Quality & Affordable Dentistry in Malaysia

Posted by dentist3 in Blog | 0 comments

Pembuangan Gigi melalui Pembedahan (Mencabut Gigi Bongsu)

📌Ini adalah prosedur yang lebih susah dan ia perlu dilakukan apabila terdapat gigi yang dah patah atau belum tumbuh. Doktor akan buat potongan kecil ke dalam gusi anda untuk membuang gigi yang patah atau membuang gigi bongsu.

Beberapa tulang disekeliling gigi mungkin perlu di keluarkan atau gigi yang patah separuh perlu dipotong untuk keluarkan gigi

APA TU GIGI BONGSU?
🦷Gigi bongsu adalah graham besar no 3 terakhir pada setiap sisi rahang anda. Sebab ianya yang terakhir tumbuh, selalunya ruang mulut tak cukup untuk tampung gigi ini. Ini boleh merosakkan atau menyebabkan gigi tersebut terperangkap di bawah tisu gusi gigi lain atau tulang yang akan mengakibatkan gusi bengkak dan sakit.😷

Gigi bongsu yang hanya tumbuh separuh atau tumbuh senget lebih lagi yang akarnya bengkok juga boleh akibatkan kesakitan, kesesakan, jangkitan dan penyakit🤒. Jika ini berlaku, anda harus cepat dapatkan pemeriksaan doktor gigi untuk ketahui sama ada gigi perlu dibuang untuk menghilangkan rasa sakit dan juga mengurangkan kesesakan yang berlaku di dalam mulut anda.

BAGAIMANA GIGI BONGSU DICABUT?
Cabut gigi adalah perkara biasa. Doktor gigi anda biasanya akan mengesyorkan suntikan bius setempat untuk memberi rasa kebas pada mulut. Selepas gigi dicabut, anda mungkin diminta untuk menggigit dengan lembut pada sekeping kain kasa selama 30 hingga 45 minit selepas prosedur, untuk menghadkan sebarang pendarahan yang mungkin berlaku.

Jangan takut untuk pergi jumpa doktor gigi,doktor adalah pilihan terbaik untuk merawat gigi anda..🤗🤗

👌🏻 for Dentist3 ☺️
#Dentist3
✅ Website : https://dentist3.com 
[𝗦𝗛𝗔𝗥𝗘 / 𝗧𝗔𝗚] 👉 FOLLOW
#klinikgigimurah #klinikgigiampang #klinikgigi #klinikgigisungaibuloh #klinikgigirawang #klinikgigipetalingjaya #drgigimalaysia #malaysiadentist #malaysiaboleh #dentistmalaysia #kitajagakita #covid #petalingjaya #sungaibuloh #rawang #kualaselangor #pjdentist #drgigimurah #bracesmurah #invisalign #invis #MCO #stayathome #PKP #KITAJAGAKITA #DUDUKRUMAH


mos3_copy.jpg

Comments are closed.

error: Please email smile@dentist3.com for Content :)