fbpx

Cuci Gigi Boleh Putihkan Gigi Saya ?

Posted by dentist3 in Blog | 0 comments

Soalan Lazim Tentang Gigi Anda

1) Boleh ke rawatan cuci gigi (scaling) memutihkan gigi kita?

🦷 Tak boleh, tp ada kemungkinan yg kita akan nmpk gigi kita mcm lebih putih selepas rawatan scaling sebab semua karang gigi berwarna kekuningan yg meliputi gigi kita sebelum ni dah tanggal, jadi hasilnya gigi kita nmpk mcm lebih putih.
TETAPI, scaling ni tak boleh memutihkan warna gigi asal ye, kalau nak lebih putih, perlulah buat rawatan pemutihan gigi.

2) Jenis tampalan apa yg digunakan di klinik kami?

🦷 Di klinik Dentist3, kami cuma gunakan tampalan putih (composite) yg ada beberapa kelebihan dibandingkan dgn tampalan silver/hitam yg kerap digunakan sebelum ni. Tampalan tu di panggil ‘amalgam’, kebanyakan klinik kerajaan disebabkan harganya lebih murah & lebih senang digunakan.
Tampalan putih mungkin tak tahan selama tampalan amalgam, tp kalau dibuat dgn cara yg betul, tampalan putih boleh tahan lebih lama berbanding amalgam.
Di klinik kami ada beberapa jenis tampalan putih, salah satu ialah GIC (glass ionomer cement) yg lebih sesuai digunakan utk kanak2.

3) Apa perbezaan antara crown & bridge?

🦷 Crown (sarung gigi) ialah lapisan luaran yg akan disimen pada gigi asal. Selalunya rawatan crown ni diperlukan lepas rawatan akar siap sebab gigi yg dah dibuat rawatan akar ni lebih rapuh berbanding gigi biasa.
Bridge (jambatan gigi) ialah lebih kurang sama dgn crown, cuma bridge ni digunakan utk menggantikan gigi yg dah hilang. 3 unit bridge diperlukan utk ganti sebiji gigi. Utk rawatan bridge ni, 2 gigi ditepi gigi yg dah takde tu, perlu digunakan sebagai penyokong yg akan memegang gigi gantian tu nanti.

4) Umur berapa anak saya boleh mula jumpa dr gigi?

🦷 Kanak-kanak umur 2-3 tahun dah boleh mula jumpa dr gigi utk biasa kan dorg dgn klinik gigi. Dr akan bagi tips & ajar cara memberus gigi utk elakkan kaviti nanti.
Sebaik je anak kita dah pandai meludah ubat gigi, kita dah boleh tukarkan ubat gigi kepada ubat gigi dewasa sebab ubat gigi dewasa ada kandungan florida yg boleh melindungi gigi dgn lebih baik.

5) Apa pilihan yg ada utk gantikan gigi yg dah hilang?

🦷 Ada beberapa cara, antaranya :
i. Gigi Palsu
Boleh dipakai & tanggal, harga mampu milik, perlu dibersihkan setiap kali selepas makan, mungkin akan memerlukan adjustment sampai la patient rasa selesa, mungkin akan menjadi longgar selepas satu tempoh disebabkan oleh penyusutan tulang.

ii. Jambatan Gigi
Ia merupakan sejenis prostesis yang digunakan untuk menggantikan satu atau lebih gigi yang hilang dengan menyambungkan gigi2 artificial dengan gigi bersebelahan yang dah ditrim.

iii. Implant Gigi
Akar gigi artificial yg diperbuat dari besi titanium akan ditanam pada tulang rahang untuk memegang gigi yang akan diganti. Ni adalah lekapan yang kekal & mempunyai kadar kejayaan jangka panjang yang sangat baik.

6) Apa rutin harian utk jaga kebersihan mulut saya?

🦷 Rawatan cuci gigi (scaling) disarankan utk dibuat sekali tiap 6 bulan, ni antara langkah penting ssbab scaling mampu menghapuskan kalkulus yg dah mengeras pada gigi.
Selain tu, cara memberus gigi yg betul & ubat gigi ber-fluorida yg sesuai pun penting utk elakkan gigi kita dari serangan kaviti.

7) Gigi susu anak saya ada kaviti, perlu ke di tampal?

🦷 Dr mmg akan sarankan utk gigi susu tu di tampal sebab kalau dibiarkan lubang tu akan jadi makin dalam & mula menyerang bahagian saraf gigi, yg akan menyebabkan rasa sakit.

8) Rawatan pemutihan boleh rosakkan gigi ke?

🦷 Tidak. Rawatan pemutihan tak akan rosak kan gigi, ia mmg ada kesan sampingan utk 2-3 hari lepas rawatan, contohnya rasa sensitif, tapi ia tak merosakkan gigi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>