialah kami panggil gigi separa tetap. Yang jenis ini lebih stabil, berfungsi dengan baik dan boleh dibuka. Disebabkan ianya boleh dibuka, ada sesetengah bahagian yang bergerak. Semakin banyak bergerak, semakin banyak masalah timbul atau tapak haus.

Gigi jenis separa tetap akan diklip pada gusi dan hanya boleh dipakai oleh pesakit yang tidak mempunyai gigi langsung sama ada di bahagian atas atau bawah. Jadi, yang jenis ini tidak sesuai untuk digunakan jika pesakit hanya tiada satu atau beberapa gigi sahaja.

Bagi sesetengah orang, ini adalah pemulihan semula yang mereka akan pilih kerana lebih mudah untuk mereka mencuci implan. Tapi, ramai juga pesakit memilih pemulihan gigi tetap. Gigi jenis ini boleh dibuka, ia menggunakan klip, snap atau oring untuk memegang gigi yang diganti. Malangnya, ia akan rosak lama-kelamaan dan perlu diganti.

Kekerapan gantian biasanya dari 3 hingga 24 bulan. Gigi separa tetap berkos lebih rendah berbanding yang tetap dan kekurangannya cuma perlu diganti selepas beberapa tahun kalau tapak sudah haus.

Berapa kerap gigi separa tetap perlu ditukar bergantung kepada setiap individu. Implan mungkin berfungsi dengan baik tapi gigi yang menyokong implan mungkin tapaknya sudah haus. Saya ada pesakit yang perlu ganti setiap 3 tahun dan ada juga sehingga 15. Ia bergantung kepada kadar penggunaan setiap individu. Jika pesakit sering mengisar gigi, gigi boleh cepat rosak. Semakin berat fungsinya, semakin cepat gigi perlu diganti. Purata gantian untuk gigi separa tetap yang dipasang pada implan biasanya 7 tahun.

Kaedah ketiga ialah gigi palsu. Gigi palsu implan hanya perlu beberapa implan saja. Kelebihannya ialah lebih murah tapi tulang anda cepat menurun. Gigi palsu tidak berada ditempatnya dan sukar untuk memelihara tulang dengan penggunaan gigi palsu.

Gigi palsu dengan pengekalan implan membantu mengelakkan ia dari bergerak terlalu banyak. Implan akan memberikan kestabilan dan sememangnya membantu. Tapi, gigi palsu adalah kaedah yang paling tidak disarankan kerana ia tidak mampu memelihara tulang seperti 2 kaedah lain. Kebolehan untuk mengunyah dengan gigi palsu boleh mengurangkan tulang kerana peningkatan daya yang dikenakan.

Apakah Perkara Baru untuk Implan Gigi di Selangor, Malaysia?

Apa perkara baru dalam implan gigi? Apakah perkara baru yang tidak digunakan dulu tapi boleh diamalkan sekarang?

Bagaimana Implan Meningkatkan Penampilan Anda?

Implan gigi boleh meningkatkan penampilan anda dengan memberi tulang, sokongan, menggantikan gigi yang tiada dan memelihara struktur tulang pada wajah. Struktur tulang menyokong otot dan kulit wajah anda. Anda perlukannya. Tiada mekap atau rawatan angkat wajah yang boleh menggantikan tulang kritikal. Satu cara yang pasti untuk kelihatan tua ialah dengan menghilangan tulang kritikal. Tanpa gigi, anda boleh jadi lumpuh dan hanya boleh makan bubur atau minum melalui straw.

Untuk kebanyakan orang, implan gigi adalah keajaiban moden yang merubah bukan sekadar penampilan tapi tentang kehidupannya. Ia boleh membantu anda mendapatkan semula senyuman menawan. Perkara ini sememangnya menjadi kegemaran untuk warga tua. Kedutan yang ada pada wajah akan menyorok dengan senyuman lebar menawan.

Sekarang, kami ada pelbagai saiz, panjang dan jenis implan yang membolehkan kami untuk memasang implan dengan betul.

Kami sudah boleh membantu pertumbuhan tulang untuk menggantikan tulang yang hilang menggunakan teknik cantuman tulang, faktor pertumbuhan tulang dan teknik pembedahan peningkatan tulang baru.

Kami juga menggabungkan rawatan lain dengan implan gigi untuk meningkatkan penampilan, meningkatkan fungsi dan memberi senyuman kepada semua orang.

Implan gigi digunakan untuk rawatan ortodontik dan pembedahan ortognatic. Pembedahan ortognatic adalah pembedahan rahang atas dan/atau bawah untuk mengubah bentuk wajah dan membetulkan semula posisi gigitan. Ia biasanya digunakn untuk ortodontik dewasa, masalah pertumbuhan dikalangan kanak-kanak dan remaja serta trauma pada wajah. Implan digunakan sebagai pemegang untuk pergerakan gigi dan kestabilang tulang.

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Adakah Ramai Orang Gembira Dengan Implan?

Jawapan untuk soalan ini ialah 98% orang yang pernah memasang implan akan kata, “Kalau boleh pasang lagi, saya akan pasang lagi.”

Jika ditanya tentang keselesaan, mereka akan kata, “Saya benar-benar selesa sepanjang prosedur.”

Jika ditanya, “Sekarang anda sudah tahu, tapi adakah anda akan sarankan rawatan ini untuk orang lain?” Dan jawapannya ialah hampir semua pesakit kata “ya”.

Patutah Anda Memperjudikan Nasib Anda?

Memperjudikan kesihatan anda dengan merasakan anda tidak hidup lama bukanlah idea yang bagus. Mungkin ada yang kata, “Saya tidak akan membazirkan wang”. Tapi, anda harus tahu ada ahli keluarga anda yang inginkan anda lakukan apa sahaja untuk kekal sihat.

Jadi, apa yang patut anda buat? Nombor satu, jika anda ada gigi yang hilang, segera ganti sebaiknya dengan implan gigi.

Berapa Kos Pemasangan Implan Gigi di Selangor, Malaysia?

Ini adalah soalan utama yang sering dicari di carian Internet, berapakah kos pemasangan implan?

Harga untuk pemasangan implan bergantung. Pemasangan satu implan (tanpa gigi ganti) boleh jadi serendah RM5000-9000. Semuanya bergantung kepada lokasi, penjagaan, kemahiran dan penilaian doktor yang membuat rawatan ini serta termasuk juga kos dan jenis bahan yang digunakan.

Implan hanyalah sebahagian daripada harga yang perlu dibayar. Selain memasang implan, akan ada pembedahan yang terlibat. Memasang gigi ganti ke dalam implan adalah harga yang paling tinggi berbanding memasang implan.

Jika banyak implan yang perlu dipasang, harga juga akan meningkat. Semakin banyak gigi ganti yang anda ingin letak dan ingin ia berfungsi seperti gigi semulajadi, semakin bertambah kos yang perlu dibayar. Berita baiknya ialah 98% pesakit yang membuat implan berpuas hati dengan bayaran yang dibuat. (2% yang lain berpuas hati dengan proses rawatan namun tidak sanggup untuk membayar sebanyak itu)

Adakah anda terlalu muda atau terlalu tua untuk memasang implan?

Soalan yang bagus. Untuk memasang implan, rahang individu tersebut mesti berhenti tumbuh sebelum dipasang.

Untuk perempuan muda, umur 15 tahun adalah masa pertumbuhan rahang mereka berhenti.

Lelaki muda biasanya dalam lingkungan umur 18 sehingga 21 tahun. Kami akan tunggu sehingga pertumbuhan mereka selesai sebelum memasang implan.

Biasanya, implan adalah rawatan untuk menggantikan gigi yang hilang sejak dari kecil dan sesuai sangat untuk orang yang mempunyai masalah seperti itu.

Bagaimana Cara Untuk Memilih Doktor Gigi untuk Pasang Implan?

Bagaimana anda mencari doktor gigi yang bagus untuk pasang implan? 

Bagaimana anda mencari doktor gigi yang selalu memasang dan mempunyai pengalaman yang banyak?

Anda boleh tanya doktor gigi anda tentang latihan dan pengalaman yang beliau ada berkenaan implan gigi. Anda boleh minta untuk lihat gambar sebelum dan selepas untuk kes implan sebelum ini.

Berwaspada dengan orang yang mengambil remeh tentang penjagaan dan rawatan implan. Implan memerlukan penjagaan utama yang rapi.

Kadang-kadang ada ahli yang sering terlibat dalam pemasangan implan juga akan gagal menerangkan tentang implan. Kenapa? Kerana mereka fikir semua orang sudah tahu tentang implan dan tidak mampu untuk terangkan dengan lebih lanjut. Jangan berhenti bertanya sehinggalah anda faham.

Tapi kita perlu tunggu sehingga mereka habiskan.

Bagaimana pula jika pesakit terlalu tua? Sebenarnya, umur tidak memainkan peranan utama. Tapi soalan ini soalan yang menarik. Umur bukan faktor penentu segalanya.

Saya ada pesakit yang berumur lewat 80-an dan 90-an yang berjaya mendapatkan rawatan implan.

Ada satu pesakit bernama John (seorang pesakit yang mempunyai suara paling dalam pernah saya dengar) beritahu yang implan gigi seperti menyelamatkan nyawanya.

Saya tanya kenapa dan beliau kata, “Sebelum ni saya ada sakit kanser, tanpa gigi implan saya tidak boleh makan seperti biasa.” Jadi, sehingga sekarang John masih meneruskan kehidupan dengan gigi implannya.

Sekali lagi saya ingatkan, umur bukan penentu segalanya. Ada sesetengah orang suka bersoal “berapa lama lagi saya hidup”. Cuba faham yang kita semua akan hidup lama, kita perlu gigi untuk meneruskan kehidupan. Lebih daripada 50% orang yang berumur 60 sekarang akan hidup sehingga 90 tahun atau 100 tahun. Kenapa pilih implan jika anda berumur?

Untuk sesetengah orang sebabnya kerana mereka ingin hidup lebih lama dan ada juga memasang implan untuk menjaga kesihatan. Ada juga yang, “Saya hanya mahu gigi saya kelihatan dan rasa selesa dalam kata lain saya cuma mahu ketenangan.

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Semua ini adalah sebab yang bagus untuk pasang implan.

Kita berpeluang untuk makan malam dan keluar temujanji dengan orang lain sepanjang hidup kita. Untuk ramai orang, implan gigi akan memberi keseronokan sosial sama ada mereka melancong, berjumpa orang baru atau sekadar bekerja.

Seperti yang anda lihat, implan mempunyai banyak kelebihan. Sangat rugi orang yang tidak menggunakan kesempatan ini.

Siapa yang mendapat manfaat memakai implan gigi?

1. Pengguna gigi palsu yang sudah bosan dan rasa leceh dengan gigi palsu sama ada yang separuh atau penuh. Masalah ini antaranya adalah bahan seperti pelekat yang digunakan untuk tidak bagi gigi palsu bergerak, sakit semasa mengunyah atau menggigit, malu semasa gigi palsu terbang semasa bercakap atau makan. Perkara ini kami panggil Murphy’s Law untuk gigi palsu kerana ia berlaku di situasi yang tidak disangka-sangka.

2. Orang yang kehilangan tulang dan menyebabkan mereka kehilangan sokongan pada wajah atau menyebabkan perubahan bentuk wajah termasuklah kedutan atau garisan halus.

3. Orang yang kehilangan gigi atau yang mempunyai gigi yang bakal dicabut kerana patah atau reput.

4. Mangsa kemalangan di jalan raya atau kecederaan semasa bersukan.

5. Orang yang mempunyai masalah mulut yang banyak dan semakin hari semakin teruk.

6. Orang yang mempunyai gigi yang cantik tapi tiada 1 atau 2 gigi.

7. Orang yang komited dengan manfaat pergigian dengan memasang implan.

Implan gigi boleh jadi satu keajaiban untuk orang yang kecewa dengan cubaan sebelum ini untuk membaiki gigi, untuk orang yang ingin kelihatan muda semula dan untuk orang yang mempunyai masalah gusi yang ketara. Dan ia juga sesuai untuk orang yang merasakan masalah gigi yang dihadapinya tidak boleh diselamatkan langsung.

Adakah Anda Perlu Mendapatkan Implan Gigi di Selangor, Malaysia?

Bilangan orang mendapatkan rawatan implan semakin meningkat ketara sejak kebelakangan ini.

Implan Gigi

Bagaimana ia Berfungsi

Langkah-langkah prosedur implan: Jika ada gigi yang rosak yang perlu dicabut, ia akan dicabut dengan berhati-hati. Setelah itu, penilaian akan dibuat sama ada implan boleh dipasang terus atau perlu menunggu sehingga sembuh.

Jika tempat itu perlu sembuh dahulu, cantuman tulang akan dibuat bagi memastikan tulang dipelihara. Selepas itu, implan akan dipasang di kawasan itu. Implan adalah berbentuk silinder dan akan dimasukkan ke dalam gusi yang sudah sembuh.

Badan anda akan segera bersatu dengan titanium. Ia boleh mengambil masa 3 ke 6 bulan sebelum anda meneruskan langkah yang seterusnya.

Badan anda tidak akan menolak bahan jenis titanium sebaliknya sebati dengannya seperti ia sebahagian daripada badan anda.

Setelah implan titanium berada di tempatnya, bahan seperti dowel akan dipasang atau diskru atas implan.

Kemudian, gigi baru akan dipasang. Voila! Anda sudah ada gigi baru dan tiada siapa tahu ia adalah gigi buatan manusia.

Sebenarnya, implan sangat selesa dan tidak lama kemudian anda pasti akan lupa kewujudannya. Badan anda fikir ia adalah sebahagian daripada anggota badan.

Hari ini, ratusan juta ringgit sudah dihabiskan untuk mengganti dan membantu pesakit yang memasang implan. Kenapa permintaan untuk implan dan rawatan berkaitannya semakin meningkat?

Hal ini kerana kita mempunyai populasi yang kian meningkat umur. Semakin ramai meningkat usia, semakin banyak gigi yang mereka hilang. Itulah sebabnya mereka memerlukannya.

Untuk sesetengah orang, jika gigi sudah reput dan tidak boleh digunakan, mereka memilih untuk memasang implan. Tapi ada juga orang yang memilih untuk memakai gigi palsu separa. Jujurnya, gigi palsu ialah gantian gigi semulajadi yang kedua terbaik selepas implant namun tidak disarankan.

Sudah tentu, ada kesannya memakai gigi palsu termasuklah anda boleh kehilangan tulang pada rahang, meningkatkan kedutan dan kehilangan fungsi menggigit. Juga akan ada kehilangan psikologi lain disebabkan ketiadaan gigi dan rasa seperti tidak sempurna.

Ramai orang tua tidak suka benda ini. Mereka ingin rasa sempurna dan bahagia. Mereka inginkan kehidupan yang bermakna dan penuh bahagia.

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Semakin populasi meningkat usia, mereka semakin inginkan kehidupan yang aktif. Dan mereka tidak ingin korbankan lagi kehidupan mereka.

Sebab kedua peningkatan permintaan implan adalah gigi ganti yang disokong implan tahan lama. Kelebihan gigi sokongan implan ialah ketahanan, penampilan dan fungsinya. Semua ini adalah sebab untuk anda mendapatkan implan gigi.

Salah satu sebab utama saya menggalakkan pesakit untuk memasang implan kerana untuk orang yang tidak mahu gigi palsu atau mengelak dari memasang gigi palsu, hal ini akan menjejaskan pengambilan nutrisi seterusnya menjejaskan kesihatan secara keseluruhan.

Anda sudah tentu tidak ingin berada di rumah orang tua dan dijaga oleh pekerja yang berpendapatan rendah dan tidak peduli langsung tentang kesihatan dan keperluan gigi anda. 

Perkara biasa untuk penghuni di rumah orang tua kehilangan gigi palsu dan tidak ditemui.

Untuk sesetengah orang, implan adalah jawapannya untuk mengelak dari terjadinya masalah nutrisi. Hal ini sudah cukup untuk mengelakkan anda dari pergi ke rumah orang tua dan menghabiskan sisa kehidupan di tempat tersebut.

Jadi, untuk pesakit yang berumur 70 tahun yang masih berfikir sama ada patut atau tidak menghabiskan ribuan ringgit untuk buat implan, soalan yang biasa ialah, “Patut ke dengan umur saya sekarang?” Dan jawapannya ya kerana mereka masih ada masa sehingga 2 dekad lagi untuk hidup.

Membiasakan diri untuk memakai gigi palsu adalah satu pengalaman yang tidak menyeronokkan untuk warga emas yang berumur 70-an ke atas.

Apakah kelebihan memasang implan gigi? Ia boleh meningkatkan senyuman anda secara menawan. Seterusnya, akan meningkatkan kesihatan anda dan memanjangkan usia anda. Dengan memasang implan, anda tidak perlu mengorbankan makanan kegemaran anda tidak seperti semasa anda memakai gigi palsu.

Jadi, apa yang implan gigi boleh buat untuk anda? Ia boleh memberi keremajaan; mengembalikan senyuman anda. Mendapatkan semula fungsi yang hilang. Ia boleh bantu anda kembali yakin dengan senyuman menawan.

Untuk ramai orang, ia boleh meningkatkan kesihatan. Untuk orang lain, mereka merasa seperti remaja semula dan kembali 10 atau 20 tahun lebih muda.

Bagi orang lain, pakai implan untuk elakkan perasaan malu memakai gigi palsu longgar atau gigi rongak, atau bersosial secara janggal. Anda boleh makan dan kunyah dengan selesa dan yakin. Untuk sesetengah orang, mereka boleh kembali berkasih sayang seperti zaman muda.

Adakah anda calon sesuai untuk buat implan gigi?

Masih tidak pasti sama ada anda adalah calon sesuai untuk implan gigi? Ambil kuiz ini dan ketahuilah. Tandakan yang mana berkenaan.

-Sakit semasa mengunyah.

-Takut untuk senyum.

-Sukar mengatasi tekanan.

-Senyuman yang tidak menarik.

-Malu untuk bersosial.

-Sukar untuk tidur.

-Sukar untuk menelan.

-Anda perlu menukar makanan.

-Tulang semakin mengecut.

-Mesti guna pelekat gigi palsu.

-Refleks muntah.

-Ingin gembira dengan diri sendiri.

-Bau mulut.

-Sukar untuk berada dalam hubungan kerana gigi.

-Rasa lebih tua berbanding usia sebenar.

-Rasa rendah diri.

-Depresi disebabkan gigi.

-Sukar mengunyah.

-Bengkak dalam mulut.

-Kesukaran untuk bercakap

-Gigi yang tidak stabil.

-Gigi palsu yang tidak stabil.

-Rasa seperti ngilu tanpa gigi.

-Rasa kebas pada muka dan bibir.

-Sakit kepala.

-Tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti dan acara sosial.

-Makanan terperangkap antara atau bawah gigi.

-Makanan terperangkap di bawah gigi palsu.

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

error: Please email smile@dentist3.com for Content :)