Apa Itu Dental Karies (Gigi Berlubang) ? . Malaysia

Posted by dentist3 in Dental Articles | 0 comments

KLIK “READ MORE” UNTUK LEBIH LANJUT

Apa Itu Dental Karies?

Selama 30 tahun ni, terdapat perkembangan yang sangat bagus & ketara dalam pengurangan dental karies (karies gigi / kerosakan gigi). Kewujudan kanak-kanak yang bebas dari karies, yang dulunya hampir jarang sekali berlaku, dah makin bertambah & jadi seperti perkara biasa. Kegunaan fluorida dalam bekalan air awam, ubat gigi & produk dental professional, terbukti dapat memperbaiki kebersihan dan kesihatan mulut, dan penjagaan dental pun dah makin mudah didapati di mana mana sekarang, menyebabkan perubahan bagus secara dramatik dalam penjagaan mulut sekarang.

Tooth enamel can be damaged and weakened due to various factors such as decalcification . This movie shows that treating teeth with fluoride can repair the damage and make the teeth strong again.

Kekerapan memberus gigi menggunakan ubat gigi berfluorida juga dapat mengurangkan risiko karies gigi dari terjadi. Sebaliknya, pendedahan atau penggunaan yang tidak menucukupi pada flourida akan meningkatkan risiko terjadinya karies gigi. Kerana fluorida ialah bahan yang sangat penting untuk mencegah karies gigi dari terjadi.

Streptococci (sejenis bakteria) yang merupakan agent penyebab karies gigi terbentuk, dan kewujudan bakteria ni menunjukkan potensi aktiviti kariogenic (penyebab kerosakan gigi) yang tinggi. Jadi kita haruslah menghalang bakteria ni dari terus membiak di dalam mulut kita.


Menghalang Karies gigi dari terbentuk

Acidulated phosphate fluoride gel (APF) : Keberkesanan gel APF bila disapu 1-2 kali setahun secara konsisten terbukti berkesan bagi menghalang dari dental kariesawal  terjadi.

Fluoride varnish : Keberkesanan sapuan fluoride varnish ni pada gigi kekal dah terbukti, namun, keberkesanan sapuan fluoride varnish yg disapu pada gigi susu pula agak kurang konsisten dan kurang data yang dapat membuktikan keberkesanan nya pada gigi susu.

Chlorhexidine gels : Cara ni juga terbukti agak berkesan, tetapi banyak kajian yang menunjukkan cara ni lebih berkesan bila digunakan serentak dengan langkah pencegahan lain juga.

Pit & fissure sealants : Pit & fissure sealants pun dah terbukti berkesan untuk mencegah karies untuk gigi susu, dan keberkesanan ni akan tahan lama selagi fissure sealant masih ada pada gigi. Rawatan ni paling sesuai di lakukan untuk kanak – kanak.

Produk yang mengandungi pemanis bukan kariogenik : Pemanis bukan kariogenik (pemanis yang tidak merosakkan gigi) ni boleh didapati dalam sesetengah gula – gula getah & dentifrices (selalu di dapati di dalam serbuk / pes yang doktor gigi guna kan untuk polishing selepas scaling / cuci gigi). Sorbitol & xylitol pun di katakan berkesan bagi mencegah karies gigi dari terbentuk. Selalunya bahan ni boleh di dapati dalam sesetengah jenis gula – gula getah juga.

Lawatan Tetap Ke Doktor Pergigian Anda – Anda boleh mencari doktor gigi Malaysia dengan mudah melalui dentistsnearby.com

Rawatan awal untuk karies gigi

  • Fluorida : Kajian menunjukkan fluorida jenis cecair & dentifrices adalah lebih berkesan berbanding ubat kumur & fluorida jenis gel, yang juga berkesan, namun tidak sebagus jenis cecair & dentifrices.
  • Chlrorhexidine : Bagi fluoride varnish & gel juga dikatakan mempunyai kesan yang lebih baik berbanding unat kumur yang mengandungi chlorhexidine.
  • Antimicrobials : Meskipun mutasi streptococci dikenali sebagai sebahagian dari patologi karies, menyebabkan penggunaan antimicrobial terlihat seperti langkah pencegahan yang berkesan, tapi agak kurang data yang menyokong fakta ni melainkan penggunaan fluorida & chlrorhexidine, yang jedua-duanya mempunyai fungsi anti-bakteria juga.
  • Salivary enhancers (penggalak air liur) : ada sesetengah individu yang mempunyai penghasilan air liur yang kurang berbanding  normal & menyebabkan bakteria lebih mudah menyerang mulut mereka, kerana air liur juga terbukti dapat membasmi bakteria dari menyebabkan pelbagai masalah mulut seperti karies gigi dan bau mulut yang kurang menyenangkan. Jadi individu seperti ini adalah disarankan untuk menggunakan kaedah ‘salivary enhancers’ untuk memastikan air liur yang dihasilkan mencukupi untuk melindungi mulut mereka dari bakteria ni secara semula jadi.
  • Behavorial modifications (pengubahsuaian tingkah-laku) : Kebanyakan rawatan meemrlukan kepatuhan pesakit juga, lebih patuh pesakit pada nasihat dan cadangan doktor gigi, lebih berkesan lah rawatan yang mereka lakukan.
  • Lawatan berkala ke klinik gigi : Setiap individu seharusnya mendapat kan pemeriksaan gigi setiap 6 – 12 bulan sekali untuk memastikan tiada pembentukan awal karies & sekiranya ada, dapat dirawat segera. Harga untuk konsultasi dengan doktor gigi pun murah je, biasanya rm30-rm100 sahaja, dibandingkan dengan harga rawatan gigi yang boleh mencecah ribuan ringgit sekiranya kita mengabaikan penjagaan gigi awal.
  • Rawatan scaling gigi : Scaling / cuci gigi ni penting untuk di lakukan secara berkala (6 bulan sekali adalah yang terbaik) agar dapat memastikan karang gigi dapat dikeluarkan sebelum terjadinya penyakit gusi yang lebih teruk. Rawatan ni dilakukan menggunakan mesin yang akan menghasilkan getaran & mengeluarkan air untuk menyingkirkan karang yang melekat pada gigi dan dalam gusi. Dengan hanya menggosok gigi biasa sahaja tak dapat membersih kan karang gigi yang dah mengeras pada gigi dan gusi, sebab tu lah penting nya untuk kita dapat kan rawatan scaling / cuci gigi secara professional ni secara berkala.
  • Fluoride varnish : Keberkesanan sapuan fluoride varnish ni pada gigi kekal dah terbukti, namun, keberkesanan sapuan fluoride varnish yg disapu pada gigi susu pula agak kurang konsisten.
  • Chlorhexidine gels : Cara ni juga terbukti agak berkesan, tetapi banyak kajian yang menunjukkan cara ni lebih berkesan bila digunakan serentak dengan langkah pencegahan lain juga.
  • Pit & fissure sealants : Pit & fissure sealants pun dah terbukti berkesan untuk mencegah karies untuk gigi susu, dan keberkesanan ni akan tahan lama selagi sealants masih ada pada gigi.
  • Produk yang mengandungi pemanis bukan kariogenik : Pemanis bukan kariogenik ni boleh didapati dalam sesetengah gula-gula getah & dentifrices (selalu didapati didalam serbuk/pes yang doktor gigi gunakan untuk polishing). Sorbitol & xylitol pun dikatakan berkesan bagi mencegah karies dari terbentuk.
  • Dental fissure sealants : Siapa yang paling patut dapat kan rawatan sealant ni? Kanak- kanak adalah individu yang paling perlu kan rawatan sealant ni untuk melindungi gigi susu mereka, terutama nya pada gigi geraham, sebelum terjadinya kerosakan teruk pada gigi mereka. Usia 5-12 tahun paling sesuai untuk dapatkan rawatan ni, asalkan gigi geraham mereka dah keluar, boleh cepat cepat lah dapat kan rawatan fissure sealant ni agar kita dapat lindungi gigi mereka dari cepat rosak dan terjadi nya karies gigi.
Gigi akan dicuci dan dikeringkan, kemudian kapas akan diletakkan di sekeliling gigi untuk pastikan permukaan gigi sentiasa kering sepanjang rawatan sealnt ni dijalankan.
Gigi akan dicuci dan dikeringkan, kemudian kapas akan diletakkan di sekeliling gigi untuk pastikan permukaan gigi sentiasa kering sepanjang rawatan sealnt ni dijalankan.
 
Fissure sealants yang berbentuk seperti liquid akan diletakkan pada permukaan gigi dan akan mengeras dalam beberapa saat.
Fissure sealants yang berbentuk seperti liquid akan diletakkan pada permukaan gigi dan akan mengeras dalam beberapa saat.
Fissure sealant selesai diletakkan dan akan dibiarkan selama yang boleh untuk melindungi gigi dari pembentukan awal karies gigi
Fissure sealant selesai diletakkan dan akan dibiarkan selama yang boleh untuk melindungi gigi dari pembentukan awal karies gigi

Dan ingat yang paling penting, harus rajin gosok gigi dan pasti kan gosok dengan cara yang betul!!

Kerosakan Gigi Botol Bayi

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

error: Please email smile@dentist3.com for Content :)