fbpx

Q&A Soalan tentang Braces! 🤓

Posted by dentist3 in Blog | 0 comments

🤔 Apa fungsi sebenar pendakap gigi (braces) ?

💡Braces ialah Antara cara paling berkesan utk meluruskan susunan gigi kita. Gigi yg tersusun memastikan proses membersihkan gigi jadi lebih mudah. Penampilan kita pun akan nampak lebih bagus.

🤔 Macam mana cara braces berfungsi?

💡Braces berfungsi dgn cara menggerakkan gigi menggunakan wayar & brackets besi yg akan di servis setiap bulan. Jadi korg kena rajin dtg setiap bulan ye!

🤔 Wajib ke cabut gigi kalau nak pakai braces?

💡Tak semestinya. Dr akan cek gigi korg, bergantung pada masalah gigi, result yg korg nak dapatkan & xray gigi, dr akan bgtau samada kes korg perlukan cabutan atau tak.

🤔 Sakit ke bila pakai braces ni?

💡Pada seminggu pertama, mungkin akan rasa tekanan sikit yg disebabkan pergerakan pada gigi, tapi lepas tu korg akan mula biasa & tak rasa sakit dah.

🤔 Berapa lama saya perlu pakai braces?

💡Bergantung pada keadaan gigi setiap individu. Masalah gigi yg berbeza, result yg diingini setiap patient, semua ni memainkan peranan dlm menentukan tempoh masa pemakaian braces korg.
Masalah gigi yg lebih teruk, memerlukan masa yg lebih panjang utk siap.
Tapi kebiasaannya akan ambil 1-3 tahun utk selesai.

🤔 Umur berapa yg paling sesuai utk braces?

💡Remaja 17-23 tahun adalah paling sesuai utk rawatan braces sebab tulang lebih lembut, jadi pergerakan gigi lebih cepat.
Tapi takde masalah utk lingkaran umur lain nak pakai braces. Yg penting semua gigi kekal dah keluar & gigi cukup kuat serta stabil.

🤔 Apa itu retainer?

💡Retainer ialah alat yg akan memastikan gigi kita kekal pada kedudukannya selepas braces dibuka.
Utk setahun pertama, retainer perlu dipakai 24/7. Lepas tu cuma perlu pakai malam masa tidur je.
Retainer akan memastikan fiber & ligamen pemegang gigi di kedudukan baru tu terbentuk dengan sempurna & kekal kat situ.

🤔 Braces ada banyak jenis, mana yg paling bagus?

💡Dr akan cek gigi korg semasa fasa konsultasi & tentu kan yg mana paling sesuai.
Conventional braces ialah braces besi yg ada getah warna warni, jenis ni paling basic, harganya pun rendah berbanding braces jenis lain.
Tapi kemampuan braces conventional ni utk merawat mcm2 masalah gigi tak tersusun tak kalah hebat tau.

Clear aligners ialah braces lutsinar, jenis ni mmg sesuai utk org yg pentingkan penampilan & ada gaya hidup yg sibuk.
Kenapa? Sebab aligners ni lebih mudah dijaga dari segi kebersihan (boleh dibuka pakai), cuma harganya agak tinggi sikit berbanding braces conventional.

❤️Bergantung pada keadaan gigi korg & saranan dr, pilihan braces yg tepat boleh berikan hasil yg lebih optimum & memuaskan!❤️

Comments are closed.