Rawatan Implan Gigi / Tanam Gigi & Kos di Malaysia

Posted by dentist3 in Dental Articles | 0 comments

The Anatomy (Parts) of a Dental Implant
The Anatomy (Parts) of a Dental Implant

SILA KLIK PADA “READ MORE” UNTUK MEMBACA KESELURUHAN ARTIKEL

Fixed implant‐supported bridge
Fixed implant‐supported bridge
Fixed zirconia implant‐supported bridge
Fixed zirconia implant‐supported bridge

Behasrat untuk mendapatkan Implan Gigi ?

Maklumat Implan Gigi

Pada zaman sekarang, penggunaan implan gigi makin berleluasa di Malaysia dan ia adalah salah satu rawatan untuk penggantian gigi yang hilang.

Apakah maksud Implan / Tanam gigi ? 

Implan gigi adalah pengganti akar gigi yang selalunya diperbuat dari titanium. Terdapat pelbagai jenis sistem implan dan bila ia digunakan dengan cekap, ia akan menyampaikan rawatan yang sangat berkesan. Matlamat utama semasa tanam implan di dalam rahang adalah untuk mecapai kontak rapat sesama tulang di sekeliling dengan serta merta. Pertumbuhan tulang dari masa ke masa pada permukaan implan dapat mempertingkatkan kestabilan implan tersebut. Untuk menyumbangkan sokongan kepada gigi gantian, implan gigi selalunya mempunyai sejenis benang skru dalaman atau ruang pos untuk membolehkan pelbagai jenis komponen dipasang. Setelah dipasang, komponen ini akan memberikan asas yang akan bertahan untuk jangka masa yang panjang bagi meyokong sarung gigi, jambatan gigi atau gigi palsu.

In Malaysia, dental bridges are more commonly done to replace missing tooth compared to dental implants
In Malaysia, dental bridges are more commonly done to replace missing tooth compared to dental implants

Siapakah yang sesuai untuk menerima rawatan implan gigi ?

Implan gigi adalah sesuai untuk semua orang dewasa dengan kesihatan am yang baik. Implan gigi dapat digunakan setelah tulang rahang berhenti tumbuh. Oleh itu, ia tidak disarankan untuk pesakit yang terlalu muda. Tabiat seperti pengambilan minuman alkohol dan merokok dalam kadar yang terlalu tinggi dapat menyebabkan beberapa masalah berkaitan penyembuhan awal dan untuk jangka masa yang panjang, ia mungkin akan menyebabkan kesan buruk pada gusi dan tulang sekeliling setiap implan. Segelintir Doktor Gigi akan menolak rawatan implan gigi untuk pesakit yang tidak dapat mengurangkan tabiat merokok.

Walau bagaimanapun, setiap kes adalah berbeza dan jika anda mempunyai masalah kesihatan, anda disarankan untuk berbincang dengan doktor anda sebelum memulakan sebarang rawatan – hanya dalam beberapa keadaan sahaja masalah kesihatan menyebabkan anda tidak dapat menerima rawatan implan gigi.

TAKING X RAYS
TAKING X RAYS

Dental Implant Malaysia – Tanam Gigi . 种牙 Dentist3™ Clinics Uses Quality Dental Implants Imported from Korea Dental Implant
Careline : +60132348421
WhatsApp :
https://linktr.ee/dentist3
Dental implant treatment Link :
https://dentist3.com/dental-implant-malaysia/


Bagaimanakah untuk mengetahui jika anda sesuai untuk mendapatkan rawatan implan gigi ?

Pada sesi konsultasi pertama, Doktor Gigi anda akan memeriksa kebolehlaksanaan rawatan implan gigi. Anda perlu menjawab beberapa soalan terperinci berkenaan latar belakang kesihatan dan pemeriksaan keseluruhan akan dijalankan terhadap mulut, gusi dan gigi yang masih kekal untuk mengetahui tahap masalah pergigian semasa. Selalunya, x-ray dan acuan gigi akan diambil sebagai rekod supaya ia dapat diperiksa oleh Doktor Gigi anda selepas sesi konsultasi. X-ray dan acuan yang diambil dapat menentukan kedudukan optimum untuk implan gigi, bilangan implan yang dapat ditanam pada ruangan tersebut, kualiti dan isi padu tulang yang ada. 

Pengendalian kesihatan pergigian asas yang baik adalah peringkat utama dalam sebarang pelan rawatan. Dalam temujanji pertama, anda akan diberitahu mana-mana masalah yang utama dan perlu diselesaikan terlebih dahulu untuk menstabilkan masalah yang berkaitan dengan gusi dan gigi. Ia adalah munasabah untuk mendapatkan garis panduan tentang cara rawatan implan yang akan dijalankan untuk anda.

Adakah anda memerlukan kesihatan mulut yang bagus ?

Apabila anda mula-mula bertanya tentang implan gigi, ia selalunya sebagai tindak balas kepada kesedaran tentang masalah pergigian yang berterusan atau kehilangan gigi. Sebab utama masalah ini harus difahami dan dirawat sebelum memulakan rawatan implan. Jika anda mendapati anda mempunyai masalah nafas berbau, gigi longgar, atau mendapati gusi berdarah ketika rawatan cuci gigi, ini mungkin kerana anda mempunyai masalah gusi. Masalah gusi (Penyakit Periodontal), adalah penyebab utama kemerosotan tulang rahang. Dengan keadaan ini, rawatan implan gigi akan menjadi agak rumit tetapi tidak mustahil.

Missing Tooth
Missing Tooth
The dental implant vs a three‐unit bridge
The dental implant vs a three‐unit bridge

Berapa lamakah tempoh rawatan tanam gigi ini ?

Untuk kes rutin, dari pembedahan tanam implan untuk mendapatkan gigi gantian yang pertama, tempoh rawatan mungkin berbeza dari enam minggu dan enam bulan. Dengan adanya tulang rahang yang kukuh dan berkualiti, kita dapat mengurangkan tempoh rawatan. Manakala, tempoh yang lebih lama dari 6 bulan diperlukan untuk pesakit dengan tulang yang tidak mecukupi.

Apakah yang anda perlu tahu sebelum memulakan rawatan ?

Anda akan diberi ringkasan bertulis tentang perbincangan pelan rawatan dengan menekankan situasi semasa kesihatan pergigian anda dan cadangan alternatif selain implan gigi. Ringkasan ini juga akan merangkumi penjelasan tentang peringkat rawatan yang dijangkakan, bilangan implan yang diperlukan dan jangkaan kos rawatan. Mungkin juga terdapat isu lain yang khusus untuk kes anda dan ini akan ditangani dengan sewajarnya.

Implant & Abutment
Implant & Abutment

Berapa lamakah implan / tanam gigi akan bertahan ?

Sebaik sahaja implan dan tisu lembut di sekelilingnya didapati sihat dan gigi baru selesa dan diselaraskan dengan betul, kualiti perhatian peribadi anda terhadap kebersihan mulut dan kesediaan untuk menghadiri temujanji pemeriksaan gigi tahunan mempunyai pengaruh yang paling besar pada tempoh ketahanan implan tersebut. Apabila tidak dijaga dengan baik, satu lapisan keras dan lembut (kalkulus dan plak) akan membentuk sekeliling implan, yang hampir sama dengan yang terdapat pada gigi asli yang diabaikan. Jika tidak dirawat, keadaan ini boleh menyebabkan jangkitan gusi, pendarahan, sakit dan ketidakselesaan umum. Boleh dikatakan, implan gigi dapat bertahan sama seperti gigi asli. Implan yang dijaga dengan baik, ditanam ke dalam tulang yang mencukupi dijangka boleh bertahan selama bertahun-tahun dan mungkin juga seumur hidup anda. Walau bagaimanapun, seperti sarung gigi, jambatan gigi dan tampalan gigi, gigi yang disokong implan juga dijangka akan memerlukan penyelenggaraan dan pembaikkan dari masa ke masa.

Implant Supported bridge - with the "screw-holes" not covered yet
Implant Supported bridge – with the “screw-holes” not covered yet

Berapa bilangan gigi yang dapat disokong oleh implan ?

Implan gigi boleh digunakan untuk menggantikan satu atau beberapa gigi yang hilang. Semua bentuk penggantian gigi yang biasa, seperti jambatan gigi atau gigi palsu boleh disokong oleh implan gigi. Jika anda kehilangan hanya satu gigi asli, maka hanya satu implan yang diperlukan untuk menggantikan gigi tersebut. Walau bagaimanapun, ruang besar yang disebabkan oleh kehilangan dua, tiga atau lebih gigi tidak semestinya memerlukan satu implan setiap gigi; bilangan implan yang tepat bergantung kepada kualiti dan isipadu tulang di setiap tapak implan yang berpotensi. Pesakit yang mempunyai tabiat mengetap atau menggeser gigi mungkin berisiko membebankan implan mereka. Bagi kebanyakan orang yang mempunyai masalah bruxism, ia kerap berlaku semasa tidur dan ia merupakan salah satu sebab mereka tidak menyedarinya. Gigi yang haus atau rata, enamel yang retak, gigi yang kerap pecah adalah tanda-tanda klinikal bruxism yang paling biasa. Kesan bruxism perlu dipertimbangkan semasa perancangan rawatan dan masih boleh dilakukan dengan meletakkan implan tambahan, memilih bahan pemulihan yang sesuai dan menyediakan pelindung gigitan untuk dipakai pada waktu malam untuk melindungi gigi baru. Keadaan ini akan dibincangkan pada sesi konsultasi pertama serta dijelaskan dalam pelan rawatan.

Crown centred on the abutment
Crown centred on the abutment

Gambaran keseluruhan proses implan / Tanam Gigi

Rawatan implan biasanya melibatkan beberapa peringkat yang berlaku dalam tempoh masa dari tiga hingga sembilan bulan. Walaupun terdapat pelbagai kaedah rawatan implan, proses biasa selalunya termasuk:

  • Penilaian dan perancangan rawatan:

Pada sesi konsultasi awal, selepas perbincangan penuh tentang semua alternatif, Doktor Gigi akan menilai kebolehlaksanaan untuk menyediakan rawatan implan. X-ray akan diambil dan model gigi disediakan. Pelan rawatan bertulis disediakan dan akan dirumuskan dengan urutan rawatan terperinci dan kos yang berkaitan.

  • Penempatan implan

Penempatan implan adalah prosedur pembedahan kecil yang agak mudah. Ia akan dilakukan dalam keadaan steril dalam pembedahan pergigian. Rawatan dilakukan dengan kebaskan keseluruhan kawasan pembedahan atau sedasi jika perlu. Jika semasa penilaian, tulang rahang didapati kurang atau tidak kukuh, beberapa pilihan tersedia untuk mebolehkan tulang menjana semula. Penjanaan semula tulang selalunya dilakukan sebelum atau pada masa yang sama dengan penempatan implan bergantung pada keadaan.

  • Tempoh integrasi:

Implan akan mengambil tempoh dari enam minggu hingga enam bulan untuk bergabung dengan tulang rahang. Semasa tempoh integrasi ini, gigi palsu sementara boleh digunakan mengikut kesesuaian. Dalam sesetengah situasi, gigi sementara boleh dipasang pada implan semasa ia dalam proses integrasi. Keadaan ini dikenali sebagai ‘pemasangan segera’.

  • Fasa pemulihan:

Setelah proses integrasi tulang, implan dapat berfungsi dengan pelbagai pilihan penggantian gigi (pemulihan muktamad) menggunakan sarung gigi tunggal, jambatan gigi atau gigi palsu yang boleh ditanggal. Juruteknik Pergigian akan bertugas bersama dengan Pakar Bedah Pergigian akan membina pemulihan muktamad ini.

The basic implant, abutment, and prosthesis
The basic implant, abutment, and prosthesis
  • Penjagaan

Setelah selesai rawatan implan gigi, pesakit disarankan untuk kerap membersihkan gigi  diganti dengan teliti seperti yang diarahkan oleh doktor gigi mereka. Pakar Kebersihan Pergigian juga akan menasihati tentang cara-cara penjagaan dan teknik pembersihan gigi ganti dan juga gigi asli. Temujanji tahunan bersama doktor gigi anda adalah Amat penting supaya kesihatan tisu lembut, paras tulang dan integriti implan dan gigi diganti dapat diperiksa sentiasa.

Before Cementing the Crown
Before Cementing the Crown
After cementing the Crown
After cementing the Crown

Dental Implant Malaysia – Tanam Gigi . 种牙 Dentist3™ Clinics Uses Quality Dental Implants Imported from Korea Dental Implant
Careline : +60132348421
WhatsApp :
https://linktr.ee/dentist3
Dental implant treatment Link :
https://dentist3.com/dental-implant-malaysia/

Bagaimana anda tahu jika anda mempunyai tulang yang mencukupi untuk implan gigi ?

X-ray gigi dapat menunjukkan sejumlah besar butiran yang diperlukan, tetapi hanya dalam dua dimensi. Daripada pandangn ini secara amnya, ia mungkin dapat menilai ketinggian tulang yang tersedia untuk penempatan implan. Walau bagaimanapun, dalam beberapa keadaan, teknik pengimejan yang lebih maju diperlukan untuk menentukan kelebaran tulang yang juga agak penting untuk rawatan implan gigi. Imbasan CBCT Pergigian – Kini terdapat beberapa teknik sinaran yang jauh lebih maju yang membolehkan tanda melihat tulang rahang dalam ketiga-tiga dimensi. Yang paling tepat dan sedang digunakan secara meluas kini dikenali sebagai imbasan CBCT (Cone Beam Computed Tomography). Kebiasaanyan melalui imej yang diperolehi dari pengimbasan CBCT akan dapat menunjukkan semua maklumat yang diperlukan tentang tulang anda termasuk kuantiti dan kualiti, tetapi yang paling penting ialah kehadiran struktur anatomi yang mesti dielakkan.

Posterior implant bridgework
Posterior implant bridgework

Apakah penyebab kehilangan tulang ?

Apabila gigi telah dicabut, tulang yang pernah mengelilingi akar gigu mungkin hilang atau surut dalam jumlah yang besar. Kehilangan tulang ini boleh terjadi dengan pantas dalam masa beberapa bulan pertama dan keadaan ini dikenali sebagai ‘penyerapan tulang’. Walaupun, kadar dan jumlah penyerapan tulang berbeza antara setiap individu, ia akan sentiasa terjadi pada tahap tertentu, melainkan penjagaan khusus diambil untuk mengurangkan akibatnya. Ramai pesakit melaporkan bahawa pada satu tahap, gigi palsu mereka menjadi semakin longgar dan tidak selesa dipakai seperti dahulu. Pada permulaan, kadar kehilangan tulang meningkat selepas cabutan gigi dan ia memainkan peranan penting yang akan ditekankan pada permulaan pemasangan gigi palsu. Walau bagaimanapun, dalam jangka panjang daya mengunyah akan menyebabkan kemerosotan tulang penyokong. Oleh itu, semakin lama gigi palsu dipakai, semakin kurang tulang yang tersedia untuk implan gigi.

Apakah struktur anatomi yang mesti dielakkan semasa pemasangan implan gigi ?

  • Di rahang atas, dengan syarat jika implan diapsang di dalam tulang sedia ada yang pernah menyokong gigi anda sendiri, kawasan risiko tidak terlalu banyak. Jika anda kehilangan gigi belakang di rahang atas maka bentuk dan kawasan di atas akar (sinus maksila) akan ditunjukkan kepada anda. Sinus maksila boleh dilihat pada kebanyakan x-ray dan ia mudah dielakkan.
MAXILLARY SINUS
MAXILLARY SINUS
  • Di rahang bawah pula, struktur anatomi yang paling penting yang perlu dielakkan ialah ‘saraf inferior pergigian’. Saraf ini selalunya berada di bahagian hujung rahang bawah, ia melalui di bawah gigi bongsu bawah dan bersambung ke kulit muka di kawasan di mana gigi tengah (premolar) anda berada. Inilah sebabnya bius kebas pergigian kebiasaannya akan kebaskan bibir walaupun suntikkan diberi di kawasan belakang mulut. Jika saraf ini terganggu semasa pemasangan implan gigi, ia boleh menyebabkan kebas sementara atau kekal, juga boleh menyebabkan sensasi berubah. Ini adalah komplikasi yang jarang berlaku tetapi penting untuk diketahui.
  • Imbasan CBCT secara amnya merupakan cara terbaik untuk mengenal pasti lokasi saraf ini dan membolehkan implan gigi diletakkan dengan yakin; walau bagaimanapun, kadangkala ini hanya tersedia dalam persekitaran pembedahan pergigian yang biasa. Oleh itu, anda mungkin memerlukan lawatan ke hospital di mana imbasan biasanya selesai dalam beberapa minit. Walaupun imbasan CBCT lebih mahal daripada x-ray pergigian biasa, maklumat yang boleh diperolehi dari x-ray pergigian biasa tidak begitu membantu untuk perancangan rawatan atau pembedahan yang kompleks dan agak sukar untuk mengetahui di mana struktur anatomi yang penting terletak. Jika didapati ada gigi yang berdekatan rosak secara tidak sengaja semasa pemasangan implan gigi atau sebarang masalah yang terhasil secara amnya dapat cuba diselesaikan dengan rawatan akar gigi di mana saraf gigi asli dikeluarkan.

Bolehkah implan gigi memelihara tulang ?

Ini adalah salah satu ciri yang paling penting bagi implan gigi. Setelah implan dan gigi sokongan dipasang, daya berfungsi setiap hari (makan, senyum, bercakap) akan merangsang tulang sekeliling, keadaan ini akan bertindak balas dan tulang akan menjadi lebih kuat dan padat. Seperti semua perkara, terdapat had untuk aktiviti yang boleh dilakukan oleh implan. Doktor Gigi anda akan membincangkan perkara ini dengan lebih terperinci kerana ia berkaitan dengan kes setiap individu.

The single dental implant, abutment, and crown
The single dental implant, abutment, and crown

Bolehkah anda menggunakan gigi ganti semasa menjalani rawatan implan gigi?

Jika gigi yang hendak digantikan dengan implan gigi berada di bahagian mulut yang kelihatan dengan jelas, anda berkemungkinan besar ingin mempunyai gigi semasa rawatan sedang dijalankan. Terdapat beberapa cara yang boleh dipilih, antaranya ialah gigi palsu plastik atau jambatan gigi yang boleh ditanggal. Jika gigi ganti digunakan ketika peringkat rawatan, ia adalah penting untuk memastikan gigi ganti berkenaan tidak memberikan tekanan yang tidak terkawal pada implan. Anda harus membuat temujanji untuk berjumpa Doktor Gigi selepas implan diletakkan dan sebelum ia berfungsi sepenuhnya, untuk pemeriksaan dan pelarasan pada gigi-gigi sementara. Gigi sementara mungkin akan kelihatan tidak menyenangkan dari segi estetik.

Bolehkah implan gigi diletakkan di sebelah gigi asal ?

Implan gigi boleh diletakkan di sebelah gigi asal dan ini secara amnya sangat selamat untuk dilakukan. Satu-satunya pengecualian untuk keadaan ini adalah jika akar semula jadi sangat melengkung atau condong di laluan yang dicadangkan, ia tidak sesuai untuk implan. Ini boleh menyebabkan akar gigi rosak disebabkan oleh implan; namun, keadaan ini biasanya boleh dielakkan dengan perancangan pra-pembedahan yang teliti.

Dental implant surgery
Dental implant surgery

Adakah gigi baru dapat dicantum ?

Apabila beberapa implan diletakkan bersama, ia akan dicantumkan dengan cara yang sama seperti jambatan gigi yang disokong oleh gigi asal. Apabila gigi yang disokong oleh implan disambungkan bersama, ia secara mekanikal akan menjadi lebih kuat.

Dengan implan yang kukuh, selalunya lebih mudah dan berkesan untuk membuat jambatan gigi dengan bahagian-bahagian yang lebih kecil yang kemudian akan disokong oleh beberapa gigi asal. Kesan keseluruhan dalam mulut akan menjadi yang sama dan jika anda perlu membaiki salah satu bahagian yang kecil, ini boleh menjadikan keadaan lebih mudah untuk dilakukan. Sekali lagi kualiti tulang dan bilangan serta kedudukan implan gigi sebahagian besar yang akan menentukan pilihan mana yang paling sesuai untuk anda.

Adakah ia tidak selesa apabila implan dipasang ?

Kebanyakan pesakit telah biasa dengan suntikan bius kebas yang digunakan untuk rawatan pergigian rutin dan telah mengetahui keberkesanannya. Implan dipasangkan menggunakan bius kebas yang sama. Bergantung pada kerumitan kes anda, pembedahan implan gigi mungkin mengambil masa dari tiga puluh minit untuk satu implan hingga beberapa jam untuk cantuman tulang yang kompleks dan penempatan beberapa implan. Selepas pembedahan implan dan/atau cantuman tulang dijalankan, anda boleh menjangkakan sedikit bengkak di sekitar kawasan pembedahan dan muka untuk beberapa hari.

Untuk kebanyakan pesakit, ubat penahan sakit yang diberi di kaunter adalah mencukupi untuk beberapa hari. Jika anda mengalami lebih banyak ketidakselesaan, hubungi Doktor Gigi anda yang boleh memberi ubat tahan sakit yang lebih kuat. Proses penyembuhan biasanya cepat dan sebarang jahitan yang diberi akan dibuka dalam seminggu hingga sepuluh hari kemudian. Untuk beberapa hari pertama, anda disarankan untuk melaporkan sebarang tahap kesakitan atau bengkak yang tidak dijangka supaya ia boleh diperiksa secepat yang mungkin.

Jika anda berasa ragu-ragu, sentiasa minta nasihat dari Doktor Gigi anda kerana pengesanan awal masalah selalunya akan memberi penyelesaian yang lebih mudah. Anda juga mungkin akan diminta untuk mengambil antibiotik dan mengikuti beberapa prosedur mudah seperti berkumur dengan air garam atau ubat kumur antiseptik. Ia adalah penting untuk anda mengikuti arahan ini.

Congenitally missing tooth replaced with dental implant
Congenitally missing tooth replaced with dental implant

Jika pembedahan implan gigi mengambil masa yang lama bolehkah anda mengambil ubat penenang atau anestetik ?

Walaupun ia agak mudah untuk memastikan  pesakit diberi penahan sakit yang bagus semasa pembedahan, kebanyakan orang akan menjadi agak cemas. Dalam keadaan seperti ini, pesakit tidak perlu menderita dalam diam kerana terdapat beberapa cara yang sangat berkesan yang membolehkan anda berada dalam keadaan yang selesa.

  • Analgesia relatif – Sesetengah Doktor Gigi mungkin akan mengesyorkan prosedur yang dipanggil analgesia relatif’ di mana anda menyedut campuran nitrus oksida (gas ketawa) dan oksigen melalui topeng kecil yang diletakkan di atas hidung anda. Campuran gas ini disedut sepanjang tempoh rawatan.
  • Sedasi oral – Cara yang lebih mudah untuk membantu mengawal situasi adalah dengan memberi dos ubat yang bertindak untuk tempoh masa pendek seperti Temazepam (biasanya digunakan untuk membantu masalah sukar tidur). Ini akan mengurangkan kebimbangan untuk kebanyakan pesakit dan memberikan kesan yang sangat baik semasa peringkat pembedahan yang tidak begitu rumit dan yang mengambil masa kurang dari satu jam.
  • Sedasi sedar – Untuk pembedahan yang rumit, anda mungkin dicadangkan dengan cara yang lebih terkawal untuk kekal tenang dan selesa semasa pembedahan. Ini dikenali sebagai ‘penenang sedar’ dan jelas berbeza daripada bius kebas kerana anda masih dapat bertindak balas terhadap arahan mudah yang mungkin membantu pakar bedah – walau bagaimanapun, anda tidak akan ingat Sebarang peristiwa yang berlaku pada peringkat rawatan. Ia amat disarankan untuk pembedahan yang mengambil masa lebih daripada satu jam di mana kemasukan ke hospital tidak diperlukan – ini mungkin membantu untuk kebanyakan rawatan yang berkaitan dengan implan gigi. Untuk ‘sedasi sedar’, jumlah dos sedatif yang dikawal dengan teliti akan disuntik melalui urat di lengan atau tangan anda sepanjang rawatan itu. Ia adalah prosedur yang sangat selamat di mana kadar denyutan jantung dan tahap oksigen anda akan dipantau sepanjang masa oleh pakar bius. Dengan sedasi sedar, bius kebas biasa disuntik di sekitar kawasan pembedahan implan yang dicadangkan. Kebanyakan pesakit tidak akan mengingati peringkat ini kerana ubat pelali akan mula berfungsi ketika bius kebas pergigian diberikan. Untuk rawatan yang melibatkan sedasi oral atau sedasi sedar, anda mungkin akan diminta untuk tidak makan atau minum sekurang-kurangnya empat jam sebelum pembedahan dan anda mungkin perlu membawa seorang penjaga untuk ikut bersama semasa dan selepas rawatan. Anda juga akan dinasihatkan untuk tidak mengendalikan sebarang kerja yang berat selama sekurang-kurangnya 24 hingga 36 jam selepas itu.

– Anestetik am kebiasaannya memerlukan kemasukan ke hospital. Secara tidak khusus, ia digunakan untuk kes-kes yang kompleks seperti rawatan cantuman tulang dari pinggul ke mulut, atau prosedur penempatan implan dalam jumlah yang banyak pada masa yang sama. Kebanyakan pesakit tidak akan memerlukan anestetik am kerana sedasi sedar adalah lebih selamat dan komplikasi selepas pembedahan yang rendah.

Screw retained crowns with access holes before being sealed with tooth-coloured fillings
Screw retained crowns with access holes before being sealed with tooth-coloured fillings

Dental Implant Malaysia – Tanam Gigi . 种牙 Dentist3™ Clinics Uses Quality Dental Implants Imported from Korea Dental Implant
Careline : +60132348421
WhatsApp :
https://linktr.ee/dentist3
Dental implant treatment Link :
https://dentist3.com/dental-implant-malaysia/

Apa yang boleh dibuat jika tulang anda tidak mencukupi ?

Setakat ini kami telah merangkumi setiap peringkat yang merupakan sebahagian daripada penempatan implan. Ini termasuk pemeriksaan awal dan diagnosis, x-ray khas seperti imbasan CBCT, sedasi semasa pembedahan dan apa yang dapat diharapkan selepas implan diletakkan. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah orang, kehilangan tulang selepas cabutan atau kehilangan gigi menyebabkan tulang mereka tidak mencukupi untuk mendapatkan rawatan implan. Terdapat beberapa prosedur yang boleh dijalankan jika keadaan ini berlaku:

  • Di rahang atas pada gigi belakang, ia Adalah tidak mustahil untuk meningkatkan ketinggian tulang yang tersedia dengan mencipta tulang yang baru dalam sinus. Prosedur ini dipanggil ‘pembesaran sinus’. Pakar bedah mulut yang mahir dan bertauliah boleh memberikan hasil seperti yang diramal di lokasi ini dan tanpa kejayaan umum melalui teknik ini, ramai pesakit tidak akan dapat menerima rawatan implan di bahagian yang kerap sekali kehilangan gigi.
Schematic diagram of a sinus lift.
Schematic diagram of a sinus lift.
  • Terdapat beberapa cara untuk menambah tulang yang baru; namun, salah satu konsep yang paling mudah ialah dengan mengambil sekeping tulang dari kawasan lain dan mencantumkannya bersama kawasan yang perlu ditambah tulang. Prosedur ini dikenali sebagai ‘cantuman onlay’. Tulang yang baru akan perlahan-lahan bergabung dengan kawasan yang kekurangan tulang itu. Apabila sembuh dan matang, implan gigi boleh diletakkan pada kedudukan yang lebih baik dan ia akan menjadi lebih kukuh.
Narrow bone ridge requiring Guided Bone Regeneration (GBR) prior to implant placement
Narrow bone ridge requiring Guided Bone Regeneration (GBR) prior to implant placement

Dari mana anda boleh mendapatkan tulang tambahan ?

Tulang boleh diambil dari beberapa sumber tetapi biasanya ia boleh diambil dari belakang gigi belakang di rahang bawah atau dari dagu. Kadang-kadang ia diambil dari pinggul atau tulang kering (tibia). Apabila anda menggunakan tulang anda sendiri untuk mencipta tulang baru di kawasan mulut yang lain, anda mungkin akan berhadapan dengan ketidakselesaan yang disebabkan oleh kawasan derma serta kawasan pembedahan. Ramai pesakit merasakan kaedah ini agak berbaloi walaupun ia akan menyebabkan ketidakselesaan tambahan kerana tulang anda sendiri biasanya dianggap sebagai ‘piawaian emas’!

Alternatif untuk cantuman tulang selain tulang anda sendiri

Bagi mereka yang lebih gemar cara yang lebih mudah tetapi mungkin ambil masa yang perlahan, terdapat juga penyelesaian dari sumber tulang lain seperti lembu (berasal daripada lembu), babi (berasal daripada babi) atau bahan sintetik yang telah disediakan khas untuk menjadikannya selamat untuk digunakan pada manusia. Semua bahan ini, termasuk tulang anda sendiri, hanya menyediakan perancah di mana tulang baru akan tumbuh dan akan bersedia menerima implan gigi beberapa bulan kemudian. Tulang baru selalunya akan mengambil masa dari 3 hingga 12 bulan sebelum ia bersedia untuk menerima implan gigi. Ia adalah disarankan untuk tidak bergesa-gesa untuk melangkah ke peringkat seterusnya. Jika anda memerlukan jumlah tulang yang banyak, ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk matang daripada jumlah tulang yang kecil.

Setiap pakar bedah mulut akan mempunyai cara dan pilihan mereka untuk mencipta tulang baru. Ramai daripada mereka juga akan menggunakan teknik tambahan yang dipanggil ‘penjanaan semula tisu berpandu’. Dengan menggunakan teknik ini, sel-sel tulang yang bergerak perlahan diberi masa untuk mengisi ruang dengan meletakkan bahan penghalang di antara mereka dan sel-sel yang bergerak pantas pada tisu lembut yang melapisi mulut. Ini adalah ‘penghalang diserap semula’ yang akan hilang secara semula jadi beberapa bulan selepas penjanaan tulang baru. 

Adakah cantuman tulang menjejaskan tempoh rawatan ?

Jika anda memerlukan cantuman tulang, prosedur ini akan memanjangkan tempoh masa hasil implan diletakkan. Apabila cantuman tulang dibuat di bahagian rahang hadapan ia juga boleh membolehkan penciptaan estetika yang lebih baik. Cantuman tulang memerlukan tahap kemahiran yang jauh lebih tinggi dan selalunya lebih rumit untuk dilakukan daripada penempatan implan itu sendiri. Dalam situasi tertentu, sesetengah pakar bedah mulut akan mengesyorkan menggabungkan kesemua prosedur penempatan implan dengan cantuman tulang dan penempatan membran penghalang pada masa yang sama. Ini adalah untuk mengurangkan masa rawatan dan boleh menghasilkan keputusan bagus yang selalunya sukar dicapai dengan cara lain. Walau bagaimanapun, ramai pakar bedah masih akan memilih untuk menjalankan cantuman tulang dahulu dan implan hanya diletakkan apabila cantuman tulang telah berjaya. Walau apa pun kaedah yang dipilih untuk meningkatkan kuantiti tulang, masa, usaha dan perbelanjaan secara amnya amat berbaloi.

Bagaimana anda perlu menjaga implan gigi ?

Ia adalah penting untuk anda mengekalkan kebersihan mulut yang baik dengan implan anda untuk meningkatkan jangka hayat mereka. Membersihkan implan anda adalah tidak sukar. Kebanyakkan implan dan gigi sokongan dapat dibersihkan sekelilingnya dengan memberus dan flos dengan cara yang sama seperti yang anda lakukan di sekitar gigi asal dan jambatan yang disokong gigi. Flos khas, berus gigi celah gigi dan alat bantu pembersihan lain mungkin diperlukan untuk mengekalkan kebersihan mulut yang baik di kawasan yang terlalu padat.

Membersihkan implan anda tidaklah sesukar yang anda fikirkan

Seperti yang dijangkakan, beberapa prosedur kebersihan harian menjadi lebih rumit sedikit daripada  membersihkan sekitar gigi asal anda dan anda mungkin akan menghabiskan lebih banyak masa daripada sebelum mendapatkan implan gigi. Jika anda ingin mengekalkan kesihatan implan yang optimum ia amat disarankan untuk bersihkan sekeliling implan anda dengan kerap. Untuk beberapa bulan pertama implan dipasang, doktor gigi anda akan meminta anda untuk melawat klinik gigi lebih kerap untuk memastikan tiada sebarang jangkitan; namun, sebaik sahaja mereka berpuas hati dengan rawatan yang dijalankan seperti yang dirancang, penjagaan perlu diteruskan akan sama dengan pejagaan gigi asli.

DENTAL IMPLANT CLEANING IN A DENTAL CLINIC
DENTAL IMPLANT CLEANING IN A DENTAL CLINIC

Apa yang boleh anda lakukan jika implan tidak berfungsi ?

Secara amnya kadar kejayaan untuk rawatan pergigian, kejayaan rawatan implan adalah sekitar 95%; namun, 1 dalam 20 daripada implan yang diletakkan mungkin tidak dapat bertahan dalam jangka panjang. Ia adalah cadangan yang baik untuk bincangkan pelan rawatan anda akan terjejas oleh kehilangan implan. Terdapat banyak sebab mengapa implan gigi boleh gagal termasuklah tabiat merokok, kegagalan menjaga kebersihan mulut, dan penyakit sistemik. Dalam kumpulan risiko tertentu ini, kadar kegagalan boleh dijangka lebih tinggi. Jika implan tidak berintegrasi dengan baik bersama tulang sekelilingnya, ia tentu akan menjadi longgar dan tidak dapat lagi menyokong gigi gantian. Biasanya implan yang gagal tidak akan menyebabkan ketidakselesaan dan jika implan itu masih elok, kemungkinan besar tidak perlu menggantikannya sama sekali. Ia merupakan penting untuk anda membincangkan kemungkinan komplikasi yang mungkin berlaku selepas penempatan implan bersama doktor gigi anda.

Secara Umum , kejayaan rawatan implan adalah sekitar 95%

Suturing a Dental Implant (one-stage Implant)
Suturing a Dental Implant (one-stage Implant)

Perbezaan prosedur implan yang disediakan

  • Implan satu peringkat – Implan ditempatkan di tapak cabutan baru yang sedang sembuh atau telah sembuh (di mana gigi asal telah dicabut) dan akan kelihatan di atas gusi selepas penempatan. Kelebihan kaedah ini ialah peringkat pembedahan kedua tidak diperlukan untuk mendedahkan implan. Implan biasanya tidak bersedia lagi untuk menyokong gigi dalam keadaan ini selama beberapa minggu atau bulan.
  • Implan dua peringkat – Implan diletakkan ke dalam tapak cabutan yang baru, yang sedang sembuh atau telah sembuh dan kemudian, ia ditutup dengan lapisan gusi supaya ia tidak dapat dilihat – ini adalah peringkat pertama. Pada peringkat kedua, beberapa minggu atau bulan kemudian, implan akan didedahkan dan satu komponen akan ditambah. Komponen ini akan kelihatan di atas gusi. Dalam keadaan ini, implan telah bersedia untuk menyokong gigi baru. 
  • Implan pada hari yang sama – Teknik ini paling kerap digunakan untuk penempatan implan di rahang bawah dan ia memerlukan perancangan yang cukup teliti sebelum hari pembedahan. Beberapa implan akan ditempatkan dan dalam beberapa jam kemudian gigi ganti lengkap sementara atau kekal boleh dipasang di tempatnya. Jika gigi sementara digunakan, biasanya akan digantikan dengan jambatan kekal selepas tempoh penyembuhan yang sesuai. Tidak semua pesakit sesuai atau disarankan untuk gaya rawatan ini.
  • Implan segera – Untuk teknik ini gigi akan dicabut dan implan diletakkan serta-merta ke dalam tapak cabutan. Bergantung pada keadaan tulang dan tisu lembut di kawasan cabutan, pembedahan implan mungkin boleh dilaksanakan dengan teknik satu atau dua peringkat. Tidak semua pesakit sesuai untuk keadaan ini. Implan segera dan pemuatan awal ini jelas berbeza daripada penempatan implan segera. Pemuatan awal adalah teknik satu peringkat yang berkesan di mana implan diletakkan di tapak cabutan baru yang telah sembuh atau sedang sembuh dan dipasang dengan gigi baru pada temujanji yang sama. Gigi pertama ini biasanya akan dielakkan daripada sentuhan secara langsung dengan gigi bertentangan sepanjang tempoh penyembuhan iaitu lebih daripada tiga bulan, selepas itu ia akhirnya akan pulih. Teknik ini selalunya lebih biasa dibuat di kawasan mulut di mana estetika optimum adalah penting. Sekali lagi, tidak semua pesakit sesuai untuk keadaan ini.
components of an implant
components of an implant

Soalan Lazim tentang tanam gigi / implan gigi

Adakah saya boleh makan apa yang saya gemari selepas itu ?

Setelah selesai pembedahan penempatan implan, pesakit boleh makan makanan yang sihat seperti biasa dan mungkin menghadapai sedikit atau tiada kesukaran.

Apakah kos yang terlibat dalam rawatan implan di Malaysia ?

Kos mungkin akan berbeza-beza, bergantung pada tahap rawatan yang diperlukan. Oleh itu, kos penuh akan dijelaskan dan disahkan dalam pelan rawatan bertulis daripada doktor gigi implan anda. Berdasarkan tinjauan daripada pasukan Dentistsnearby.com, kos untuk satu unit implan gigi adalah antara RM 5500 – 9000 . Rawatan Cantuman Tulang atau Penjanaan Semula Tulang Berpandu (GBR) Kosnya bermula dari RM 2000 – 3000 . Kos rawatan menaikkan sinus lateral atau crestal pula bermula dari RM 2000 – 3000 . Gigi palsu yang disokong implan “All-On-Four” biasanya berharga antara RM 25000 hingga 30000.

Berapa lamakah tempoh masa yang akan diambil ?

Rawatan implan biasanya memerlukan beberapa temujanji dalam tempoh beberapa bulan. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, prosedur implan boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih singkat dari dijangkakan.

Berapa lamakah  ia akan bertahan?

Sebaik sahaja rawatan selesai, kebersihan gigi harus dijaga dan pemeriksaan rutin harus dijalankan untuk memastikan implan dapat bertahan dalam tempoh masa yang panjang.

Adakah saya terlalu tua untuk rawatan implan / tanam gigi ?

Untuk menjalani rawatan implan gigi, tiada had umur tetapi dengan syarat mereka harus mempunyai kesihatan yang bagus.

Adakah rawatan tanam gigi ini menyakitkan ?

Prosedur pembedahan implan gigi tidak terlalu rumit dan ia sering membuat pesakit terkejut dengan betapa pantas ia dapat diselesaikan dengan ketidakselesaan yang minimum.

Frequently Asked Questions about dental implants
Frequently Asked Questions about dental implants

GLOSARI

Abutment

Abutment ialah komponen yang memegang gigi gantian dengan implan.

Membran penghalang

Membran yang dibalut pada tulang yang menyusut atau prosedur cantuman tulang untuk membolehkan penyembuhan tulang berlaku tanpa diganggu oleh tisu lembut yang mungkin boleh menjejaskan proses penyembuhan

Cantuman tulang/penjanaan semula

Ini adalah penempatan tulang semula jadi atau bahan tulang sintetik ke sesuatu tapak di mana tulang semula jadi kekurangan. Ini boleh dilakukan semasa pembedahan penempatan implan atau dapat dilaksanakan sebagai prosedur asing sebelum penempatan implan.

Penyusutan tulang

Penyusutan tulang adalah kehilangan ketinggian dan/atau kelebaran tulang sama ada di rahang atas atau bawah. Proses ini akan berlaku sepanjang hayat tetapi ia dijangka lebih pantas di tapak yang kehilangan gigi.

Jambatan gigi

Jambatan gigi adalah salah satu kaedah menggantikan satu atau beberapa gigi yang hilang melalui gigi tiruan yang akan disimen pada dua gigi asli bersebelahan atau dicantum bersama implan gigi. Jambatan gigi akan difabrikasi daripada pelbagai jenis bahan.

Bruxism

Ketap atau penggeseran antara gigi di rahang atas dan bawah, selalunya berlaku ketika tidur tanpa disedari.

Kalkulus

Karang gigi yang keras di sekeliling gigi selalunya dirujuk sebagai tartar. Kalkulus terhasil daripada plak di sekeliling gigi. Ia boleh dicegah dengan  memberi perhatian yang lebih teliti pada langkah-langkah penjagaan kebersihan mulut. Kalkulus yang terbentuk agak sukar untuk dibersihkan melalui pemberusan gigi seperti biasa. Ia hanya dapat dibersihkan melalui prosedur scaling atau dikenali sebagai cuci gigi oleh Doktor Gigi.

Gerbang penuh

Gerbang penuh merujuk kepada gigi pada keseluruhan rahang atas atau rahang bawah.

Sesi perbincangan

Temujanji dengan doktor gigi untuk membincangkan pilihan rawatan yang sesuai dengan keadaan peasakit. Temujanji ini mungkin termasuk pemeriksaan penuh mulut dan gigi, pengambilan x-ray, acuan gigi dan gambar sebagai rekod. Perbincangan dan penerangan mengenai rawatan yang sesuai.

Sarung gigi

Sarung gigi ialah salah satu pilihan untuk melindungi permukaan gigi yang terdedah dan ia akan dibuat daripada pelbagai jenis bahan termasuk porselin, cantuman porselin dan logam dan juga emas. Kebanyakan sarung gigi di bahagian hadapan mulut berwarna putih.

Imbasan CBCT

Cone Beam Computed Tomography scan ialah teknik sinar-x lebih jelas yang menghasilkan imej tiga dimensi tulang rahang. Imej ini hanya boleh dilihat melalui skrin komputer kerana ia bersifat tiga dimensi. 

Pemulihan terakhir/muktamad

Pemulihan muktamad ialah istilah digunakan untuk gigi yang disokong oleh implan seperti sarung gigi, jambatan gigi atau gigi palsu. Gigi gantian ini mungkin memerlukan perhatian berkala dari Doktor Gigi anda untuk memastikan ia dalam keadaan yang baik dan jika perlukan sebarang penyelenggaraan, ia dapat dibuat serta merta.

Anestetik pergigian

Anestesia bermaksud kebas (Greek), dan ini termasuk tiada perasaan sakit. Pada zaman sekarang, kebanyakan anestetik pergigian diberi melalui suntikan ke kawasan yang perlu dibedah. Kebanyakkan prosedur jarang dijalankan melalui anestetik am, iaitu ubat pelali.

Implan gigi

Implan pergigian ialah “akar buatan manusia”. Kebanyakan implan diperbuat daripada logam,

titanium atau aloi titanium adalah yang paling biasa digunakan. Implan diletakkan ke dalam tulang rahang melalui pembedahan, dan ia boleh menyokong sarung gigi dan jambatan atau digunakan untuk menstabilkan kedudukan gigi palsu.

Gigi palsu

Gigi palsu ialah gigi ganti yang boleh dipakai tanggal dan ia dibuat khas untuk setiap pesakit. Gigi palsu biasanya diperbuat daripada akrilik atau gabungan daripada kobal kromiun dan akrilik.

Pengekstrakan gigi

Pengekstrakan gigi adalah prosedur cabutan gigi. 

Tapak pengekstrakan

Ruang yang ditinggalkan selepas cabutan gigi.

Implan yang berfungsi

Implan yang berfungsi ialah implan yang menmpunyai gigi gantian, sama ada sarung gigi, jambatan gigi atau gigi palsu dan ia mampu berfungsi seperti mengunyah makanan.

Penjanaan semula tisu berpandu

Prosedur yang dibuat untuk mempertingkatkan kualiti penyembuhan tisu lembut (di bahagian gusi), dan ia dapat meningkatkan kesan kosmetik di sekeliling gigi atau sarung gigi.

Penyakit gusi

Penyakit gusi ialah jangkitan pada tisu lembut di sekeliling gigi. Keradangan pada gusi secara amnya dirujuk sebagai gingivitis; ia adalah kesan daripada pengumpulan plak dan dalam kebanyakan kes, keadaan ini dapat dielakkan dengan penjagaan kebersihan mulut yang baik.

Penyakit periodontal

Gingivitis yang tidak terkawal akan menjadi lebih serius dalam jangka masa yang panjang dan ia dikenali sebagai periodontitis; keadaan ini melibatkan kehilangan tulang, dan boleh menjejaskan kekukuhan gigi asal.

Pemuatan segera

Menyediakan sarung gigi atau jambatan sementara serentak dengan penempatan implan gigi. Rawatan ini tidak disarankan untuk semua pesakit.

Saraf inferior

Saraf ini juga dikenali sebagai saraf inferior alveolar. Saraf ini berada pada tulang di rahang bawah, dan ia bekalkan sensasi untuk gigi di rahang bawah sebelum ia timbul daripada tulang sebagai saraf mental yang membekalkan sensasi ke bibir bawah.

Bersepadu/Bersepadu/Integrasi

Ini bermaksud proses pencantuman bersama.

Berus gigi interdental

Berus kecil interdental, ialah sejenis berus kecil yang mempunyai bulu yang halus. Kegunaan utama berus ini adalah untuk membersihkan antara celah gigi dan sekitar implan gigi dan ia juga boleh digunakan sebagai alternatif kepada flos.

Sinus maksila

Ruang yang dipenuhi udara berongga terletak di atas gigi premolar di rahang atas. Saiz ruang ini berbeza dari individu ke individu, dan akan menjadi lebih besar dari masa ke semasa.

Gigi geraham

Tiga gigi yang terakhir di rahang atas dan bawah pada kedua-dua belah mulut.

Cantuman onlay

Di mana tulang sendiri diambil dari bahagian lain, iaitu dari pinggul (jarang sekali), dagu atau tulang di belakang gigi geraham dan dicantumkan di tapak yang kekurangan tulang.

Osseointegrasi

Osseointegrasi ialah proses tapak implan dan tulang akan fius bersama-sama, dan biasanya akan mengambil masa beberapa minggu hingga beberapa bulan.

Plak

Plak ialah kekotoran/bakteria yang tidak berwarna melekit lembut. Ia sentiasa terbentuk pada gigi

dan gusi dan akan mengeras menjadi kalkulus jika tidak dibersihkan dengan teliti setiap hari.

Premolar

Dua gigi yang terletak di hadapan gigi geraham di rahang atas dan bawah pada kedua-dua belah mulut.

Prosedur reline

Prosedur reline adalah proses membetulkan pemasangan gigi palsu selepas cabutan gigi atau pembedahan dengan menggunakan bahan lembut atau keras.

Overdenture ditanggal pakai

Gigi palsu yang disokong oleh implan tetapi boleh ditanggalkan oleh pesakit untuk tujuan pembersihan.

Proses pemulihan

Proses pemulihan adalah pemasangan sarung gigi, jambatan gigi atau gigi palsu dan ia boleh berfungsi seperti gigi asal.

Fasa pemulihan

Fasa pemulihan ialah fasa untuk mengambil acuan gigi untuk tujuan fabrikasi gigi gantian. Fasa ini akan mengambil masa beberapa minggu hingga bulan Selepas fasa pembedahan.

Pembesaran resdung

Satu prosedur pembedahan tulang di bahagian sinus, Bahan regeneratif dimasukkan ke dalam

sinus untuk menggalakkan pembentukan tulang baru untuk meningkatkan ketinggian tulang tersedia untuk menampung penempatan implan.

Keadaan steril

Steril dalam konteks ini bermaksud proses pembasmian bakteria. Secara realistik, kita tidak pernah mencapai kejayaan yang mutlak. Namun, kita mesti sentiasa berusaha untuk basmi bakteria pada peralatan yang akan atau telah digunakan sebanyak yang mungkin. Kaedah ini termasuk penggunaan autoklaf untuk mensterilkan semua bahan yang tidak boleh dibuang termasuk instrumen dan gaun pembedahan.

Titanium

Titanium adalah logam biokompatibel dari mana implan dihasilkan. Sejak beberapa dekad, Titanium kerap digunakan untuk prosedur perubatan, termasuk penggantian pinggul.

Pelan rawatan

Laporan terperinci bertulis mengenai prosedur pembedahan implan gigi termasuk

jangka masa dan kos rawatan yang dicadangkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

error: Please email smile@dentist3.com for Content :)