fbpx

Berapa kerap kita perlu jumpa Dentist dalam setahun?

Posted by dentist3 in Blog | 0 comments

❤️ Menurut ‘National Oral Health Survey Of Adults 2010’, kajian menunjukkan yg kurang dari satu pertiga dari org dewasa menggunakan servis pergigian dalam setahun, sedangkan kita perlu dapatkan pemeriksaan gigi secara tahunan.


Ramai yg rasa mcm tak perlu jumpa dr gigi pun kalau takde rasa sakit atau gigi rosak.

Hakikatnya, simptom awal penyakit gusi/kerosakan gigi mmg takkan sebabkan rasa sakit, bila dah mula rasa sakit tu, maksudnya korg dah pun terlambat.
Mencegah tu lebih baik dari merawat, kos pun lebih murah tau.

Customer Dentist3

🧡 Ini sebabnya :

*Karies gigi.


Bila makanan yg tersekat dicelah gigi kita tu tak betul2 dibersihkan, bakteria dlm mulut kita akan ‘makan’ sisa makanan tu & menghasilkan asid.
Asid ni lama2 akan ‘demineralize’ permukaan gigi kita, menyebabkan kerosakan.

*Kalau gigi dah mula rosak, kenapa tak rasa sakit?


Lapisan luar gigi kita terdapat enamel. Enamel ni terdiri daripada mineral yg sgt kuat, digelar ‘calcium phosphate’.
Bila asid dari bakteria menyerang, enamel akan jadi pertahanan depan yg akan melindungi gigi.
Kalau kerosakan gigi dpt dijumpai semasa diperingkat awal, boleh rawat dgn tampalan biasa je lagi.

Kalau tak, kerosakan tu akan jadi makin dalam, sampai ke lapisan yg kita panggil ‘dentin’.
Di lapisan dentin ni, terdapat satu sel yg berfungi utk menghasilkan mineral.
Sel ni ada satu saraf yg membolehkan gigi kita utk rasa sakit/sensitif.
Dentin lebih lembut berbanding enamel, jadi kerosakan bahagian ni lebih cepat merebak & jadi makin teruk.

Malangnya, kalau bakteria dah smpi ke lapisan paling dalam, yg kita panggil ‘pulp tissue’, gigi tu dah tak boleh dirawat dgn tampalan biasa lagi dah.
Jadi dr akan sarankan korg utk samada cabut je gigi tu, atau selamatkan dgn cara rawatan akar (RCT). Kalau tak, korg akan alami rasa sakit teramat pada gigi tu.

root canal treatment at Dentist3

*Penyakit gusi


Nafas korg berbau tak? Masa gosok gigi, ada berdarah ke?
Ni benda2 biasa yg selalu menganggu kita kan. Apa penyebab masalah ni terjadi?

Ni semua di akibatkan oleh plak gigi!


Plak ialah lekitan warna putih yg berkumpul pada permukaan gigi, disebabkan oleh bakteria. Lebih2 lagi kalau bnyk makan makanan manis, lebih mudah plak terbentuk.
Plak ni lah yg mengandungi asid yg dikeluarkan oleh bakteria, yg kemudian nya akan menyebabkan kerosakan pada enamel, kaviti & penyakit gusi.
Plak akan mengeras & jadi seperti batu yg akan melekat pada gusi & dalam gusi kita. Ni yg kita panggil kalkulus!
Kalkulus ni pulak akan menyebabkan gusi bengkak, berdarah, tmpt bakteria berkumpul & nafas berbau.

Jadi, scaling (cuci gigi) diperlukan utk membuang kalkulus yg melekat di gusi. Kalau bertangguh lagi, keadaan gusi akan jadi makin teruk & menyebabkan penyakit gusi yg lebih serius (periodontitis) & gigi akan mula goyang, disebabkan bakteria dah makan struktur tulang yg memegang gigi.
Kalau dah smpi tahap ni, rawatan yg lebih kompleks perlu dibuat, samada gigi dah perlu dicabut, atau perlu lalui pembedahan/root planning.

💛Kesimpulannya, kalau kita rajin dapatkan pemeriksaan gigi berkala (disarankan 2 kali setahun), kerosakan gigi & penyakit gusi akan dpt dikesan pada peringkat awal, jadi paling2 pun cuma perlu dirawat dgn tampalan biasa atau cuci gigi je, kos nya pun jauh lebih rendah.
Rawatan yg rumit mcm rawatan akar & cabutan boleh dielakkan dgn cara ni.

💚Pemeriksaan gigi 2 kali setahun, di sertai dgn X-ray gigi (disarankan ambil sekali setiap 2 tahun) adalah penting utk kekalkan senyuman kita yg indah!🌸

Dentist Careline : +60132348421

Comments are closed.