Quality & Affordable Dentistry in Malaysia

Adakah gigi yang sihat perlu di cabut untuk rawatan pendakap gigi (braces)?

Posted by dentist3 in Dental Articles | 0 comments

Tapi pertama sekali: anda boleh yakin yang semua doktor gigi berusaha untuk menyimpan semua gigi pesakit. sebanyak yang mungkin.
Tapi pertama sekali: anda boleh yakin yang semua doktor gigi berusaha untuk menyimpan semua gigi pesakit. sebanyak yang mungkin.

Adakah gigi yang sihat pun perlu di cabut juga?

Menurut perubatan tradisional cina, setiap gigi ada sambungan dengan salah satu daro organ kita. Ini menjadi kan idea mencabut gigi menjadi lebih menakut kan dari biasa. Memang tiada solusi lain ke untuk membuat ruang pada gigi? Adakah ruang tu boleh tertutup semula? Sakit ke? Ini merupakan soalan penting yang kerap di tanya dalam dunia orthodontik yang melibat kan cabutan gigi. Betul ke organ kita bersambung dengan setiap gigi? Terdapat banyak pendapat yang berbeza – beza. Tapi bukan pendapat dari mereka yang bergantung pada kajian saintifik. Kerana mereka tahu, tiada masalah dengan mencabut gigi yang tidak muat di dalam rahang atau yang mengelakkan kita dari mempunyai gigitan yang betul.

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Sebaliknya, jika rahang terlalu meregang dan gigi yang mempunyai posisi yang salah berada dalam rahang yang kecil dalam keadaan bersesak, ada risiko di mana gigi tak dapat di pegang dengan kukuh dalam rahang dan banyak lagi risiko yang mungkin akan timbul. Tapi anda boleh percaya bahawa semua doktor gigi akan berusaha untuk menyimpan semua gigi pesakit sebanyak yang  mungkin. Dalam sesetengah kes, ianya ketara yang tak semua gigi mampu muat di dalam rahang. Ini biasanya terjadi terutamanya jika gigi terlalu hampir dan berebut ruang yang hanya beberapa milimiter itu. Untuk doktor gigi pun, ianya penting untuk cabut gigi jika arahnya salah dan tidak dapat di perbetul kan walau dengan apa cara sekali pun. Tapi bukan lah rahang yang kecil dan sempit sahaja yang menjadi sebab gigi perlu di cabut.

Antara sebab lain ialah, rahang atas yang terlalu jauh dengan rahang bawah, dan gigi depan yang hanya boleh di tolak masuk dengan cara mewujud kan ruang di dalam rahang sahaja. Doktor gigi kemudian akan menarik gigi depan ke ruang yang telah terhasil dari gigi geraham kecil yang telah di cabut dengan mengguna kan alatan yang  betul. Dah tentu lah, cabutan gigi merupakan solusi akhir jika cara lain dah tidak dapat di gunakan lagi. Tapi nasib baik lah, ianya dah jarang perlu di lakukan kerana banyak kemungkinan teknikal yang bagus. Namun, dalam 5%  ke 10 % dari semua kes, cabutan gigi mungkin masih di perlu kan. Jika gigi bongsu di ambil kira, angka nya akan meningkat ke lebih kurang 40% dari semua pesakit, walau pakar sekarang pun sudah tidak terlalu berkeras untuk mencabut gigi bongsu lagi. Mitos di mana jika gigi bongsu tidak di cabut, ia akan merosakkan hasil ortodontik dan menolak semula semua gigi dari belakang ke depan dah lama basi. Gigi akan terus bergerak walaupun selepas rawatan selesai. Baiklah, anda mungkin akan beranggapan, saya lihat gigi memang kadang – kadang perlu di cabut, tapi perlu ke cabut gigi yang masih sihat?

Tidak, dah tentulah tidak! Jika doktor gigi mengatakan yang beliau perlu mencabut gigi untuk hasil rawatan yang lebih bagus, mereka akan berhati – hati dalam memilih gigi mana yang akan di cabut. Semasa membuat keputusan ini, ianya penting untuk tentu kan hasil rawatan yang ingin di capai. Strategi mekanikal mana yang paling masuk akal? Gigi mana yang paling tidak di perlukan oleh pesakit? Ini ialah gigi yang dah pun mula rosak, itu atau pun yang dah terkesan dengan kaviti dan dah di tampal sebelum ini atau yang gigi nya dah mula rosak kerana periodontitis (penyakit gusi).

Menutup ruang di antara gigi di Selangor, Malaysia

Macam mana ruang boleh di tutup? Adakah ia akan tertutup sepenuhnya? Secara ringkasnya, ya, dengan perancangan yang bagus dan teknik yang baik semasa menutuup ruang, kita ada pergerakan gigi yang sama seperti yang telah di bincangkan tadi.

Cuma, ruang yang besar perlu di tutup kerna satu gigi telah hilang. Ini menjadi kan pergerakan gigi lebih kompleks berbanding pergerakan kecil, bila gigi hanya perlu di lurus kan sedikit sahaja. Jika gigi geraham besar yang di cabut, penutupan ruang akan mengambil masa 6 hingga 8 bulan.

Pada permulaan nya, gigi akan berasa sensitif, selepas 3 bulan anda akan mula lihat yang ruang dah makin mengecil. Pelbagai teknik akan di gunakan untuk menutup ruang. Boleh jadi mengguna kan getah elastik atau getah elastik berantai, kadangkala, dengan spring, kadangkala dengan arch yang di bentuk. Ia mempunyai geluang yang bertindak seperti spring yang akan menarik gigi ke dalam ruang.

Mencabut gigi akan di lakukan dengan ubat bius (anaesthesia), jadi anda tidak akan rasa sangat pun.  Ada sesetengah ibu bapa yang mahukan gigi anak mereka di cabut dengan ubat bius penuh / general anaesthetic (dalam keadaan tidak sedarkan diri). Pada pendapat saya, ini tidak di galak kan. General anaesthetic mempunyai risiko tersendiri dan memerlukan lebih kerja hanya untuk prosedur yang mudah. Pakar orthodontik boleh mencabut gigi pesakit dengan mudah. Jika anda atau anak anda takut dengan jarum atau ada apa – apa masalah lain dengan prosedur cabutan gigi, anda boleh berbincang dengan pakar orthodontik anda tentangnya. Pada zaman sekarang, bila bercakap tentang keselesaan, ada banyak cara yang boleh di lakukan sesuai dengan keselesaan anda.

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Kesimpulannya, boleh di katakan yang rposedur canutan gigi ialah proses yang biasa dan klasik dalam ortodontik. Ianya menjadi semakin kurang di perlukan kerana pilihan rancangan yang telah makin berkembang maju, cara yang bagus dan pendakap gigi optimis. Khususnya, diagnosis awal dapat membantu dalam mengelakkan perlunya cabutan gigi. Jika memang tidak dapat di elakkan, jangan terlalu risau mengenai nya. Ada banyak lagi perkara yang lebih teruk. Dan jika anda mahukan senyuman yang cantik, untuk anda atau anak anda, tetapi tidak semua gigi boleh muat di dalam mulut anda, anda tentu akan faham kenapa ada gigi yang perlu di cabut.

Ingat, jangan pindah kan kerisauan anda pada anak anda. Mereka mungkin boleh menguruskan nya lebih mudah berbanding anda. Menurut pengalaman saya, kita akan berbincang tentang perkara sebegini dengan teliti dengan anak kita, dalam bahasa yang mudah di fahami oleh mereka. Kepercayaan mereka pada kita adalah penting, dan kita hanya boleh memastikan yang mereka faham kenapa dan bagaimana sesuatu itu di lakukan. Berikan doktor gigi anda peluang untuk menerangkan nya pada anda dan anak anda. Tanya! Bercakap! Dan kemudian semuanya akan berjalan lancar menuju kepada senyuman yang indah.

Bagaimana rahang boleh di ubah suai melalui braces di Selangor, Malaysia?

Boleh kah doktor gigi menjadi kan rahang lebih panjang, besar, dan mengubah penampilan pesakit?

Jawapannya, seperti yang selalu kita dengar, tidak terlalu terang. Contohnya, kita tidak boleh menarik rahang bawah ke belakang lagi. Tetapi, kita boleh mengubah posisi rahang. Sama juga, kita boleh menyingkir kan halangan pembesaran agar tumbesaran secara semulajadi rahang kita dapat di eksploitasi. Sebaliknya, penghalangan tumbesaran rahang juga boleh di lakukan, tetapi tidak semudah proses menggalak kan tumbesaran. Tetapi sejujurnya, ini tidak memberikan banyak beza pun, sebaliknya hanya menggantikan proses pembesaran dan hanya mengubah posisi rahang sahaja.

Perubahan ini biasanya boleh di lakukan dengan menggunakan braces yang boleh dibuka – pakai. Alatan ini biasanya di gunakan untuk membaiki rahang bawah yang terlalu lari dari posisi. Ia merupakan dua klip yang di reka supaya rahang bawah akan di gerakkan ke depan semasa mulut di tutup. Mereka akan menggunakan posisi rahang yang salah, yang selalunya di akibatkan oleh posisi gigi yang salah, da menolaknya ke posisi yang betul. Pada langkah pertama, otot rahang akan di program kan secara virtual. Kemudian rahang akan di pegang secara automatik dan semulajadi dalam posisi yang betul selepas seketika walaupun tanpa braces. Kemudian kami akan menstabilkan posisi ini. Sekarang, tumbesaran semulajadi boleh di lakukan tanpa gangguan dan posisi ini, akan membesar.

Antara cara lain untuk mengawal pembesaran ialah dengan memperlahankan nya. Alatan terbaik yang boleh melakukan ini ialah headgear. Bracket akan dilekatkan pada bahagian luar gigi geraham, ke arah luar mulut dan di sambung pada bahagian belakang kepala atau leher dengan band getah. Alatan ini akan menghalang pembesaran rahang atas.

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Akan tetapi, tumbesaran tidak boleh hanya di percepatkan atau di perlahan kan. Ia juga boleh di uabah hala. Jika rahang membesar lebih pada satu arah, doktor gigi akan cuba ubah mengubah arah pembesaran ke arah yang lebih sesuai dan bermanfaat untuk rawatan braces. Contohnya, ada pesakit yang gigi bawah nya hampir terlindung terus oleh gigi atas. Ini boleh di bantu dengan braces yang akan mengecutkan pembesaran rahang bawah yang menghala ke bawah. Hasilnya, rahang bawah akan menaik dan gigi depan dapat gigit dengan lebih baik. Sama juga, pembesaran rahang bawh boleh di ubah hala juga. Dari membesar menghala ke depan lagi, dengan rawatan ia akan membesar menghala ke bawah seperti yang sepatut nya. Dengan braces yang sesuai, rahang boleh terus membesar, tapi hasilnya ia tidak akan terlalu menonjol ke depan.

Dengan cara ini, ia akan lebih padan dengan rahang atas. Pencepatan tumbesaran juga boleh dilakukan. Ini  boleh di lakukan jika umur tumbesaran dan perkembangan gigi tidakl seiring lagi. Jika kita lihat gambar kanak – kanak sekolah rendah, kadang – kadang kita akan terfikir, mereka ada gigi gergasi! Macam mana semua gigi tu boleh muat dalam mulut mereka yang kecil!

Ini ialah di mana masalah nya bermula : gigi dewasa baru yang lebih besar dah mula berkembang, tapi tumbesaran rahang terlalu lambat jika di bandingkan dengan pertumbuhan gigi. Ini ialah di mana doktor gigi akan masuk campur. Dengan alatan yang terpilih, mereka akan menggunakan rangsangan yang boleh mempromosi kan tumbesaran sementara. Saiznya tidak lah terlalu banyak beza, tapi perkembangan rahang dan gigi akan lebih selari antara satu sama lain. Dengan cara ini, lebih banyak masalah perkembangan gigi dan rahang boleh di perbaiki secara perlahan.

Dah tentu lah, rawatan seperti ini boleh bertahan lebih lama atau menjadi lebih kompleks. Tetapi cuba tanya pada doktor gigi anda bagaimana mereka akan merawat anak sendiri. Jawapan nya berkemungkinan besar sama sahaja. Kami akan bermula dengan membaiki posisi saiz rahang, bentuk dan posisi, dalam masa sama, waktu dan kelajuan tumbesaran.

Malangnya, strategi ini terhad dan hampir mustahil untuk di lakukan pada orang dewasa, yang sudah berhenti membesar. Tapi tidak sepenuhnya mustahil juga. Terkejut tak? Berbeza dengan apa yang di fikirkan sebelum ini, tumbesaran tidak betul – betul tamat sepenuhnya bila anda mencapai umur 18 tahun. Terutamanya pembesaran rahang, yang boleh membesar hingga umur mencapai 20 – an, dalam sesetangah kes, lebih lama. Juga, regangan rahang atas dan rahang bawah masih boleh di lakukan secara kecilan terhadap orang dewasa.

Berbeza dengan rawatan terhadap kanak – kanak dan remaja, perubahan dari segi penampilan adalah sangat sedikit atau tiada langsung. Jika ini apa yang anda mahukan, anda perlu berbincang dengan doktor gigi anda. Mereka mungkin boleh memberi kan solusi untuk anda. Namun, jka penampilan juga mengganggu anda dan anda inginkan perubahan dari segi penampilan dan bentuk rahang yang kurang menarik semasa kecil, hanya pembedahan yang boleh membantu menyelesaikan masalah anda. Rahang akan di bawa ke posisi yang optimal melalui pembedahan. Sesetangah orang mahukan ini, ada yang merasakan nya terlalu drastik. Biar kami jelaskan pada anda dengan lebih teliti, jadi anda boleh membuat keputusan yang tepat untuk diri anda.

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Dengan rawatan awal, anda boleh selamatkan anak – anak anda dari perlu melakukan keputusan yang sukar ini di kemudian hari. Ayuh gunakan tumbesaran kanak – kanak untuk rawatan terbaik ortodontik!

Bagaimana gigi boleh bergerak dengan rawatan braces?

“memandangkan kita boleh gigit benda yang keras dengan gigi, dah tentu ianya terbina kukuh dalam rahang kita”, ramai yang fikir sebegini. Tapi hanya sebahagian nya saja yang benar. Dah tentu lah, gigi seseorang individu yang sihat tidak akan goyang, tetapi ianya juga bukan lah sekeras batu. Malah, ia sebenarnya agak goyang juga. Ia melekat dengan akar di nahagian yang telah tersedia di dalam tulang rahang. Ada bahagian yang kecil di antara akar gigi dan fiber halus yang meregang di antara akar gigi dan rahang. Ini menjadi kan gigi tergantung di dalam rahang. Akan tetapi, ada struktur lain di dalam ruang ini, seperti pembuluh darah. Jika gigi di gerakkan, ia akan menekan pada dinding di satu sisi bahagian tulang dan di tarik darinya.

Di mana gigi melekat pada tulang rahang, pembuluh darah juga berada dekat dan kekurangan oksigen akan terjadi. Badan kita sangat membenci keadaan kekurangan oksigen ini. Sebab itu lah ia akan menghantar sel yang akan perlahan – lahan memusnah kan tulang di bahagian itu agar oksigen dapat di bekal kan dengan lancar semula. Di bahagian satu lagi, di mana akar gigi di tolak dari tulang, fiber akan sangat tegang. Tarikan dari tulang akan menyebab kan pembinaan tulang di bahagian tersebut. Sekarang tulang di kurangkan ke bahagian yang di tolak, sedangkan di sebelah yang lain, pembinaan tulang sedang berjalan. Bahagian tulang itu akan bergerak selari dengan gigi. Untuk menggambarkan keadaan ini : sebuah kapal (gigi) bergantung pada sauh yang telah tersangkut dan sukar untuk di cabut dari dasar laut. Sekarang, kapal ini di tarik ke pelabuhan oleh pemandu kapal, satu lagi menolak nya dari belakang.  Daya tegangan dari satu arah dan daya kompresif di arah yang satu lagi melonggarkan dasar laut yang berada di sekeliling sauh dan menghancurkan nya, agar kapal dapat di gerakkan ke depan. Di pelabuhan, tambatan akan semakin dekat, dan jarak makin berkurang. Kapal di tambat di sini. Begini lah cara kapal do gerakkan.

Sekarang ianya dah jelas yang gigi boleh di gerakkan pada bila – bila masa. Anda hanya perlukan akar gigi yang bersambung, fiber yang memegang kukuh pada akar gigi dan tulang rahang yang sihat. Tambahan pula, dengan sedikit tekanan dari satu arah untuk jangka masa yang cukup lama. Dan kemudian gigi akan bergerak. Tanpa mengira umur! Bergantung pada tahap metabolisme dan umur, kelajuan pergerakan rawatan boleh berbeza – beza, tapi ia pasti berhasil. “tak sakit ke?” ramai pesakit yang bertanya soalan ni. Ya, kadang – kadang ia akan rasa lebih sakit, kadangkala kurang sakit. Tapi secara keseluruhannya tidak lah teruk sangat. 

Terutamanya pada fasa awal semasa pergerakan gigi adalah agak kurang menyenang kan. Selepas itu, bergantung pada kekuatan pergerakan, rasa sakit tekanan ini akan hilang. Kebanyakan braces jenis yang boleh di buka pakai, biasanya hanya rasa sakit untuk beberapa jam sahaja. Dengan braces kekal (fixed braces. Tidak boleh di buka pakai), rasa sensitif biasanya berlarutan sehingga 2 – 3 hari, dan kadangkala sampai 5 hari jika braces baru di pasang. Tapi lama kelamaan anda akan mula biasa dengan rasa ini. Jika anda rasa tak tahan sakit, boleh ambil ubat tahan sakit yang ringan seperti paracetamol.

Akan tetapi,ia tidak boleh ada kesan anti radang, kerana ini akan menyebabkan kerosakan pada proses permodelan semula tulang rahang. Ini bererti yang rasa tekanan pada gigi akan tetap ada semasa gigi bergerak, tetapi tulang tidak akan terbina dengan baik dan secukupnya dan pergerakan gigi akan lebih perlahan atau hilang sepenuhnya. Merokok juga membuat kan pergerakan gigi bertambah teruk. Tambahan pula, ada sesetangha penyakit atau ubat yang tidak begitu bagus untuk pergerakan gigi. Dalam kes yang jarang terjadi ini, pakar ortodontik / doktor gigi anda akan berbincang mengenai isu ini dengan anda dan mencari solusi alternatif yang lain.

👉 BOOK Dentist in Selangor NOW on WhatsApp (based on location) : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

error: Please email smile@dentist3.com for Content :)