Quality & Affordable Dentistry in Malaysia

Memahami 10 persoalan yang kerap ditanya tentang rawatan ortodontik (pendakap gigi) di Malaysia

Posted by dentist3 in Dental Articles | 0 comments

Tentang artikel ini

Artikel ini akan memberikan fakta tentang braces di Malaysia – macam mana, dan kenapa anda memerlukannya, dan bagaimana ia berfungsi. Anda akan tahu apa yang boleh dicapai dan apa yang boleh dilakukan untuk pastikan rawatan anda berjalan lancar dan mendapat hasil yang optimum. Anda akan dapatjawapannya berdasarkan artikel ini dan banyak lagi :

Persoalan tentang braces di Malaysia

  • Apa itu ortodontik (braces)?
  • Apa keburukan masalah gigitan?
  • Kenapa gigi saya tak rata?
  • Bila waktu yang sesuai untuk memakai braces di Malaysia?
  • Rawatan jenis apa yang saya perlukan?
  • Bagaimana braces berfungsi?
  • Bahagian- bahagian braces
  • Selepas memakai braces
  • Cara penjagaan braces
  • Tips memberus gigi

Ingat, info ini ialah secara am sahaja, setiap individu adalah unik dan berbeza. Dentist anda adalah orang terbaik untuk memberi nasihat pada anda tentang rawatan yang sesuai.

👉 BOOK BRACES NOW on WhatsApp : https://linktr.ee/dentist3cliniclist
LIKE 👍 Our Facebook Page (@dentistmalaysia) For Latest Dental Offers !
Special Packages for BRACES , CROWNS & BRIDGES , WISDOM TOOTH, SCALING & MORE
✅ Many 5⭐ ‘Star’ Customer Reviews
✅ Reputable Clinic(s) Established Since 1999 Onwards
✅ Gentle & Friendly Dentist & Nurses
✅ Quality Treatments at Affordable Prices

Apa itu ortodontik? (braces)

Ortodontik ialah cara rawatan istimewa yang dikhususkan bagi merawat/memnetulkan gigitan yang salah, atau masalah gigi yang tidak teratur. Kbanyakan dentist dah dilatih untuk memberikan rawatan ortho ni. Untuk kes yang lebih sukar,biasanya akan dilakukan oleh pakar ortodontik. Tak kisah lah siapa yang merawat anda, yang paling penting anda perlu mandaopatkan nasihat dari dentist anda dulu sebagai langkah pertama.

Apa keburukan masalah gigitan?

Bayangkan dua mata gergaji yang saling bersentuhan dan sepadan dengan satu sama lain seperti kepingan puzzle. Ini ialah bagaimana gigi atas dan bawah anda sepatutnya bertemu bila anda menutup mulut.

Jika gigi anda saling tak sepadan, bererti anda mempunyai masalah gigitan yang salah (atau maloklusi).

Gigitan yang salah ni bukan saja akan memjejaskan rupa anda. Ia akan menyukarkan anda untuk bercakap, menelan, dan mengunyah, dan mungkin juga akan membuatkan gigi anda cepat haus.

Selain itu, ia akan membuatkan gigi anda sukar untuk dibersihkan secara keseluruhan, yang akan menyebabkan kaviti, penyakit gusi, dan nafas berbau & kos untuk merawat gigi yang dah rosak disebabkan tak dibersihkan dengan betul ni akan lenih mahal berbanding kos untuk mendapatkan rawatan pendakap gigi di Malaysia.

Tentang gigi anda

Untuk memahami kenapa anda mempunyai masalah gigitan yang salah, ianya akan membantu untuk mengetahui tentang gigi anda dan bagaimana pertumnuhannya.

Gigi kita dipegang kukuh oleh tulang rahang di bahagian atas dan bawah, dibawah gusi anda ada satu bahagian yang dipanggil akar gigi, ini ialah bahagian yang memegang antara gigi dan tulang, dengan bantuan fiber dan ligamen.

Bahagian atas gigi yang dipanggil ‘crown’, ialah bahagian gigi yang boleh kita nampak.
Bahagian atas gigi yang dipanggil ‘crown’, ialah bahagian gigi yang boleh kita nampak.

Bahagian gigi anda

Tulang di bahagian muka kita akan melalui banyak perubahan. Walaupun gigi kelihatan dan rasa seperti tulang, perkembangan nya tak sama seperti tulang. Tulang akan terus tumbuh selagi kita masih dalam proses tumbesaran. Tapi ‘crown’ gigi akan mencapai saiz maksimum sebelum ia tumnuh keluar dari gusi lagi, atau tumbuh didalam mulut kita. Gigi depan dan geraham (warna biru dalam rajah)ialah gigi kekal pertama yang akan tumbuh. Mereka akan tinggalkan ruang secukupnya untuk gigi kekal yang lain tumbuh keluar nanti. Jika gigi tidak muat untuk tumbuh diruang yang telah disediakan itu, gigitan yang salah akan terhasil.

👉 BOOK BRACES NOW on WhatsApp : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Budak perempuan ni masih mempunyai gigi susu (warna pink dalam rajah). gigi depan dan gigi geraham pertamanya dah tumbuh, tapi belum semua gigi kekal (warna biru dalam rajah) dah tumbuh.
Budak perempuan ni masih mempunyai gigi susu (warna pink dalam rajah). gigi depan dan gigi geraham pertamanya dah tumbuh, tapi belum semua gigi kekal (warna biru dalam rajah) dah tumbuh.

Apa itu masalah gigitan?

Gigitan yang betul ialah apabila gigi depan agak bertindih, dan bahagian atas gigi bawah sepatutnya menyentuh bahagian dalam gigi atas.

‘Overjet’ ialah keadaan dimana jarak antara gigi ialah secara melintang. ‘Oevrbite’ pula ialah apabila masalah gigi terjadi secara menegak.
‘Overjet’ ialah keadaan dimana jarak antara gigi ialah secara melintang. ‘Oevrbite’ pula ialah apabila masalah gigi terjadi secara menegak.

Jika gigi depan terlalu ke bawah, ia di panggil ‘deepbite’. ‘Crossbite’ pula akan terjadi apabila saiz rahang bawah tak sepadan dengan saiz rahang atas, dan sebahagian dari gigi bawah berada di luar/berlapis dan gigi atas bila kita menggigit. Keadaan macam ni agak biasa terjadi di Malaysia.

‘Crossbite’ ialah seperti keadaan dimana kita cuba untuk  menutup kotak, tetapi kotak itu lebih besar/panjang berbanding penutupnya, jadi tak kira macam mana pun kita cuba, sebahagian penutup nya akan termasuk ke dalam kotak sedikit, dan tidak dapat ditutup dengan kemas.
‘Crossbite’ ialah seperti keadaan dimana kita cuba untuk  menutup kotak, tetapi kotak itu lebih besar/panjang berbanding penutupnya, jadi tak kira macam mana pun kita cuba, sebahagian penutup nya akan termasuk ke dalam kotak sedikit, dan tidak dapat ditutup dengan kemas.

Jenis gigitan apa yang saya mliki?

Ada banyak jenis masalah gigitan. Kebanyakkan nya boleh dibahagi dalam beberapa kumpulan dari kelas 1 hingga 3, bergantung pada keadaan gigi geraham pertama (warna biru dalam rajah) bertemu satu sama lain (atas dan bawah) bila mulut kita ditutup. 

Sistem ini digelar ‘Angle’s cl;assification’, dinamakan sempena pakar ortodontik terawal di Amerika, Edward H. Angle.

Ingat, bukan setiap masalah gigitan sama. Masalah anda mungkin tidak terbahagi dalam mana – mana kumpulan.

Kelas I: rahang berada di posisi yang betul tapi gigi tidak rata.
Kelas I: rahang berada di posisi yang betul tapi gigi tidak rata.
Kelas II: rahang atas terlalu terkeluar, dan menyebabkan keadaan ‘gigi jongang’ terjadi.
Kelas II: rahang atas terlalu terkeluar, dan menyebabkan keadaan ‘gigi jongang’ terjadi.
Kelas III: rahang bawah terkeluar banyak, menyebabkan masalah gigitan yang dipanggil ‘underbite’
Kelas III: rahang bawah terkeluar banyak, menyebabkan masalah gigitan yang dipanggil ‘underbite’

Kenapa gigi saya senget/tak rata?

Ada banyak penjelasan yang mungkin tentang gigitan tak rata ni. Antaranya ialah :

Gigi keluar bukan pada masanya

Kebanyakan orang akan tumbuh gigi pada masa yang tertentu / spesifik. Kadang-kadang gigi tak tumbuh dalam turutan yang sepatunya. Gigi kekal yang tumbuh terlalu awal akan mengambil ruang gigi kekal yang lain sehingga terjadinya masalah tak cukup ruang di masa hadapan. Gigi kekal yang tumbuh terlalu lambat pula tidak ada ruang untuk tumbuh.

Tidak cukup ruang dalam rahang

Kalau ruang dalam rahang yang ditinggalkan untuk gigi kekal dan gigi susu terlalu kecil, pertumbuhan sesetengah gigi mungkin akan terhalang. Ilustrasi ini akan menunjukkan bagaimana gigi kekal tumbuh dan seterusnya meninggalkan ruang untuk gigi kekal lain tumbuh keluar. Jikja ruang ini terlalu kecil, gigi lain akan memaksa untuk keluar juga walaupun dalam keadaan senget atau kedudukan yang aneh. Akan tetapi, jika ruang yang ditinggalkan terlalu besar pula, gigi akan jadi jarang. Keadaan ni selalu terjadi di Malaysia.

👉 BOOK BRACES NOW on WhatsApp : https://linktr.ee/dentist3cliniclist
LIKE 👍 Our Facebook Page (@dentistmalaysia) For Latest Dental Offers !
Special Packages for BRACES , CROWNS & BRIDGES , WISDOM TOOTH, SCALING & MORE
✅ Many 5⭐ ‘Star’ Customer Reviews
✅ Reputable Clinic(s) Established Since 1999 Onwards
✅ Gentle & Friendly Dentist & Nurses
✅ Quality Treatments at Affordable Prices

Jika gigi tidak keluar pada waktu yang tepat, atau tak cukup ruang dalam rahang anda, gigi mungkin akan tumbuh senget.
Jika gigi tidak keluar pada waktu yang tepat, atau tak cukup ruang dalam rahang anda, gigi mungkin akan tumbuh senget.

Anda mempunyai gigi yang berlebihan

Gigi extra akan memakan ruang, menyebabkan gigi lain tumbuh secara berlapis.

Gigi geraham berada di posisi yang salah

Gigi mempunyai bahagian atas (tips/cusps), dengan jurang diantara setiap gigi (seperti mata gergaji yang kita bincangkan tadi). bahagian atas gigi bawah perlu muat dengan jurang pada gigi atas. Seperti zip yang rosak, jika bahagian atas gigi dan jurang di antara gigi bagi gigi geraham pertama tidak sepadan, gigi yang lain juga akan ikut menjadi tak rata. Kadang kadang gigi geraham akan lari banyak dari kedudukan asalnya sampaikan bahagian atasnya bertemu dengan gigi lain yang tak sepatutnya.

Anda ada kehilangan gigi

Kadang kadang gigi kita tak tumbuh tanpa sebarang sebab pun. Jika ini terjadi,akan ada banyak ruang lebihan dan gigi yang baru tumbuh mungkin akan bergerak untuk mengisi ruang kosong yang berlebihan tu.

👉 BOOK BRACES NOW on WhatsApp : https://linktr.ee/dentist3cliniclist
LIKE 👍 Our Facebook Page (@dentistmalaysia) For Latest Dental Offers !
Special Packages for BRACES , CROWNS & BRIDGES , WISDOM TOOTH, SCALING & MORE
✅ Many 5⭐ ‘Star’ Customer Reviews
✅ Reputable Clinic(s) Established Since 1999 Onwards
✅ Gentle & Friendly Dentist & Nurses
✅ Quality Treatments at Affordable Prices

Gigi anda terlalu besar atau terlalu kecil untuk rahang anda

Gigi kekal ada kalanya terlalu besar atau terlalu kecil untuk rahang kita. Contohnya, jika anda mewarisi rahang yang kecil dari ibu, dan gigi yang besar dari ayah, mungkin akan terjadi masalah tidak cukup ruang untuk semua gigi anda tumbuh dengan teratur.

Selain itu, kalau saiz gigi kita tak sesuai, bahagian atas gigi tidak akan padan dengan jurang di antara gigi yang berlawanan. 

Gigi kanak kanak ini terlalu kecil untuk rahangnya.

Anda mungkin ada tabiat buruk

Menghisap jari boleh menyebabkan gigi atas kita tertolak keluar dan gigi bawah termasuk ke dalam, seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Bernafas melalui mulut, atau menekan lidah pada gigi depan (tongue thrusting) akan menolak kedua gigi ats dan bawah kita menjadi leboh berjarak (dalam kotak di dalam rajah dibawah). kedua dua tabiat boleh menyebabkan masalah ‘openbite’.

Kehilangan gigi tanpa sengaja

Kecederaan pada muka boleh mengubah tumbesaran tulang seseorang, dan menyebabkan gigi menjadi tak rata/senget. Gigi yang terserpih atau hilang akan mengganggu proses pertumbuhan rahang dan gigi kita juga. Malangnya, kehilangan gigi seperti ini biasa terjadi di Malaysia.

Gigi menyerong ke tepi disebabkan kehilangan satu gigi geraham
Gigi menyerong ke tepi disebabkan kehilangan satu gigi geraham

Bila masa yang tepat untuk memakai braces?

Tiada umur yang ‘tepat’ untuk memakai braces, dan kebanyakan masalah gigitan boleh dibaiki tanpa mengira umur. Masa yang paling tepat untuk braces akan ditentukan oleh dentist anda. Kebanyakan orang mula mendapatkan rawatan ortodontik pada seawal umur belasan, sebelum mencecah 20-an, tapi sebenarnya umur berapa pun boleh mendapatkan rawatan braces ni.

Untuk pemeriksaan ortodontk, biasanya bermula seawal umur 6-7 tahun, bila gigi kekal pertama keluar. Selain tu, umur 10-12 juga adalah masa yang paling sesuai untuk pemeriksaan prtodontik kerana gigi kekal biasanya akan selesai tumbuh pada usia ni.

Sesetengah kanak kanak yang mempunyai masalah pertumbuhan gigi boleh mendapatkan pemeriksaan seawal usia 2-3 tahun.

Kadang kadang, ada kanak kanak yang akan menerima rawatan seawal umur 8-10 tahun, dan tak perlu mendapatkan rawatan braces lagi dah di masa hadapan. Ada juga dimana dentist akan pakaikan braces bagi pesakit yang masih mud supaya rawatan yang diperlukan di mada hadapan adalah lebih mudah dan memakan masa lebih pendek (rawatan interseptif).

Apa yang boleh saya jangkakan dari rawatan ortodontik?

Perkara pertama yang dentist anda akan lakukan ialah memeriksa gigi, rahang, dan muka anda. Jika anda mempunyai masalah gigitan, pakar ortho/dentist perlu mengkaji  gigitan anda dengan lebih teliti. Untuk lakukan ni, gambaran gigi, rahang dan kepala anda dari pelbagai sudut berbeza akan diperlukan. Jadi dentist perlu mengambil gambar gigi dan muka, serta xray gigi dan kepala anda, dan membuat acuan gigi anda. Semua prosedur ni tidak menyakitkan pun.

Kenali struktur mulut kita dengan lebih baik

Anda biasanya akan diminta untuk gigit atas satu bahan yang lembut untuk gigitan anda diukur. Kemudian dentist akan tuang kan satu lapisan untuk menghasilkan replika dari gigitan anda. Model plaster ni (seperti rajah dibawah) akan jadi bahan yang penting bagi dentist kerana ia merupakan rekod di mana sebelum gigi anda menerima rawatan ortodontik. Gambar gigi, muka dan profil and ajuga akan membantu dentist untuk merancang rawatan dan perkembangan rawatan anda.

Dentist akan guna model plaster untuk merancang dan melihat perkembangan dari pergerakan gigi anda semasa rawatan braces.
Dentist akan guna model plaster untuk merancang dan melihat perkembangan dari pergerakan gigi anda semasa rawatan braces.
X-rays show the dentist whether you have any cavities, missing teeth, or problems with the roots and bones. The X-ray of the head reveals any problems with the way your teeth or the bones of the upper and lower jaws have developed.
Xray boleh memudahkan dentist untuk melihat samada anda mempunyai kaviti, gigi yang hilang, atau masalah dengan akar gigi/tulang. Xray dibahagian kepala menunjukkan masalah gigi atau cara tulang rahang atas dan bawah berkembang.
Xray boleh memudahkan dentist untuk melihat samada anda mempunyai kaviti, gigi yang hilang, atau masalah dengan akar gigi/tulang. Xray dibahagian kepala menunjukkan masalah gigi atau cara tulang rahang atas dan bawah berkembang.

Pelan rawatan

Dentist akan menggunakan semua alatan ni untuk merangka pelan rawatan yang sesuai untuk jenis masalah gigitan anda. Ianya penting untuk anda tahu tentang apa yang dentist anda rancang dan apa yang nak dicapai dengan rawatan braces ni, dan bagaimana keadaan gigi anda di akhir rawatan nanti.

Anda juga patut tahu tempoh rawatan anda. Tapi ingat, biasanya itu cuma anggaran. Ada banyak perkara yang boleh menyebabkan tempoh rawatan anda menjadi panjang dari yang sepatutnya, tapi ada juga perkara yang boleh memendekkan tempoh rawatan, termasuklah kerjasama anda, contohnya, dengan menggosok gigi dengan bersih dan betul.

Jenis braces apa yang saya perlukan?

Dentist anda akan memilih jenis braces yang terbaik untuk keadaan gigi anda. Jenis rawatan akan berdasarkan samada gigi atau rahang yang perlu dibetulkan, atau keduanya.

Jika masalah gigitan anda disebabkan oleh posisi gigi didalam rahang, biasanya dentist akan memilih rawatan braces.

Memberi ruang untuk braces anda

Kadangkala, jika gigi anda terlalu rapat antara satu sama lain, dentist mungkin perlu membuat ruang di antara gigi anda supaya braces boleh muat untuk dipasang. Untuk melakukan ni, dentist akan menggunakan ‘separator’ atau ‘spacers’, yang diperbuat daripada getah atau besi. ‘Spacers’ mungkin akan menyebabkan rasa kurang selesa untuk beberapa hari sementara anda biasakan diri dengan nya.

‘Spacers’ yang diperbuat dari wayar, bertindak seperti spring. Ia akan menolak gigi anda untuk membuat ruang yang cukup bagi braces untuk dipasang.
‘Spacers’ yang diperbuat dari wayar, bertindak seperti spring. Ia akan menolak gigi anda untuk membuat ruang yang cukup bagi braces untuk dipasang.

Bahagian – bahagian braces anda

Bahagian yang paling ketara pada braces anda ialah besi berbentuk empat segi yang dipanggil ‘bracket’.bracket ni selalunya di gam pada gigi anda. Seperti trek tren yang memastikan tren sentiasa di tempat nya, bracket ni memegang wayar utama (yang di panggil archwire) ditempatnya. Wayar yang lenih kecil atau getah elastik akan mengetatkan archwire pada bracket. Jika bracket tak disimen kan pada gigi terus, ia akan diletkan pada band (gelung) besi yang akan diletakkan pada keliling gigi anda. Biasanya band I akan diletakkan pada gigi geraham pertama.

Biasanya di klinik gigi di Malaysia, dentist akan bagi anda pilih warna band anda sendiri.

The various parts of your braces
Komponent Pendakap Gigi

Lepas dah letakkan semua alatan ni di tempatnya, dentist akan tambah getah, atau wayar yang lebih kecil untuk menekan gigi. Jika anda menggunakan getah, anda boleh letak dan buka getah ni sendiri. Dentist akan tunjukkan caranya pada anda dan berikan bekalan getah untuk anda gunakan setiap hari.

Bracket ni akan dilekatkan pada gigi, dan archwire akan dipegang oleh getah elastik warna biru (dalam rajah).
Bracket ni akan dilekatkan pada gigi, dan archwire akan dipegang oleh getah elastik warna biru (dalam rajah).
The brackets fastened to the bands on your molar are different from the other brackets. This bracket has a hook for rubber bands.
Bracket ni diletakkan pada ‘molar band’ dan berbeza berbanding bracket lain. Ia mempunyai cangkuk utk getah dipasang padanya.
Kalau anda gunakan ‘headgear’braces anda akan ada tiub headgear istimewa dimana headgear tu boleh dilekatkan.
Kalau anda gunakan ‘headgear’braces anda akan ada tiub headgear istimewa dimana headgear tu boleh dilekatkan.

Bagaimana braces berfungsi?

Braces berfungsi dengan cara meletakkan tekanan pada gigi, menggerakkan nya secara perlahan lahan dan lembut ke posisi baru. Ini boleh dilakukan kerana tulang, walaupun keras, ia sebenarnya fleksibel. Bila gigi di tolak ke arah yang tertentu, tulang dinahagian depan akan memberi ruang pada tekanan dan memboleh kan tulang baru untuk mengisi ruangan yang dah disediakan tu.

before , during and after treatment

Setiap wayar dan getah braces kita berfungsi seperti spring – jika kita tarik dan kemudian lepas kan nya, ia akan kembali ke posisi asal. Dentist akan menggunakan daya tekanan ni untuk menggerakkan gigi anda. Wayar dan getah akan ditarik dan ditegangkan, dan ia akan kembali ke posisi asal semula, ia akan mengenakan tekanan yang bersesuaian, membolehkan gigi anda untuk bergerak.

Masalah – masalah gigi

Untuk gigitan yang betul, rahang atas dan bawah perlu mempunyai jumlah gigi yang sama. Jika anda ada kehilangan gigi disebabkan ada gigi yang memang tak tumbuh dengan sendiri nya, atau ada terlibat kemalangan dan gigi patah, dentist akan gantikan gigi yang hilang tu. Gigi ganti ni akan dilekatkan sekali dengan retainer, plastik yang boleh dibuka dan wayar yang akan dilekatkan pada lelangit anda. Dengan cara ni, gigi sebelah twmpat kosong tu tak akan menyerong ke tempat kosong tu.

Kadang – kadang ada gigi yang lebih kecil berbanding gigi lain. Ini terjadi selalunya dengan gigi yang bersebelahan dengan gigi depan. Dentist boleh menggunakan jenis plastik yang istimewa untuk membuat acuan gigi ganti yang ‘baru’ tu, dan tak ada orang yang akan perasan pun perbezaannya. Prosedur ni dikenali sebagai ‘bonding’. ini bukan je nampak lebih baik, tapi juga dapat mengekalkan gigi sebelah di tempat asalnya.

Before Bonding
Sebelum ‘bonding’
After Bonding
Selepas ‘bonding’

Masalah rahang

Mempunyai masalah gigitan tak bermaksud secara automaik nya ada masalah dengan gigi anda. Cuba bayangkan mesin dengan gear yang berpadanan antara satu sama lain, tapi di letakkan di tempat yang salah. Jadi gear tu tak akan boleh bergerak, dan mesin pun tak boleh berfungsi. Situasi ni sama lah dengan keadaan gigi kita yang mungkin berada di posisi yang betul, saiz juga sesuai, tapi ada masalah dengan rahang, jadi gigi anda tak dapat di gerakkan dengan betul. Dentist boleh menggunakan jenis alatan yang berbeza untuk mengawal pergerakan rahang anda.

Pembantu braces anda (jarang digunakan sekarang)

Apa – apa alatan yang anda pakai diluar mulut digelar sebagai ‘extraoral appliance’ – alatan oral tambahan’ : salah satu dari yang paling biasa digunakan ialah ‘headgear’ – gear kepala. Akan tetapi, headgear ni jarang digunakan di Malaysia dan asia. Ada sesetengah orang yang gelar headgear ni sebagai ‘night brace’ – pendakap gigi malam, kerana selalunya ia akan dipakai di waktu malam semasa anda tidur. Headgear selalunya dilekat kan pada bands di sekeliling gigi geraham kita.

Ada banyak jenis headgear yang berbeza, tapi semuanya menggunakan tekanan dari luar untuk menggerakkan gigi kita. Sesetengah orang akan memounyai ‘strap’ – tali pengikat, yang akan melilit sekitar atad dan belakang kepala anda (high pull), dan sesetengah yang lain akan mempunyai tali pengikat ni di bahagian leher.

headgear tube
‘Tiub headgear’
‘High pull headgear’ boleh digunakan untuk menarik gigi ke atas dan ke belakang, untuk menghalang ia dari membesar lagi.
‘High pull headgear’ boleh digunakan untuk menarik gigi ke atas dan ke belakang, untuk menghalang ia dari membesar lagi.
‘High pull headgear’ boleh digunakan untuk menarik gigi ke atas dan ke belakang, untuk menghalang ia dari membesar lagi.
‘High pull headgear’ boleh digunakan untuk menarik gigi ke atas dan ke belakang, untuk menghalang ia dari membesar lagi.
‘Cervical headgear’ boleh digunakan untuk menarik gigi ke belakang, untuk menghalang ia dari membesar lagi.
‘Cervical headgear’ boleh digunakan untuk menarik gigi ke belakang, untuk menghalang ia dari membesar lagi.
‘Cervical headgear’ boleh digunakan untuk menarik gigi ke belakang, untuk menghalang ia dari membesar lagi.
‘Cervical headgear’ boleh digunakan untuk menarik gigi ke belakang, untuk menghalang ia dari membesar lagi.

Alatan lain (juga jarang di gunakan sekarang)

Alatan lain yang anda akan pakai di luar dari mulut termasuklah topeng muka dan cup dagu (chin cups). Jika rahang atas anda tak membesar sama pantas dengan rahang bawah anda, topeng muka ‘face mask’ (seperti dalam rajah) akan digunakan untuk mengenakan tekanan pada dahi dan dagu anda seterusnya menyamaratakan proses pembesaran rahang atas dan bawah anda.

A Face mask
‘Face mask’ – topeng muka

Kalau rahang bawah anda terlalu panjang, dentist anda munkin akan minta anda untuk mengguanakan ‘chip cup’ untuk mengehadkan pembesaran rahang anda. Ia menarik dagu anda keatas dan ke belakang secara lembut, memperlahankan proses pembesaran nya.

Ia penting untuk mengikuti arahan dentist anda. Ingat, lenih kerap anda memakai alatan ni, lebih bagus lah fungsi nya.

Melebarkan rahang atas yang kecil

Walaupun gigi anda tak ada masalah, rahang anda mungkin terlalu kecil, menyebabkan anda ada masalah gigitan. Dentist anda perlu menggunakan alatan untuk meluaskan bahagian lelangit mulut anda. Ini berfungsi dengan cara menolah gigi atas anda berjarak dari satu sama lain. Semasa ini terjadi, tulang baru akan terbentuk di bahagian lelangit mulut anda, membuat rahang atas anda menjadi lebih lebar.

Pembentukan tulang baru ni biasanya mengambil masa 1-2 bulan untuk terbentuk, dan rahang atas akan diletakkan dalam posisi untuk dilebarkan selama 3-5 bulan.

Expansion Appliance
Alatan expansion

Alatan ‘expansion’ – yang digunakan untuk melebarkan nahagian rahang atas, selalunya akan dipasang semuat nya pada lelangit anda  seperti retainer. Ia melekat pada gigi di sisi mulut anda. Dengan membetulkan tahap kelebaran alatan tu, dentist mampu menolak kedua dua sisi rahang atas anda menjadi lebih luas.

Prosedur ni paling sesuai dilakukan pada kanak – kanak yang berumur 7-15 tahun, yang masih sedang membesar.

Membaiki tabiat atau masalah gigitan

Alatan – alatan akan berfungsi dengan tekanan semulajadi yang terhasil dari otot anda, dan akan mempengaruhi cara rahang anda tumbuh atau memperbaiki masalah yang spesifik. Ia digunakan untuk membaiki banyak jenis masalah, dan boleh dipakai sebelum, semasa, atau selepas pemakaian braces. Contohnya, jika anda ada tabiat yang boleh mempengaruhi cara gigi dan rahang anda membesar, dentist akan menyediakan satu cara untuk membaiki tabiat anda, dengan mengingat kan anda untuk tidak menggigit bibir atau menghisap ibu jari.

Habit Corrector
’Habit corrector’

Dentist akan berikan anda satu alat untuk dipakai (semasa tidak makan) yang akan membantu gigi anda apabila anda menggigit, untuk memastikan rahang anda berasa di posisi yang betul.

Walaupun dengan menggunakan alatan – alatan ni mampu menyelesaikan banyak masalah, ada seseengah masalah gigitan hanya dapat dibaiki melalui pembedahan sahaja. Untuk kebanyakan orang, hasil dari rawatan braces dan surgeri memang sangat mengagumkan.

‘Bite corrector’
‘Bite corrector’

Selepas pemakaian braces

Mematuhi temujanji

Salah satu perkara paling penting dalam rawatan braces ialah memastikan yang anda berjumpa dengan dentist atau pakar ortho mengikut waktu yang ditetapkan. Temujanji ni bukan sahaja untuk pemeriksaan biasa, ‘adjustment’ adalah penting dalam rawatan braces ni. Ada ramai orang Malaysia yang beranggapan mereka hanya perlu datang beberapa bulan sekali sahaja.

Memberus gigi dan flossing (benang gigi)

Jika anda perhatikan dengan teliti, anda akan dapat lihat ada ruang kecil di antara gigi anda dan wayar besi braces anda. Ruang ni mungkin nampak sangat kecil bagi anda, tapi ianya adalah punca utama penyebab bakteria punca kaviti untuk berkumpul, dan bagi bakteria ni, ruang tu seperti sebesar ‘Grand Canyon’. ia merupakan tempat yang paling sukar untuk di bersihkan.

Dentist anda akan berbincang dengan anda bagaimana caraya untuk anda memberus gigi dan floss, tapi ini ialah beberapa tips :

  • Reka satu sistem yang boleh meliputi gigi anda secara menyeluruh, contohnya, bermula dengan gigi geraham atas belah kiri dan berus keseluruhan tempat sampai ke gigi geraham bawah sebelah kanan. Mana – mana pun arah yang anda pilih, cuba ikuti sistem yang anda dah reka ni, dan jangan lupakan gigi belakang.
  • Periksa gigi anda di dalam cermin untuk lihat jika masih ada sisa – sisa makanan yang tersangkut di celah gigi atau celah braces.

Membersihkan gigi akan jadi lebih sukar dibandingkan sebelum anda memakai braces. Tapi dengan sedikit latihan, menjaga kebersihan gigi sambil memakai braces ni akan jadi mudah sahaja untuk anda.

Mulakan dengan berus gigi anda disengetkan menghala ke gigi,pastikan anda gosok bahagian gusi juga. Dengan gerakan seperti mengelap, berus bahagian luar gigi anda, pusingkan berus atas dan menghala ke luar dari gigi. (menghala ke bawah untuk gigi atas, dan menghala ke atas untuk gigi bawah).
Mulakan dengan berus gigi anda disengetkan menghala ke gigi,pastikan anda gosok bahagian gusi juga. Dengan gerakan seperti mengelap, berus bahagian luar gigi anda, pusingkan berus atas dan menghala ke luar dari gigi. (menghala ke bawah untuk gigi atas, dan menghala ke atas untuk gigi bawah).
Untuk  bahagian dalam gigi, gunakan hujung berus gigi.
Untuk  bahagian dalam gigi, gunakan hujung berus gigi.
Gunakan bahagian atas berus gigi anda untuk memberus bahangian atas. Kemudian kumur.
Flossing ialah lebih mencabar disebabkan archwire. Dentist anda akan menunjukkan cara floss menggunakan alatan yang digelar ‘floss threder’ ini membolehkan anda untuk menggunakan floss dibahagian bawah archwire.
Flossing ialah lebih mencabar disebabkan archwire. Dentist anda akan menunjukkan cara floss menggunakan alatan yang digelar ‘floss threder’ ini membolehkan anda untuk menggunakan floss dibahagian bawah archwire.

Cara penjagaan alatan (braces)

Kehidupan anda tak akan banyak berubah pun, tapi anda perlu lah melakukan seidkit pengorbanan kecil untuk memastikan gigi anda sihat, dan teratur.

Jika alatan anda jenis yang boleh dibuka pakai, pastikan anda simpan dalam bekas yang disediakan bila anda tidak memakainya. Jika anda membungkusnya dengan tuala atau tisu, mungkin akan tersilap sangka yang ia adalah sampah dan kemudiannya di buang.

Kenapa saya tak boleh…

Makan pocorn? Makanan yang keras seperti popcorn, kacang, kerepek dan ais kiub boleh merosakkan atau mematahkan / memecahkan braces anda. Anda masih boleh makan makanan yang rabgup seperti epal dan lobak merah, tapi pastikan anda potong kepada kepingan kecil terlebih dahulu. Jagung seeloknya dicabut dari tongkol nya dulu sebelum anda makan.

Kunyah gula – gula getah? Makanan yang melekit dan gula – gula getah (meskipun gula getah tanpa gula) boleh tersangkut pada braces and mebuatkannya longgar

Makanan yang perlu dielakkan semasa memakai braces
Makanan yang perlu dielakkan semasa memakai braces
Always a good idea to wear a mouth guard while playing sports
Sentiasa memakai ‘mouthguard’ semasa bersukan

Bersukan?? boleh! Tapi tak kisah lah amda memakai braces atau pun tidak, ianya sentiasa digalakkan untuk anda memakai ‘mouthguards’ semasa bermain sukan yang lasak.

Bagaimana kalau braces saya patah/tercabut?

Segera berjumpa dentist anda, atau sekurang – kurangnya buat temujanji dan beritahu mereka apa yang terjadi. Jika wayar tu longgar dan mencucuk bahagian dalam mulut anda, cuba bengkok kan perlahan – lahan. Tapi kalau tak boleh, anda boleh letak kan ‘wax’ pada tempat tu sampai lah tarikh untuk anda berjumpa dentist.

Mengekalkan kedudukan gigi anda

Selepas anda buka braces, anda akan di minta utuk memakai retainer untuk memastikan gigi anda sentiasa berada di posisi yang baru yang dah lurus itu sehingga lah tulang baru anda betul – betul keras.

Dentist anda akan menentukan berapa lama anda perlu memakai retainer.

Anda boleh membuka retainer semasa makan, dan memberus gigi dan floss. Ianya penting untuk anda sentiasa memakai retainer ni selama yang boleh dan menjaganya dengan baik. Anda perlu mencuci retainer juga semasa memberus gigi untuk mengekalkan kebersihannya.

Retainer di dalam kotak
Retainer di dalam kotak

Jawapan untuk soalan yang kerap ditanya tentang braces

Sakit ke pakai braces?

  • Bukan rasa sakit yang sama macam lutut yang terluka atau kuku yang patah. Gigi anda mungkin akan rasa sengal / lenguh, dan makan mungkin akan rasa susah berbanding sebelum pakai braces untuk beberapa hari pertama selepas setiap lawatan ke dentist. Tapi rasa tu akan makin kurang hari demi hari. Biasanya,kalau rasa tak tahan, boleh ambil ubat tahan sakityang ringan untuk kurangkan rasa tak selesa tu.

‘Adakah spacers menyakitkan?

  • Mungkin akan ada rasa sakit sedikit, tapi boleh ambil ubat tahan sakit yang ringan juga.

Macam mana kalau saya tak nak pakai braces dan tak nak luruskan susunan gigi saya?

  • Anda tak akan kebulur pun — ada banyak jenis makanan yang boleh dimakan tanpa perlu di kunyah betul – betul pun! Tapi anda akan perasan yang dengan gigi yang tak tersusun dan masalah gigitan, ia akan jadi lebuh sukar untuk memberus dan membersihkan gigi anda. Ini boleh menyebabkan kerosakan gigi dan masalah mulut yang lain lagi, seperti gusi bengkak dan berdarah, serta nafas berbau. Kelebihan yang anda akan dapat dari mampu mengunyah makanan dengan baik dan gigi yang tersusun rapi ialah, mulut yang sihat, dan senyuman yang menarik, memang berbaloi waktu dan usaha anda.

Apa lagi kelebihannya?

  • Kesihatan dan kebersihan mulut lebih mudah di jaga, percakapan kita lebih bagus kedengaran, dan gigi pun akan lebih tahan lama. 
  • Retainer ialah wayar atau plastik yang boleh di buka pakai yang muat dengan gigi anda. Ia perlu di pakai selepas anda bukak braces. Walaupun gigi anda dah berada di posisi yang tersusun, tapi tulang mungkin belum kekal sepenuhnya di tempat tu. Jadi fungsi retainer ialah untuk mengekalkan posisi gigi di tempat yang betul sehingga lah tulang anda dah cukup keras dan tak akan bergerak lagi.

Apa itu retainer dan kenapa saya perlu memakainya?

  • Anda boleh buka braces semas makan,selain dari tu, anda perlu pakai retainer ni sepanjang masa untuk pastikan gigi anda kekal tersusun.

Boleh saya pakai ‘invisible braces’ – braces lutsinar?

  • ‘Invisible braces’ialah braces yang di lekatkan pada gigi anda, atau braces yang diperbuat daripada bahan invisible – lutsinar. Rawatan ni biasanya makan masa lebih panjang dan kos nya juga lebih tinggi. Samada invisible braces seuai untuk anda atau tak, itu bergantung pada keadaan gigi anda.
  • Kadang – kadang braces jenis ni tak cukup kuat untuk membaiki sesetengah jenis masalah gigitan, dan braces besi ialah lebih sesuai untuk anda.

Berapa lama saya perlu pakai braces?

  • Itu bergantung pada berapa teruk keadaan gigi anda. Dentist anda biasanya akan beri kan jangka masa yang mungkin anda akan ambil sebelummemulakan rawatan, tapi selalunya, rawatan untuk gigitan yang bermasalah akan ambil masa lebih kurang 2 – 3 tahun. Tapi dengan teknologi terkini, dan bahan – bahan jenis baru yang di import ke Malaysia, masa rawatan kini mampu di singkatkan.

Kenapa saya perlu memakai getah (rubber bands)?

  • Getah ni membantu menggerakkan gigi secara individu atau beberapa gigi sahaja untuk membaiki gigitan anda. Anda boleh memakai dan buka getah ni sendiri semasa makan. Jika anda memerlukan getah ni, dentist anda akan bekalkan secukupnya dan ajar cara pemakaian nya.

Perlu ke saya pakai ‘night brace’?

  • Alatan jenis ni biasanya tak selalu digunakan, dan sesetengah dentist tak menggunakan nya langsung pun. Tujuan utama nya ialah untuk memperbetulkan gigi yang senget dengan mengenakan tekanan pada gigi. Jika anda memakai ‘night brace’ ni, ianya sangat penting untuk anda bekerjasama dengan dentist dan sentiasa memakai nya pada waktu yang dah di tetap kan. Akan tetapi, yang selalu digunakan di Malaysia ialah retainer yang anda perlu pakai sepenuh masa pada tahun pertama dan hanya pada waktu malam di tahun – tahun yang seterusnya.

Boleh ke gigi saya diluruskan dengan hanya retainer atau braces yang boleh dibuka pakai?

  • Sesetengah pesakit hanya perlukan baiki sedikit saja dari keadaan gigi asal mereka, dan bagi kes macam ni, retainer atau braces yang boleh dibuka pakai boleh di gunakan. Dentist anda lebih tahu bila dan di mana untuk menggunakan alatan – alatan ni.

Berapa lama saya perlu memakai retainer?

  • Bergantung pada keadaan gigi anda. Dentist anda akan beritahu tempoh yang anda perlu kan untuk memakai retainer ni.

Berapa kerap saya perlu ke dentist  selepas braces dibuka?

  • Pada awalnya, anda mungkin perlu berjumpa dentist 4 – 6 minggu sekali, tapi lepas tu boleh dijarakkan sedikit ke 4 – 6 bulan sekali. Dentist akan periksa retainer anda dan pastikan gigi anda tak bergerak ke kedudukan asal semula. Biasanya dentist di Malaysia akan kekalkan jadual perjumpaan macam ni untuk beberapa tahun.

Bila saya pakai braces, perlu ke saya ikut tabiat diet yang ketat?

  • Bukan lah betul – betul perlu berdiet. Tapi dentist anda akan minta anda untuk mengelakkan makanan yang terlalu keras dan melekit, dan gula – gula. Contohnya : ikan bilis, kacang, muruka, ais kiub, tulang, dodol , popcorn (bertih jagung), karamel dan sebagainya. Jika anda memakan makanan macam ni, braces anda mungkin akan pecah / patah atau tercabut dan memerlukan anda untuk memakainya untuk masa yang lebih lama lagi. Juga, memakan gula – gula boleh meningkatkan risiko mendapat kaviti semasa rawatan ortodontik.

Adakah braces akan menyebabkan saya mendapat kaviti?

  • Tidak, jika anda mengikut arahan dentist dengan betul.

Adakah saya akan ambil masa sejam untuk menggosok gigi?

  • Tidak. Ia akan ambil lebih lama sedikit berbanding sebelum anda memakai braces, terutamanya masa mula memakai braces, sambil anda belajar  cara untuk membersihkan gigi dengan betul dan menggunakan alatan – alatan yang sepatutnya. Biasanya, untuk dentist di Malaysia yang tipikal, kami akan menyarankan andauntuk memberus sekurang – kurang nya 5 minit setiap kali memberus gigi.

Adakah saya perlu mencabut gigi?

  • Kadang – kadang dentist akan perlu mencabut beberapa gigi susu anda untuk beri ruang pada gigi kekal untuk tumbuh. Juga, jika kedudukan gigi anda terlalu padat, mungkin ada gigi kekal anda yang perlu dicabut juga.

Jiks braces saya patah / pecah, perlu ke saya mulakan rawatan dari awal semula?

  • Tidak, tapi jika anda perasan ada bracekt atau bends yang longgar atau patah, cepat – cepat beritahu dentist anda.

Selepas rawatan ortodontik, perlu ke saya mencabut gigi bongsu?

  • Tak semua gigi bongsu ada ruang yang cukup untuk tumbuh sepenuhnya dalam mulut kita selepas rawatan ortodontik. Jika denitst anda fikir yang gigi bongu anda akan menyebabkan masalah, mereka mungkin akan menyarankan anda untuk mencabut gigi bongsu tu. Kadang – kadang dentist anda akan menyarankan gigi bongsu tu untuk dicabut sebelum rawatn braces bermula.

Adakah rawatan ortodontik mahal?

  • Mendapatkan rawatan braces bererti menyingkirkan keperluan untuk mendapatkan rawatn lain di masa hadapan yang lebih mahal. Malahan, masalah gigitan jika dibaiki dari awal, kesan secara fiskikal dan psikologikal akan dapat dikekalkan seumur hidup. Adi, walaupun anda rasa macam rawatan braces ni mahal, tapi kelebihan yang anda akan dapat daripada nya akan dapat dirasai seumur hidup, menjadikan nya sangat berbaloi.

Berapa kos rawatan braces di Malaysia?

Berapa kos rawatan braces konventional di Malaysia bergantung pada dentist. Pakar Orthodontik biasanya akan kena kan caj yang lebih tinggi bermula dari RM7000 ke RM9000*.

Selalunya untuk klinik pergigian am, kos untuk onventional braces ialah antara RM6500 ke RM8500*. kos braces lutsinar atau braces seramik juga berganting pada klinik dan biasanya kos dari RM8000 ke RM12000*.

Tapi dah tentu lah,ini cuma anggaran sahaja dan cuma berdasarkan pendapat kami dan bukan berdasarkan kaji selidik.

*Ini ialah anggaran harga sahaja dan di lakukan tanpa apa – apa borang kaji selidik rasmi atau persatuan rasmi.

Kos braces konventional di Dentist3 bermula dari RM4xxx dengan deposit sebanyak RM8xx & bayaran ansuran bulanan RM200.

Jika braces saya tak berjaya, adakah saya akan perlukan surgeri?

Sesetengah jenis masalah gigitan adalah terlalu teruk dan tidak boleh dirawat menggunakan rawatan braces biasa sahaja. Dalam kes seperti ini, pakar ortodontik perlu bantuan dari pakar lain, yang dipanggil pakar bedah oral (mulut). nasib baik lah, kes yang teruk macam ni  jarang di jumpai, tapi bila ada kes macam ni yang terjadi, hasil yang anda boleh dapat dari braces dan surgeri memang mengagumkan.

Visit our Braces treatment Page here : https://dentist3.com/braces-pendakap-gigi-ortho-braces-murah/


Sourced from : “Understanding Braces” by Harold T. Perry, DDS, PhD • David P. Forbes, DDS, PhD
Edited by Dr Nicholas from Klinik Gigi Dentist3 (Puncak Alam, Selangor)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

error: Please email smile@dentist3.com for Content :)