fbpx

Dental Implant FAQ – soalan lazim

Posted by dentist3 in Blog | 0 comments

Dental Implant FAQ – soalan lazim

Careline : 013 2348421

🔴 Apa kadar kejayaan utk surgeri Implant ni?

🔩 Dari 1975 – 2004, kadar kejayaan surgeri ni antara 90% hingga 100%,berdasarkan kajian klinikal.

🟠 Berapa lama tempoh utk rawatan Implant ni?

🔩 Rawatan Implant bermula dari konsultasi hingga ke surgeri pertama akan ambil masa lebih kurang sebulan, kemudian 2-3 bulan lagi utk tunggu hingga tulang & Implant betul2 stabil. Ada kemungkinan yg tempoh ni boleh cecah 6-9 bulan bergantung pada keadaan tulang rahang & mulut, kesihatan patient, kekuatan mengunyah & sistem Implant yg berbeza.

🟡 Implant gigi lebih mahal dari gigi palsu ke?

🔩 Betul. TAPI walaupun kos nya lebih tinggi, Implant ni separa-kekal, so sebenarnya boleh katakan lebih murah sebab takde kos tambahan.
Walaupun kos gigi palsu lebih murah, tapi lepas tu mungkin ada kos tambahan lagi utk penjagaan gigi palsu dlm jangka panjang.

🟢Boleh ke patients yg berumur dapatkan rawatan Implant ni?

🔩 Ya & tidak. Bergantung pada kesihatan patient secara keseluruhan & kesihatan oral.
Selalunya dr akan sarankan utk buat rawatan ni masa masih muda sebab keadaan tulang, tahap tulang, serta kedalaman & kelebaran tulang dimana Implant tu akan ditanam berada dlm keadaan yg lebih bagus.
Tapi, kalau lepas dr cek terbukti yg surgeri masih boleh dibuat dgn kadar kejayaan yg tinggi, jadi takde masalah utk patient berumur jalani rawatan Implant ni.

🔵 Adakah Implant ni ada komposisi (bahan) yg merbahaya?

🔩 Tidak. Implant diperbuat daripada titanium, yg terhasil dari udara, air & elektrolite yg lain.
Dgn tahap bio-compatibility yg bagus, Implant tak merbahaya pada badan manusia. Bahan yg sama (titanium) jugak terdapat dalam Implant yg digunakan utk merawat kemalangan & patah tulang.

🟣 Apa kesan sampingan lepas surgeri ni?

🔩 Selepas surgeri, muka & gusi patient akan rasa sakit & tak selesa sikit. Bengkak pada rahang atau rasa kebas pada bibir pun mungkin akan ada utk beberapa hari.
Tapi tak perlu risau, simptom ni akan hilang sendiri. Korg perlu dtg ke klinik utk follow-up supaya dr boleh pastikan Implant tu dlm keadaan yg baik.

Careline : 013 2348421

F.A.Q extra!

⚫ Sesiapa je boleh dapatkan rawatan Implant ni ke?

🔩 Kebanyakan org yg cukup sihat utk buat rawatan seperti cabutan gigi atau surgeri oral, sesuai utk dapatkan rawatan Implant ni. Tapi ada beberapa syarat tertentu utk dapatkan hasil Implant yg terbaik.
Antaranya, patient mestilah miliki gusi yg sihat & tahap tulang yg cukup utk menyokong Implant. Korg perlu rajin jaga kebersihan mulut jugak. Perokok tegar & org yg ada penyakit kronik perlu diperiksa dgn teliti dulu oleh dr kami utk pastikan samada mereka betul2 sesuai atau tak utk dapatkan Implant.

⚪ Sakit ke buat Implant ni?

🔩 Surgeri Implant dilakukan dgn memotong bahagian gusi sikit, kemudian Implant akan ditanam ke dalam tulang rahang menggunakan skru. Lepas tu gusi akan dijahit. Siap! Biasanya takkan rasa apa2 masa prosedur sebab dr akan bius dulu. Malah, lagi tak sakit dibandingkan dgn cabutan gigi biasa.

🟤 Macam mana cara penjagaan Implant?

🔩 Cara penjagaan Implant sama je mcm jaga gigi asal. Perlu jaga dgn baik termasuk la gosok gigi, flossing, kumur dgn ubat kumur mulut antibakteria & pemeriksaan gigi berkala. Tak perlu penjagaan istimewa pun utk Implant ni👍🏻

Comments are closed.