fbpx

Apa tu Gigi Bongsu?

Posted by dentist3 in Blog | 0 comments

Apa tu gigi bongsu?

💡Kebanyakan orang bila dah masuk usia remaja, akan ada satu gigi yg akan tumbuh di hujung sekali, tu yg kita panggil gigi bongsu!

Gigi bongsu ialah gigi yg tumbuh paling belakang sekali & selalunya ada 4 unit gigi ni (atas, bawah, kiri, kanan). Biasanya gigi ni akan tumbuh pada umur 17-21 tahun.
Tapi takde kegunaan yg spesifik utk gigi ni, berkemungkinan utk membantu mengunyah makanan.

Masalah dental yg berkaitan dgn gigi bongsu ni boleh terjadi disebabkan ia lambat tumbuh & kekurangan ruang utk tumbuh sepenuhnya.
Gaya hidup moden sekarang pun memainkan peranan dlm pertumbuhan gigi kita, sebab bila kita makan bnyk makanan proses yg lembut, ia menjadikan pertumbuhan rahang kita terbantut.

Kalau gigi bongsu dah tumbuh sepenuhnya tanpa apa2 simptom, gigi tu tak perlu dicabut.
Cuma kalau dah ada simptom yg mengganggu hidup seharian patient, jadi lebih baik utk gigi ni dicabut.

Apa akan terjadi kalau gigi bongsu tu tak cukup ruang utk tumbuh?

💡Ada beberapa perkara yg mungkin akan terjadi kalau gigi bongsu takde ruang yg cukup utk tumbuh, antaranya :

  • kerosakan gigi – impak dari gigi bongsu dgn gigi didepannya (gigi geraham kedua), akan menyebabkan makanan tersekat dicelah antara kedua-dua gigi.
    Tmpt ni susah nak dibersihkan & menyebabkan dua2 gigi akan mula rosak.
    *bengkak/bernanah – sesetengah gigi bongsu tak dpt tumbuh sepenuhnya. Kadang2 tu tumbuh separuh je. Jadi gusi disekeliling gigi ni akan jadi tmpt pengumpulan bakteria, yg akhirnya menyebabkan sakit, bengkak & susah utk buka mulut.
    *ketumbuhan – gigi bongsu ni boleh menyebabkan ketumbuhan jugak tau. Kalau dah smpi ke tahap ni, mmg dah perlu cabut ye.

Proses rawatan utk gigi bongsu

💡Memang dinasihatkan utk gigi bongsu ni dicabut, terutamanya kalau dah ada simptom yg smpi menjejaskan kehidupan patient.
Cabutan gigi bongsu ni memerlukan pembedahan kecil.

Pertama sekali, sesi konsultasi dgn dr diperlukan. Dr akan tanya tentang simptom & latar belakang masalah kesihatan yg lain sebelum memulakan langkah seterusnya.
Lepas tu, dr akan menjalankan pemeriksaan gigi utk tgk jika ada kerosakkan pada gigi tu & sekitar gusi. X-ray pun perlu ambil, untuk pemeriksaan secara mendalam sekaligus untuk merancang rawatan yg diperlukan untuk keadaan gigi bongsu tu.

Selepas dr berbincang tentang plan rawatan, patient boleh teruskan dgn prosedur lepas dah baca & menandatangani borang kebenaran.
Prosedur ni boleh dijalankan samada dgn menggunakan ‘local anesthesia’ di mana kawasan pembedahan akan dikebaskan & patient akan berada dlm keadaan sedar sepenuhnya.

Selepas gigi bongsu dah berjaya dicabut, dr akan letakkan beberapa jahitan dibahagian surgeri & pt akan disuruh utk gigit kapas utk hentikan pendarahan.

Dr akan sediakan ubat tahan sakit & antibiotik utk pt.
Lepas seminggu, pt perlu dtg semula utk periksa bahagian surgeri tu & buka jahitan.

Penjagaan selepas prosedur cabutan gigi bongsu (Post-Operative Care)

💡Ada beberapa perkara yg perlu pt lakukan selepas surgeri :

  • gigit kapas smpi darah berhenti
    *makan makanan lembut & sejuk/suam. Elakkan makanan yg keras, panas & pedas.
    *elakkan berkumur terlalu kerap & pastikan kawasan surgeri kekal bersih
    *rehat secukupnya
    *makan ubat mengikut arahan dr
    *berhenti merokok sekurangnya 3 hari

Komplikasi yg mungkin terjadi

💡Ada beberapa komplikasi yg mungkin akan terjadi dari surgeri ni, antaranya :

*’dry socket’ – kekurangan darah beku lepas cabutan akan buat tulang bahagian surgeri tu terdedah & menyebabkan rasa sakit
*jangkitan – jangkitan boleh terjadi bila bahagian surgeri di serang bakteria atau ada sisa makanan yg tersangkut
*kerosakan saraf (nerve damage) – rasa kebas akan terjadi kalau ada kerosakan saraf semasa prosedur surgeri, samada sementara atau kekal.

🌸Patient disarankan untuk mendapatkan konsultasi dari dr utk tahu lebih lanjut tentang keadaan gigi bongsu masing2 & apa langkah seterusnya yg perlu diambil.
Pemeriksaan gigi berkala setiap 6 bulan pun disarankan supaya boleh ‘up-to-date’ dgn keadaan kesihatan mulut kita!🌸

Careline Contact : +60132348421

Comments are closed.