fbpx

Soalan Tentang Cabutan Gigi Bongsu (Pembedahan Gigi Geraham Ketiga)

Posted by dentist3 in Blog, Uncategorized | 0 comments

Apa itu Gigi Bongsu Ketiga (Wisdom Tooth) ?

Gigi bongsu adalah gigi besar ketiga yang tumbuh di belakang gigi besar kedua . Gigi Bongsu ketiga ini mungkin boleh tumbuh di atas dan bawah rahang . Bukan setiap orang ada gigi bongsu dan bukan setiap patient perlu buang (cabut) gigi bongsu tersebut.

Bila Saya Perlu Buang (Cabut) Gigi Wisdom Tooth Saya ?

Gigi Wisdom tooth perlu dicabut jika ada infection , sakit atau bengkak. Gigi Wisdom tooth juga perlu dicabut / pembedahan jika gigi wisdom tooth tersebut sudah “terimpak” / lokasi gigi terpesong . Jika kesakitan hanya dirawat dengan ubat tahan sakit, kesakitan itu akan kembali asalkan Gigi wisdom tooth tersebut masih ada .

Adakah Cabutan Wisdom tooth itu Sakit ?

Pembedahan Wisdom tooth itu akan sakit SELEPAS presedur tersebut . Oleh itu, Dentist kita akan bagi MC sampai 2-3 hari untuk anda rehat dan tunggu pemulihan sita pembedahan tersebut. Dentist kita juga akan memberi ubat antibiotik (amoxicillin & Metronizadol) & ubat tahan sakit yang kuat untuk elakkan rasa tidak selesa

Berapa Lama Pembedahan Wisdom Tooth Diperlukan ?

Biasanya Pembedahan Wisdom Tooth dijangka mengambil masa 30 minit – 1 jam mengikut berapa kesusahan Gigi wisdom tooth itu .

Boleh Saya Cabut Wisdom tooth Saya sebelum Sakit?

Yes Boleh, Jika dr gigi kita sudah ambil x-ray (OPG) dan dijangka gigi wisdom tooth tersebut akan menganggu gigi besar kedua depan , Gigi wisdom tooth anda boleh dicabut SEBELUM ada kesakitan

Contact : +60132348421

Comments are closed.