Quality & Affordable Dentistry in Malaysia

Masalah Gigi Yang Biasa Berlaku Di Malaysia

Posted by dentist3 in Dental Articles | 0 comments

Plak Gigi juga memainkan peranan terhadap masalah gusi
Plak Gigi juga memainkan peranan terhadap masalah gusi

“Saya suka makan buah epal selepas makan untuk membersihkan gigi saya –  ia akan kelihatan seperti dikilatkan sesudah itu” Catherine Zeta-Jones

Apa lagi yang akan memberi impak yang buruk kepada mulut dan gigi jika saya tidak berjaga-jaga dengan diet atau penjagaan rumah? 

Kami sudah membincangkan mengenai plak gigi dan ianya akibat berlakunya pereputan gigi. Penting untuk diingatkan bahawa pereputan gigi merupakan jangkitan pada gigi sekiranya dibiarkan dan tidak dirawat. Bakteria dan bahan bertoksik akan merebak pada sistem organ selepas itu akan menjejaskan sistem peredaran darah.

Dalam sejarah jika tidak merawat sakit gigi boleh menyebabkan kematian seseorang.

Contohnya: seorang wanita di Kuantan telah dimasukkan ke hospital disebabkan rasa sakit yang dialami. Ujian telah dijalankan. Imbasan telah dibuat. Tetapi keadaannya masih merosot, bertambah risau doktor yang merawatnya dan mereka sangat buntu. Akhirnya, seseorang berikan idea untuk memeriksa giginya. X-ray telah diambil dan mendapati terdapat nanah pada giginya yang tidak memberikan kesakitan padanya. Kemudian gigi itu telah dirawat dan kesihatannya kembali normal.

👉 BOOK NOW on WhatsApp : https://linktr.ee/dentist3cliniclist
LIKE 👍 Our Facebook Page (@dentistmalaysia) For Latest Dental Offers !  
Special Packages for BRACES , CROWNS & BRIDGES , WISDOM TOOTH, SCALING & MORE 

✅ Many 5⭐ 'Star' Customer Reviews
✅ Reputable Clinic(s) Established Since 1999 Onwards
✅ Gentle & Friendly Dentist & Nurses 
✅ Quality Treatments at Affordable Prices

Penting untuk diingatkan apabila doktor memeriksa gigi pesakit, perkara pertama yang doktor perhatikan adalah lidah dan tonsil. Sesungguhnya, jarang doktor atau sesiapa yang boleh melakukannya atau mengenal pasti yang paling jelas mengenai masalah pergigian. 

Plak gigi juga memainkan peranan terhadap masalah gusi. Setiap gigi kedudukannya bergantung pada soketnya iaitu jaringan serat. Gentian pengikat ini satunya tertanam pada bahagian hujung sementum menutupi akar gigi dan satu lagi dalam tulang dinding soket. Terdapat juga saluran darah dan saraf yang mengalir melalui suspensori ini. (Ligamen periodontal).

Ligamen di mulut pada bahagian hujung bermula dengan serat yang melekat pada gigi dari tisu gusi disekeliling setiap gigi. Jika gusi dałam keadaan yang sihat, kedalaman manset gusi tidak lebih dari 3-4mm dari hujung tisu gusi kedalam manset. Jika plak gigi dibiarkan terkumpul dałam sulcus atau celahan gusi, toksik dan asid dari produk atau makanan menghasilkan bakteria pada plak gigi dan menyerang tampalan tisu gusi pada gigi dan mengakibatkan tulang gusi semakin turun dan kurang pegangan pada gigi.

Jika tisu gusi pada keliling gusi kelihatan merah, bengkak dan mudah berdarah ketika memberus gigi atau ketika menggunakan benang gigi, tetapi tulang gusi masih belum terjejas. Keadaan ini dipanggil sebagai “gingivitis”  ianya jangkkitan pada tisu gusi.
Jika tisu gusi pada keliling gusi kelihatan merah, bengkak dan mudah berdarah ketika memberus gigi atau ketika menggunakan benang gigi, tetapi tulang gusi masih belum terjejas. Keadaan ini dipanggil sebagai “gingivitis”  ianya jangkkitan pada tisu gusi.

Periodontal (peri – around, dontal – tooth) poket yang terbina kedalaman gusi yang sihat adalah 3-4mm. Sekiranya kedalam poket gusi melebihi 5mm, secara fizikalnya seseorang itu  tidak lagi dapat membersihkan giginya dengan efektif dan perubahan sesetengah patogenik akan berlaku.

Populasi bakteri pada poket gusi akan mula berubah dan menjadi lebih ganas jika diabaikan dan tidak dirujuk pada pakar pergigian. Bakteria yang semakin mengganas akan mengakibatkan tisu dan sekeliling tulang merosot dengan cepat .

Jika tisu gusi pada keliling gusi kelihatan merah, bengkak dan mudah berdarah ketika memberus gigi atau ketika menggunakan benang gigi, tetapi tulang gusi masih belum terjejas. Keadaan ini dipanggil sebagai “gingivitis”  ianya jangkkitan pada tisu gusi

Keadaan gingivitis boleh dirawat jika mengambil langkah segera dengan membersihkan gigi kemudian memberus gigi setiap hari mengikut kekerapan yang sesuai dan membuat rutin mencuci gigi menggunakan benang gigi supaya kotoran yang melekat pada gigi akan tertanggal.

Pesakit yang mengalami masalah ini sesetengah akan merasa sakit dan ada juga yang tidak merasakan sakit tetapi mereka akan perasan gusi mereka akan berdarah pada sesetengah kawasan semasa memberus gigi  atau ketika menggunakan benang gigi (flos gigi). Ianya mengambil masa selama dua minggu untuk mendapatkan gusi yang sihat selepas mengamalkan rutin penjagaan gigi selepas berjumpa dengan dokter gigi. Gusi yang sihat akan berwarna merah jambu, gusi tidak bengkak dan gusi tidak berdarah. Jika  diabaikan dan tidak dirawat,  tulang gusi akan semakin menurun (kedalaman sulcus lebih 5mm) dan tisu gusi akan mendapat jangkitan dan keadaan ini dipanggil sebagai masalah periodontal.

Masalah periodontal ini boleh menjadi akut (permulaan yang cepat), atau kronik (merebak dengang jangka masa yang panjang), sederhana atau teruk. Selain dari kesihatan mulut yang tidak bagus, keadaan ini juga akan menjejaskan keturunan.

Jika ibu bapa anda kehilangan gigi pada awal usia dan mereka perlu membuat gigi palsu untuk menggantikannya. Ini adalah peluang yang bagus untuk anda jika anda mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami keadaan tersebut. Ia tidak bermaksud anda ditakdirkan untuk mengalami nasib yang sama, tapi jika anda mengambil langkah awal dengan menjaga kebersihan mulut dan mengamalkan diet yang sihat, anda dapat mengelakkan perkara sama berlaku.

Masalah periodontal, sebaliknya apabila dikaji, ia kebergantungan genetik untuk menjadi seperti ini. Mereka perlu dipantau dan perlu diambil berat dari kedua-dua pihak iaitu anda sendiri dan pakar pergigian anda untuk menyelamatkan gigi anda. Tiada siapa yang inginkan masalah periodontal.
Masalah periodontal, sebaliknya apabila dikaji, ia kebergantungan genetik untuk menjadi seperti ini. Mereka perlu dipantau dan perlu diambil berat dari kedua-dua pihak iaitu anda sendiri dan pakar pergigian anda untuk menyelamatkan gigi anda. Tiada siapa yang inginkan masalah periodontal.  

Perkara pertama masalah seperti ini boleh berlaku ( jika anda mengelak untuk berjumpa doktor gigi untuk beberapa kali) muffin akan merangsang rasa yang tidak sedap di dalam mulut atau nafas berbau yang kronik. Dalam keadaan ini akan menjadikan anda lebih tertekan dan perlu berjumpa penjagaan gigi profesional (sekurang -kurangnya setiap enam bulan) untuk mengelakkan perkara ini berlaku dan dipandang remeh. Ianya sangat penting untuk diingatkan bahawa sakit bukan petunjuk masalah tetapi kurang kesakitan juga tidak bermaksud tiada masalah!

Tambahan pula, penyakit periodontal bukanlah penyakit yang sama dengan penyakit selsema. Apabila selsema, anda akan merasakan  gejalanya.kemudian setelah sakit itu berlalu anda akan sembuh.

Penyakit periodontal, sebaliknya apabila dikaji, ia kebergantungan genetik untuk menjadi seperti ini. Mereka perlu dipantau dan perlu diambil berat dari kedua-dua pihak iaitu anda sendiri dan pakar pergigian anda untuk menyelamatkan gigi anda. Tiada siapa yang inginkan masalah periodontal.

Penyakit periodontal yang tidak dirawat akan memberikan kesan yang buruk pada seluruh kesihatan dan sistem organ yang lain. Banyak bukti yang dijumpai bahawa penyakit periodontal ini berkait dengan beberapa penyakit termasuk sakit jantung, kencing manis, strok, dan hasil kehamilan yang buruk.

👉 BOOK NOW on WhatsApp : https://linktr.ee/dentist3cliniclist
LIKE 👍 Our Facebook Page (@dentistmalaysia) For Latest Dental Offers !  
Special Packages for BRACES , CROWNS & BRIDGES , WISDOM TOOTH, SCALING & MORE 
Masalah periodontal, sebaliknya apabila dikaji, ia kebergantungan genetik untuk menjadi seperti ini. Mereka perlu dipantau dan perlu diambil berat dari kedua-dua pihak iaitu anda sendiri dan pakar pergigian anda untuk menyelamatkan gigi anda. Tiada siapa yang inginkan masalah periodontal.  
✅ Many 5⭐ 'Star' Customer Reviews
✅ Reputable Clinic(s) Established Since 1999 Onwards
✅ Gentle & Friendly Dentist & Nurses 
✅ Quality Treatments at Affordable Prices

Dalam kata lain, mulut adalah pintu utama bagi kesihatan badan anda. Tabiat lain yang boleh memberi kesan buruk berlaku  pada seseorang yang sering menggeser gigi (Bruxism) atau mengetap gigi. Tabiat ini tercetus apabila seseorang itu tertekan atau mengalami masalah gigitan tidak selari (maloklusi : gigitan tidak seragam antara gigi bawah dan atas.)

Bruxism (menggeser gigi) perlu disarankan untuk memakai alat pelindung gigi jika tidak gigi semakin lama akan menjadi kecil daripada panjang asalnya atau akan menghasilkan lekuk di kawasan garis gusi gigi.

Kebiasaannya pesakit tidak sedar mereka sedang menggeser gigi atau mengetap gigi. Ia kebiasaannya berlaku ketika tidur dan dikenalpasti oleh dokter gigi setelah menjalankan rawatan gigi. Kerana tabiat menggeser gigi boleh merosakkan gigi dan ianya juga boleh menggangu tidur orang lain disebabkan bunyi gesekan. 

Jika geser gigi berlaku disebabkan oleh malocclusion (gigitan tidak sekata), pesakit perlu berjumpa dokter gigi untuk membetulkan gigitan pesakit. Ia akan mengambil lebih dari sekali rawatan untuk memastikan semua berfungsi dengan baik dan akhirnya dapat diselesaikan dengan baik.

Jadi kebimbangan utama jika menggeser gigi berterusan selepas dirawat  berkemungkinan kedudukan gigitan gigi akan kembali pada gigitan yang tidak selari. Untuk mengelakkan ianya berlaku, pesakit harus memakai perlindungan gigi pada waktu malam. Ia direka khas untuk pesakit yang mengalami masalah seperti ini supaya dapat menggelakkan masalah gigi berlaku.

Setiap bentuk gigi berfungsi untuk terima tekanan semasa mengunyah. Apabila seseorang menggeser giginya ketika tidur, mereka akan memberikan tekanan yang mendatar pada gigi. Daya tekanan yang diberi pada gigi mengakibatkan gigi makin haus dan mengecil. Jika sokongan tulang tidak kuat boleh mengakibatkan gigi akan longgar dan mudah tercabut dari soketnya. (Seperti menolak dan menarik tiang pagar).

Jika sokongan tulang lebih kuat dari gigi, struktur gigi akan semakin merosot dan boleh berlaku sehingga pangkal atas gigi gigi semakin haus dan berada pada garisan gusi sama ada pada bahagian sebelah pipi atau bahagian sebelah lidah. Keadaan ini juga boleh menyebabkan gigi mereput dan keadaan ini dipanggil sebagai “Abfraction

Jika sokongan tulang lebih kuat daripada gigi, struktur gigi akan merosot pada bahagian pangkal atas gigi mengakibatkan gigi makin haus dan menampakkan akar gigi sama ada pada bahagian sebelah pipi atau bahagian sebelah lidah. Sebaliknya, keadaan ini boleh mengakibatkan pereputan gigi dan ia dipanggil sebagai “Abfraction”(Penyimpangan).
Jika sokongan tulang lebih kuat daripada gigi, struktur gigi akan merosot pada bahagian pangkal atas gigi mengakibatkan gigi makin haus dan menampakkan akar gigi sama ada pada bahagian sebelah pipi atau bahagian sebelah lidah. Sebaliknya, keadaan ini boleh mengakibatkan pereputan gigi dan ia dipanggil sebagai “Abfraction”(Penyimpangan).

Pada bahagian dalam rahang bawah, penunjang ini mungkin membentuk satu atau lebih bulatan benjolan yang dipanggil sebagai “Tori” atau kata lainnya “Torus”. Tori akan berterusan membesar perlahan-lahan sepanjang hayat dan mungkin juga akan membentuk di garisan lelangit kemudian akan memberikan masalah untuk yang memakai gigi palsu.

Ramai yang keliru antara Abfraction (penyimpangan) dengan Abrasion (melecet).  Abfraction adalah keadaan gigi yang telah haus pada pangkal atas gigi berhampiran garisan gusi dan gigi akan menjadi tajam pada pangkal gigi. Abrasion pula keadaan gigi mempunyai lekuk yang licin pada bahagian gasi gusi ia berlaku disebabkan teknik memberus gigi secara melintang dan memberus terlalu kuat. Kebiasaannya Abrasion berlaku pada gigi taring (canines) dan gigi geraham kecil (premolars).

Gigi Abrasion (melecet/terhakis)
Gigi Abrasion (melecet/terhakis)

“Attrition” (pergeseran) adalah Gigi yang haus berlebihan pada permukaan insisal (permukaan gigi yang digunakan untuk menggigit) atau oklusal gigi (permukaan gigitan rahang atas dan bawah). Pergeseran ini akan menjadikan gigi lebih pendek daripada sepatutnya. Kesan keadaan ini sama seperti Bruxism (menggeser gigi). Ia telah dibincangkan diatas.

Bagi budaya yang lebih primitif atau kata lain budaya yang tidak berkembang, mereka akan memakan bijirin yang berpasir dijadikan sebagai makanan utama mereka. Contoh menarik tentang pergeseran gigi, pada awal zaman di sekitar negara India, sebahagian kerja yang wanita India lakukan adalah mengunyah kulit kerbau sehinga lentur untuk digunakan sebagai penutup rumah dan dijadikan kain.

Wanita disana juga mengisar jagung untuk dijadikan makanan menggunakan batu dan akan meninggalkan pasir. Sebab itu roti mereka berpasir. Kedua – dua aktiviti ini menghasilkan gesterna pada gigi. Bila gigi mula melecet mereka tidak lagi melakukan pekerjaan itu. Malah mereka juga tidak boleh makan dengan baik. Sehinggakan mereka selalu kelaparan.

Attrition” (pergeseran) adalah Gigi yang haus berlebihan pada permukaan insisal (permukaan gigi yang digunakan untuk menggigit) atau oklusal gigi (permukaan gigitan rahang atas dan bawah)
Attrition” (pergeseran) adalah Gigi yang haus berlebihan pada permukaan insisal (permukaan gigi yang digunakan untuk menggigit) atau oklusal gigi (permukaan gigitan rahang atas dan bawah)

Hal ini tidak boleh dipandang sebelah mata, “ rawatan salur akar” adalah satu kaedah yang dapat membantu untuk mengekalkan gigi tetapi ramai yang takut untuk melakukan rawatan ini. Mereka yang tidak tahu prosedur ini akan merasakan lebih takut. Pada asasnya ia hanya lah tampalan tetapi tampalan yang agak dalam.

Sebaliknya hanya membuangkan gigi yang reput dan digantikan dengan gigi yang baru. Isi dałam pulpa gigi akan dibuang dan gigi pada bahagian dałam dibersihkan dan dibentuk mengikut luar gigi. Bahagian dałam gigi akan dimasukkan bahan tampalan yang dipangil “ gutta percha” ia diletakkan pada bahagian saluran akar yang dulunya terisi dengan tisu pulpa. Contoh persamaannya seperti gabus getah yang menutupi penutup botol kaca. Menjalani rawatan salur akar (terapi endodontik) tidak memberi kesan yang lebih buruk daripada anda menampal gigi secara biasa.

Jika ada yang tertanya-tanya kenapa badan tidak boleh menangani masalah jangkitan gigi dengan sendirinya dengan sistem imunisasi. Hanya mengingatkan bahawa sel darah putih berfungsi untuk melawan jangkitan perlu melalui salur darah untuk sampai pada kawasan jangkitan.

Ia tidak boleh bergerak masuk kedalam sistem akar gigi tanpa adanya sistem saluran darah yang sihat untuk menghantar sel darah putih. Yang paling dekat gigi akan bernanah dan besar nanah sehingga keluar akar gigi. Ia akan berlarutan jika pesakit tidak berjumpa dengan doktor gigi untuk pemeriksaan.

👉 BOOK NOW on WhatsApp : https://linktr.ee/dentist3cliniclist
LIKE 👍 Our Facebook Page (@dentistmalaysia) For Latest Dental Offers !  
Special Packages for BRACES , CROWNS & BRIDGES , WISDOM TOOTH, SCALING & MORE 

✅ Many 5⭐ 'Star' Customer Reviews
✅ Reputable Clinic(s) Established Since 1999 Onwards
✅ Gentle & Friendly Dentist & Nurses 
✅ Quality Treatments at Affordable Prices

Jika individu mengalami masalah pereputan gigi ia dibenarkan untuk membesarkan lubang untuk mengeluarkan pulpa. Banyak kemungkinan yang boleh berlaku. Tidak mengira gejala, pulpa itu boleh mati. Jika ia mati dengan cepat, lagi cepat dari sistem imunisasi badan boleh menampung perubahan fizikal kemudian sakit gigi akan berlaku. 

Dulunya pesakit yang mengalaminya akan minum air yang sejuk setiap beberapa saat. Hanya itu saja cara untuk mengurangkan rasa sakit itu berlaku.

Jika gigi tidak dirawat dengan segera, kemungkinan jangkitan akan merebak keluar daripada puncak gigi ke sekeliling tulang dan mengakibatkan sakit sehingga bengkak pada muka akibat kesakitan. situasi ini dipanggil sebagai “gigi panas” ia mungkin agak susah untuk dirawat ketika sakit. Pesakit perlu mengambil ubat anibiotik selama 5 hari untuk bengkak dan sakit berkurangan. Jika keadaan bertambah baik baru rawatan dapat dijalankan.

Kenapa? Ia kerana asid natural daripada hasil pecahan pulpa menyukarkan cairan bius untuk bertindak balas dengan baik pada saraf dengan serta merta. Bius (anastatik) pergigian mestilah kedua-duanya larut didalam air (pecah menjadi ion) untuk melepasi bendalir tisu untuk sampai ke kawasan saraf dan berkumpul menjadi bentuk asal (yang larut lemak) untuk melepasi lapisan sarung saraf berlemak untuk menggangu penghantaran maklumat sakit pada saraf impuls.

Asid semulajadi akan bertindak balas terhadap ion terhadap bius asli dan ia adalah lebih  sukar , untuk mengelakkan bius yang cukup untuk masuk ke salur darah ke kawasan yang memerlukan rawatan dengan serta merta.

Antibiotik yang sesuai diambil dalam tempoh masa tiga atau empat hari dapat membantu mengurangkan tahap keasidan pada kawasan yang sakit.  Mengembalikan keserasian kawasan tersebut kepada yang lebih normal supaya bius dapat menjalankan tugasnya dengan baik

Kebiasaannya, doktor gigi menetapkan beberapa bentuk ubat tahan sakit untuk menampung beberapa hari pertama selepas mula mengambil antibiotik untuk membantu pesakit mengurangkan ketidakselesaan sehingga antibiotik bertindakbalas.

Sekiranya antibiotik telah bertindak balas selepas beberapa hari, dan sakit dapat dikurangkan. Ia tidak bermaksud masalah itu selesai. Jika gigi tersebut tidak menjalankan rawatan akar untuk diselamatkan, maka gigi tersebut mesti dicabut, jika tidak sakit gigi akan datang semula jika tidak mendapatkan rawatan.

Kenapa gigi mati selepas kecederaan? Bayangkan apa yang berlaku apabila anda mencederakan mana-mana bahagian tubuh badan anda. Mulanya mesti anda tidak merasa sakit sama sekali tetapi lebih pada terkejut maka anda mungkin akan berasa sakit atau tidak. Kemudian bengkak pada bahagian yang sakit.

Tapi tunggu! Tisu di dalam gigi terbungkus dalam selongsong tilak fleksibel yang terdiri daripada dentin, cementum, dan enamel. Jika tisu bengkak ia mungkin memberi tekanan pada salur darah untuk menghentikan bekalan darah ke seluruh sel yang membentuk tisu pulpa. 

Jika ia berlaku pada jangka masa  yang lama, sel tersebut akan mati disebabkan oleh kekurangan oksigen, bekalan makanan dan penyingkiran bahan buangan.

Selain dari pereputan gigi yang tidak terkawal, gigi mungkin akan tercedera seperti kemalangan atau menggeser gigi  yang berlebihan. Salah satu yang lebih melampau sekiranya pulpa terdedah dan keperluan untuk salur darah akan lebih jelas.

Keadaan lain yang lebih teruk apabila gigi mungkin akan lebih sensitif jika terdapat tekanan pada permukaan mengunyah gigi.  jika terdapat struktur gigi yang cukup, gigi tersebut mungkin akan dirawat dengan rawatan akar gigi, dan seterusnya dipasangkan sarung gigi (crown) dan gigi tersebut akan selamat. Jika struktur gigi tersebut banyak yang rosak, jadi gigi  itu harus dibuang.             

Kadang-kala proses akar gigi mati berlaku sangat perlahan sehingga pesakit tidak perasan terdapat masalah yang timbul pada gigi
Kadang-kala proses akar gigi mati berlaku sangat perlahan sehingga pesakit tidak perasan terdapat masalah yang timbul pada gigi

Kadang kala proses akar gigi mati berlaku sangat perlahan sehingga pesakit tidak merasakan kesakitan dan terdapat masalah pada gigi. Sistem imunisasi badan mampu menampung perubahan yang berlaku pada gigi jika ia berlaku, kelajuan sistem dalam badan dapat bersaing dengannya.

Sebagai contoh, cara untuk mengesahkan masalah yang berlaku dengan mengambil x-ray seluruh bahagian mulut. Dengan ini doktor gigi dapat melihat kedalaman gigi pesakit dari soket gigi hingga ke persekitaran tulang gusi. 

Peningkatan ketara dalam lebar ruang ligamen gusi berhampiran dengan akar cenderung menunjukkan masalah yang berlaku. Pemeriksaan lanjut gigi berkenaan dengan masalah ini dipanggil sebagai “penguji pulpa” . Ia diuji apabila didedahkan dengan haba, sejuk dan gigi akan terasa sensitif ia menunjukkan gigi bermasalah tetapi masih saraf akar gigi masih elok. tetapi jika gigi tidak merasakan apa-apa berkemungkinan saraf akar gigi tersebut telah mati.

Masalah ini boleh dikesan apabila pesakit datang untuk membuat rawatan dan memberitahu bahawa gigi tidak selesa tetapi tidak merasakan kesakitan  gigi. 

Salah satu cara situasi yang sering berlaku pada populasi ini adalah gigi retak.dimana apabila gigi retak boleh mengakibatkan akar gigi terganggu dan mengakibatkan sakit gigi. Tetapi rawatan akar sukar dijalankan pada gigi yang retak kerana ianya perlukan penelitian oleh pakar pergigian. (Melainkan jika gigi tersebut adalah gigi yang sensitif.  Yang akan merasakan sakit apabila makan atau minum yang panas dan sejuk.) 

Keretakan gigi sangat sukar untuk menjalankan rawatan akar. Tetapi jika melakukannya tahap berjaya adalah sangat tipis dan jika gigi tersebut patah maka jalan terakhir rawatan adalah dengan mencabut gigi tersebut dań menggantikan dengan gigi palsu,jambatan gigi atau implant. 

Tambahan, gigi yang retak akan memberikan yang sangat tajam apabila terdapat tekanan daripada mengunyah walaupun kunyahan yang sedikit. Apa yang berlaku adalah apabila gigi atas menggigit melibatkan gigi bawah dan sentuhan memaksa titik pada gigi yang terjejas untuk bergerak melawan arah dan mengakibatkan retakan semakin meregang.

Jika retakan pada gigi agak cetek, hanya dengan sarung gigi (crown)  boleh menampung seluruh gigi yang terjejas supaya tidak terpatah atau berlaku perkara yang tidak diingini.  Jika retak yang dalam sehingga menjejaskan pulpa ia perlu menjalankan rawatan akar sehingga selesai baru sarung gigi (crown) boleh dipasang.

Jika gigi yang retak sangat teruk dan panjang sehingga terkena pada pulpa gigi kedalam satu atau lebih saraf gigi terjejas, maka gigi tersebut tidak boleh dirawat dengan rawatan akar tetapi hanya boleh dicabut. Dałam sesetengah kes, rawatan akar hanya membuang duit kerana rawatan tersebut akan gagal jika retakan telah dijangkiti kuman dan bakteria.

Kelainan genetik juga boleh menjadi punca dan kesan kepada gigi seseorang. Sebagai contoh: Enamelogenesis Imperfecta ini berlaku apabila kesemua kerosakan didalam pengeluaran daripada enamel gigi pada awal perkembangan. 

Gigi tumbuh secara normal tetapi lapisan enamel gigi lembut dan mudah haus. Dentinogenisis Imperfecta adalah satu lagi contoh gangguan genetik yang menyebabkan dentin tidak terbentuk dengan betul mengakibatkan “gigi lembut” yang, seperti Enamelogenesis Imperfect mudah reput dan hilang.

Geminasi atau kembar gigi menghasilkan satu gigi daripada dua tunas perkembangan yang bercantum bersama semasa tumbuh. Gigi Supernumerary ialah gigi tambahan yang berlaku semasa perkembangan (biasanya di kawasan molar ketiga, premolar, atau di antara gigi kacip tengah) dan Gigi Kehilangan Kongenital ialah gigi yang tidak pernah terbentuk sama sekali. Geraham Mulberi ialah Gigi Geraham cacat dalam bentuk tipikal yang biasanya berlaku pada kanak-kanak yang ibunya menghidap sifilis semasa dia hamil.

Terdapat banyak lagi keadaan mulut dan penyakit mulut. Saya akan menggalakkan pembaca yang berminat untuk mengikuti patologi lain untuk melakukan carian “Google” dan melihat pelbagai jenis keadaan yang boleh menjejaskan individu mengikut keadaan yang sesuai. Jumlahnya terlalu banyak untuk disebutkan di sini.

👉 BOOK NOW on WhatsApp : https://linktr.ee/dentist3cliniclist
LIKE 👍 Our Facebook Page (@dentistmalaysia) For Latest Dental Offers !  
Special Packages for BRACES , CROWNS & BRIDGES , WISDOM TOOTH, SCALING & MORE 

✅ Many 5⭐ 'Star' Customer Reviews
✅ Reputable Clinic(s) Established Since 1999 Onwards
✅ Gentle & Friendly Dentist & Nurses 
✅ Quality Treatments at Affordable Prices

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

error: Please email smile@dentist3.com for Content :)